Monday, 18 March 2013

Penggunaan ungkapan' bombastik' yang membawa padah

Sedarsawasa ini , sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia dari segenap penjuru alam  tentang isu pencemaran sungai di Malaysia....

    Cikgu menemui  rangkai kata dan ungkapan sebegini dalam lebih kurang 15 karangan pelajar yang cikgu semak. Sebelum ini beberapa orang rakan cikgu yang memeriksa kertas peperiksaan Bahasa Melayu Kertas 1 SPM juga pernah menceritakan pengalaman menyemak karangan  beberapa  pusat peperiksaan yang hampir 70 peratus pelajarnya menggunakan ungkapan ini dalam pendahuluan mereka.  

KARANGAN, CONTOH KARANGAN TERBAIK, CONTOH KARANGAN TERBAIK UPSR, CONTOH KARANGAN TERBAIK PMR, CONTOH KARANGAN SURAT RASMI, FORMAT SURAT RASMI, GAMBAR LAWAK, GAMBAR PELIK, GAMBAR SANTAI, GAMBAR KELAKAR
    Oleh sebab Cikgu tidak pernah mengajarkan ungkapan sebegini kepada pelajar, maka, cikgu bertanya kepada pelajar daripada  manakah mereka memperoleh ungkapan tersebut?  Sebahagian daripada mereka menyatakan ungkapan itu diajarkan oleh guru di pusat tuisyen. Persoalannya, mengapakah skrip karangan pelajar dari negeri di utara dan selatan tanahair juga     mengandungi ungkapan demikian ? Sudah terang lagi bersuluh, pelajar-pelajar ini menyedut terus daripada  internet tanpa mendapatkan pandangan kedua daripada guru bahasa Melayu masing-masing. 


     Masalahnya ,walaupun ungkapan ini agak menarik dan tidak salah ,namun ungkapan ini kurang  sesuai digunakan sebagai penanda wacana yang menjadi  sebahagian ayat rangsangan dalam pendahuluan karangan anda.  Ungkapan ini mungkin agak  sesuai jika tema karangan anda  berkisar isu-isu antarabangsa yang menjadi topik diskusi hangat masyarakat seantero dunia seperti kisah tsunami yang melanda beberapa buah negara beberapa tahun yang lepas.   Namun, kebanyakan guru menganggap penggunaan ungkapan sedemikian agak keterlaluan dan tidak membawa makna yang tepat.

      Cikgu tidak menafikan  pelajar perlu menghasilkan karangan mantap dengan penggunaan bahasa berkesan, Sudah pasti karangan yang cukup 'rempah ratus' dengan pengunaan ungkapan menarik seperti peribahasa dan kosa kata luas akan menarik hati  guru pemeriksa , seterusnya 'mengundang' markah tinggi buat anda, namun aspek konteks dan kesesuaian penggunaannya    dengan tema karangan juga mesti diambil kira.

     Tuntasnya, dalam zaman ledakan teknologi maklumat ini, ruang untuk anda  meneroka  sumber ilmu menjadi lebih luas.  Mencari bahan pembelajaran di internet memberikan seribu satu macam manfaat kepada pelajar. Walaupun demikian ,pelajar harus lebih bijak memilih bahan   dan  bertanyakan pendapat guru untuk kepastian kesesuaian bahan-bahan yang diperoleh daripada internet dengan keperluan pembelajaran.