Posts

Showing posts from March, 2016

SMK TINGGI KLANG : APRESIASI TERHADAP KEJAYAAN PASUKAN BAHAS

Image
 Pada hari ini, 8 Mac 2016, Majlis penyampaian cederamata dan Sijil pencapaian atas kejayaan menjadi Juara Pertandingan Bahas Sekolah Menengah Daerah Klang Tahun 2016  disempurnakan di Dataran Perhimpunan STK. Cenderamata disampaikan oleh Puan Kion Choo Yoke, Penolong Kanan Pentadbiran dengan diiringi Ketua Bidang Bahasa , Puan Norani Mohamed  kepada Mohd Tazrin, Muhammad Amin Saril, Muhamad Aidil Al Hafiz, Mohamad Amirudin dan Putera. Syabas kepada Pasukan Bahas SMK Tinggi Klang. Moga mencapai kejayaan dalam Pertandingan  Bahas Peringkat Negeri  pada 13 dan 14 Mac 2016 yang akan diadakan di SMK Tinggi Klang, Semoga mencapai kejayaan seterusnya. Mohd Tazrin, Pembahas Terbaik Daerah Klang Putera yang bertambah yakin... Amirudin yang punya potensi tinggi Aidil Al Hafiz, moga jadi pemimpin negara Amin sari, pembahas kedua yang gigih Wira STK bersama guru-guru

SMK TINGGI KLANG : MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-35

Image
Mesyuarat Agung PIBG Tahun 2016 bagi kali ke-35 telah diadakan pada hari sabtu 5 Mac 2016 bertempat di Dewan Putera SMK Tinggi Klang. Seramai 97 orang ibu bapa hadir dan mendengar ceramah sarana ibu bapa daripada Encik Suhaimi YDP PIBG SK setiawangsa , Kuala Lumpur yang juga merupakan Jurulatih Utama Sarana Ibu Bapa peringkat Kebangsaan. Mesyuarat kali ini hangat dengan beberapa usul panas dan saranan ibu bapa yang kritis dan optimis dengan isu-isu semasa dan mengambil berat  masa depan anak -anak. Mesyuarat berakhir pada pukul 1,30 tengah hari selepas pemilihan AJK dalam kalangan ibu bapa dan perbahasan usul dilaksanakan dalam suasana hangat namun akhirnya selesai dalam suasana harmoni. Tuan Hj Shamzul(YDP PIBG), En Suhaimi dan Pengetua Ibu bapa dan para guru Wira-wira STK  AJK PIBG 2015/2016 GKMP +PK  Barisan AJK 2016/2017 Barisan pencatat G7, 3GKMP+3 PK +Pengetua Bersama YDP PIBG sesi 2016/2017 Pentas dihias indah

SMK TINGGI KLANG :CERAMAH SARANA IBU BAPA

Image
CERAMAH SARANA IBU BAPA , PERANAN IBU BAPA DAN JIWA SEORANG GURU Sebagai seorang ibu , saya setuju 100% saranan Encik Suhaimi Jurulatih utama kebangsaan Sarana Ibu bapa , kejayaan anak-anak merupakan refleksi keprihatinan dan sikap menggambil berat ibu bapa terhadap keperluan diri dan keperluan pembelajaran anak-anak. Sebagai guru, saya percaya kejayaan dan kegagalan anak-anak didik merupakan imbasan komitmen seorang guru juga. Sudah tiga hari sejak keputusan SPM diumumkan , saya berasa kurang bahagia. Bagi saya kegagalan anak didik merupakan refleksi kegagalan saya juga. Pada saya, bukan seorang guru sejati, kalau dia tidak berasa apa-apa melihat jatuhnya anak didiknya. Warga pendidik, marilah muhasabah dan refleksi diri. Sejauh mana ikhtiar kita? Buat anak-anak didik, bantulah guru-gurumu untuk membantumu.... Yakinlah kami sentiasa ada Menghurai kusut fikirmu.... Buat ibu bapa... Pandang dan berbicaralah dengan anakmu setiap hari Suburkan jiwanya dengan amalan murni S

SMK TINGGI KLANG : JOHAN BAHAS SEKOLAH MENENGAH DAERAH KLANG

Image
      Alhamdulillah, buat kali ketiga SMK Tinggi Klang telah dinobatkan sebagai Johan Debat  Bahasa Melayu ala Parlimen  Sekolah Menengah Daerah  Klang.       Pasukan Bahas SMK Tinggi Klang bertemu dengan Pasukan Bahas dari Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Ampuan Rahimah    di Dewan Putera SMK Tinggi Klang pada 1 Mac 2016.     Pembahas terbaik daerah Klang disandang oleh pembahas pertama , Tazrin dari kelas 5 Sains 3.         Dengan kemenangan ini, SMK Tinggi Klang akan mewakili Daerah Klang dalam Pertandigan Bahas Bahasa Melayu Sekolah menengah Selangor pada 13 dan 14 April yang dijadualkan berlangsung di SMK Tinggi Klang Pasukan Bahas SMK Tinggi Klang VS SMK tengku Ampuan  Rahimah Ketua Hakim menyerahkan keputusan penerimaan \atau penolakan usul dewan kepada Speaker Dewan Pasukan Bahas SMK Tinggi Klang bersama jurulatih , guru dan  pentadbir