Posts

Showing posts from June, 2015

Teks Forum Remaja SMK TINGGI KLANG 2014- TEKNOLOGI HIJAU

Image
      Memori  melatih pasukan Forum Remaja yang tumpas  dalam pertandingan  akhir agak pahit juga rasanya.  Setelah berhempas pulas selama lebih tiga bulan kami yang awalnya menyandang Johan Zon A1 Daerah Klang hanya  meraih tempat keempat . Pasukan Forum STK 2014 dalam Pertandingan Forum Akhir di Dewan SMK  Raja Lumu , Pelabuhan Klang.        Sebaik menjadi Johan peringkat Zon, dengan tajuk Teknologi Hijau : Peranan Remaja Dituntut, ada peserta forum  menyatakan ada rakan-rakan dari sekolah lain berminat dan minta meminjam skrip Forum tersebut.  Oleh sebab saya berhasrat  untuk menggunakan semula  skrip tersebut pada tahun ini, saya tidak memberikan keizinan kepada pelajar untuk berkongsi skrip tersebut dengan pelajar sekolah lain.      Bagaimanapun, kami memilih tajuk lain iaitu sains dan teknologi pada tahun ini dan skrip yang baharu telah dijana, maka saya berhasrat untuk berkongsi skrip tahun lepas dengan pembaca blog dan semua pelajar serta guru di segenap pelosok negara.