TEKS FORUM REMAJA 2016

TEKS FORUM: BAHASA DAN  SASTERA MELAYU DI PERSADA ANTARABANGSA : MAMPUKAH MENJADI REALITI ATAU SEKADAR ILUSI?

PENGERUSI                    :
AHLI PANEL PERTAMA :
AHLI PANEL  KEDUA      :
AHLI PANEL KETIGA      :
PEMBICARA
SKRIP
PENGERUSI
Percubaan  Pertama: Bahasa Melayu bahasa Ibunda  , bahasa bercanda, bahasa berseloka

AHLI PANEL  1
Percubaan kedua: Bahasa Melayu , bahasa perpaduan,ketepikan perbezaan

AHLI PANEL 2
Percubaan ketiga : Bahasa  Melayu bahasa nusantara. Mari kita martabatkannya

 AHLI PANEL 3
Percubaan keempat : Bahasa Melayu bahasa ilmu, Ayuh kita bawa ke pentas dunia.

SEMUA
BAHASA MELAYU  BAHASA PERKASA, MARI  MELANGKAH KE PERSADA ANTARANGSA

Pengerusi
Bismillahirahmannirrahim
Alhamdulillahirabbilalamin
Wassolatuwassalamu ala asrafil ambiyai wal mursalin
Wa ala alihi wasahbihi ajmain
Yang dihormati barisan hakim yang pastinya menjadi teraju kebenaran,
Ahli-ahli panel yang pastinya akan sentiasa gigih melolontarkan idea.
Sidang hadirin yang dihormati

Assalamualaikum warahmatullahitaalahiwabarakatuh,
Salam sejahtera, salam  forum  Satu Malaysia,


Ahli panel dan sidang hadirin yang dirahmati Allah

    Alhamdulillah, bersyukur kita  ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana dengan limpah kurnia  dan izin-Nya dapat kita bersama-sama bersua dalam pertandingan forum remaja peringkat Daerah Klang  pada pagi nirmala  yang bening lagi ceria ini. Saya …………………………………..akan  bersama-sama warga dewan sekalian untuk mempengerusikan forum remaja kita pada pagi ini.


Hadirin yang dihormati
    
    Sebelum saya memperkenalkan ahli-ahli panel kita yang segak-segak lagi tampan bergaya, izinkan saya  untuk mengupas terlebih dahulu  mauduk  bual  bicara forum remaja kita pada hari ini. 

     Mauduk forum kita   berkisar  tema  Bahasa dan sastera iaitu Bahasa dan Sastera  Melayu di Persada Antarabangsa, Mampukah menjadi reality atau sekadar ilusi ?.

Dunia marcapada menyaksikan kesan globalisasi di seluruh dunia mewujudkan fenomena bahasa Inggeris dimartabatkan sebagai bahasa antarabangsa kerana luasnya npenggunaaan bahasa tersebut di peringkat global. walhal , Bahasa Melayu juga mempunyai kekuatan untuk menjadi  bahasa antarabangsa.

Memetik kata-kata  Perdana menteri Malaysia Datok Sri Najib Tun Abdul Razak  ketika merasmikan persidangan antarabangsa pengajian  melayu 2014  di  Pusat Pengajian Bahasa Asing Universiti, Beijing , China

 “Bahasa Melayu telah  diangkat menjadi bahasa kelima terbesar di Dunia dengan jumlah penutur jatinya seramai 300 juta orang”.

Menurut tokoh bahasa tersohor China Prof Wong Zung yu bahasa melayu yang telah diperkenalkan dan dipelajari  di china sejak Zaman Dinasti Ming telah menarik ramai orang dari seluruh dunia untuk mempelajarinya”

Tak tumbuh tak melata
Jika tak sungguh, kami tak kata

Prospek cerah Bahasa Melayu menjadi bahasa antarabangsa  turut diakui oleh Datuk profesor  Dr Hasan Ahmad , mantan Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka dalam makalahnya bertajuk “bahasa Melayu , bahasa Antarabangsa ‘.  Beliau menjelaskan ciri-ciri Bahasa Melayu sebagai bahasa antarabangsa seperti yang berikut;.

Yang pertama; bahasa Melayu mempunyai penutur jati yang tamai iaitu sekitar 300 juta
Yang kedua; bahasa Melayu telah menjadi bahasa rasmi dibeberapa buah begara iritu Malaysia, Indonesia dan Brunei
Yang ketiga status  dan pentingnya  bahasa Melayu menjadi alat komunikasi  merentas  sempadan
Yang keempat: Negara pengguna bahasa yang  telah mencapai kemajuan. 

Dayung sudah ada di tangan, perahu sudah berada di air , jjelas, Keempat-empat kriteria ini sudah dimiliki bahasa Melayu, namun pelbagai prakarsa  ampuh perlu dilaksanakan demi mencapai matlamat pengantarabangsaan bahasa Melayu. 

Terlalu asyik saya berbicara tentang masa depan Bahasa Melayu sehingga terlupa memperkenalkan ahli-ahli panel kita yang kacak-kacak belaka serta sungguh bergaya pada hari ini.

 Baiklah sidang hadirin, sebelum tirai forum dibuka bagi menelusuri  lebih mendalam topik perbincangan , molek kiranya kita berkenalan  dengan  ketiga-tiga ahli panel  kita pada hari ini.
     
Di sebelah kanan saya, saudara............................................yang merupakan ahli panel yang pertama, tampan dan murah dengan senyuman selamat datang saudara……………………………, apa khabar  saudara?

Ahli panel 1
Terima kasih saudara pengerusi,saudara ……………Alhamdulillah, khabar baik. Saudara bagaimana ?

Pengerusi
Alhamdulillah, saya juga berada dalam keadaan sihat walafiat dan cukup bersemangat untuk berbicara tntang bahasa Melayu di persada antarabangsa.

 Seterusnya, saya perkenalkan ahli panel kedua, Nampak yakin dan tenang berada di sebelah  kiri saya iaitu saudara.....................................................,

selamat datang saudara………………………
.Apa khabar saudara ?


Ahli panel 2
Alhamdulillah ,sihat sejahtera saudara  pengerusi. Datang ke sini dengan semangat yang membara seperti saudara juga.

Pengerusi
Ya , sudah pasti saudara…………., topik bual bicara kita pada hari memang menarik menjadikan kita sunggul terpanggil untuk membincangkannya.

 Berada di sebelah ahli panel kedua, tak lain tak bukan tentulah ahli panel kita yang ketiga iaitu saudara.......................................................... kacak  bergaya orangnya. Walaupun Nampak pemalu, namun petah bicaranya. Apa  khabar saudara?

Ahli Panel 3
 Alhamdulillah, saya berada dalam keadaan yang baik, maka saya berada di sini bersama-sama  saudara dan para hadirin. Salam forum buat semua.

Pengerusi
 
Usai salam perkenalan daripada semua ahli panel,kembali kita kepada topik  forum kita  iaitu  Bahasa dan Sastera  Melayu di Persada Antarabangsa  Mampukah menjadi realiti atau sekadar ilusi ?.


Sidang hadirin yang dihormati
    
Sidang hadirin, ahli panel yang dihormati
Izinkan saya untuk membuka tirai diskusi forum remaja kita dengan soalan pertama yang akan saya ajukan kepada ahli panel pertama.  
Saudara.......................................  , mohon saudara memberikan penjelasan tentang ciri-ciri  keistimewaan bahasa dan sastera Melayu yang menjadi tunjang kekuatan untuk melangkah ke persada antarabangsa .  

Ahli Panel  Pertama
Terima kasih saudara  pengerusi,saudara………………………………….

Sidang hadirin dan ahli panel  yang dihormati.
  
    Sungguh menarik persoalan yang  diajukan oleh saudara pengerusi tentang keistimewaan Bahasa dan Sastera Melayu . Apakah sebenarnya kekuatan bahasa dan sastera Melayu sehingga  kita berani berbicara tentang usaha-usaha memperkasakan bahasa dan sastera orang kita hingga ke persada antarabangsa.

Bermimpikah kita? Apakah istimewanya bahasa Melayu berbanding bahasa-bahasa lain khususnya bahasa Inggeris. ?

Saudara Pengerusi , ahli panel  dan Sidang hadirin

      Kita tidak bermimpi di siang hari kerana bahasa Melayu sebenarnya sudah sekian lama menjadi bahasa antarabangsa .Bahasa Melayu sudah menjadi linqua franca daerah kepulauan Melayu  atau  nusantara , zaman berzaman  sejak abad ke 7 lagi . Bahasa melayu menjadi bahasa pentadbiran rasmi kerajaan Sriwijaya, kerajaan Melayu yang besar serta luas jajahan takluknya(meliputi Sumatera Jawa, Semenanjung Tanah Melayu, Segenting Kra dan sri  Lanka, maka bahasa Melayu juga turut disebarkan ke jajahan takluknya

 
   Bahasa Melayu mengalami  zaman kegemilangan dan diangkat menjadi bahasa yang penting pada abad ke-12 atau abad ke-13 apabila Islam bertapak di Kepulauan Melayu.  Penggunaannya semakin semarak dengan kemunculan Kerajaan Melayu Melaka  yang terkenal sama ada di Timur atau di Barat.

   Seiring dengan perkembangan Bahasa, kegiatan sastera juga berkembang pesat. Banyak buku terjemahan yang diterbitkan seperti Darul Mazlum, selain karya saduran  atau tulisan asal seperti Sejarah Melayu atau Sulalatus Salatin, Bustanus salatin, Hukum Kanun Melaka, undang-undang, Undang-Undang Laut Melaka,Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Bayan Budiman. 

Antara karya zaman tersebut ialah, Sejarah Melayu yang  merupakan sastera sejarah  menggambarkan keagungan Kesultanan Melaka serta meletakkan imej bahasa Melayu di mercu yang amat tinggi.

Selepas zaman Melaka, bahasa Melayu turut tersebar ke seluruh dunia. Pada tahun 1521, Pigafetta seorang kelasi bangsa Itali dalam pelayarannya bersama-sama Magellan  telah singgah di Pulau Tidore dan menyusun satu daftar kata  daripada bahasa yang dituturkan oleh orang di Pelabuhan tersebut.  Inilah daftar kata Melayu-Eropah(Italy) yang tertua kita ketahui.  Pulau Tidore merupakan lokasi yang agak jauh dari kepulauan Melayu dan sekaligus menunjukkan betapa jauhnya bahasa Melayu tersebar.

 Sidang hadirin yang dihormati

Keindahan  bahasa Melayu dan nilai estetika sastera Melayu turut menarik minat orientalis Barat. Pada zaman praperang dunia kedua, bahasa Melayu  terus digunakan untuk tujuan rasmi di kelima-lima buah negeri Melayu tidak bersekutu, manakala di Negeri Melayu Bersekutu, bahasa Melayu masih digunakan di beberapa jabatan seperti di pejabat polis yang melibatkan pegawai dan kaki tangan berbilang bangsa.  Pegawai-pegawai Eropah yang bertugas di Tanah Melayu dikehendaki mempelajari bahasa Melayu dan wajib lulus dalam peperiksaan bahasa Melayu sebelum mereka disahkan jawatan.   Sebahagian mereka terus menaruh minat terhadap bahasa Melayu sehingga ada yang terkenal sebagai sarjana bahasa Melayu.  Antara nama yang sering disebut-sebut ialah R.O Winsdtedt, J.R Wilkinson, CC Brown, W.E Maxwell, W.Marden, W.G Shellabear dan J Crawfurd.

Jelaslah di sini Bahasa Melayu mendapat tempat di persada antarabangsa sejak sekian lama. Justeru, mengapakah kita bersifat prejudis terhadap bahasa kita sendiri, ? sikap kita tak ubah peribahasa sudah dapat gading  bertuah, tanduk tidak berguna lagi. Fikir-fikirlah sidang hadirin yang dihormati. Jangan kita menang sorak namun kampong kita tergadai . Sebaiknya kita terus mengorak langkah proaktif untuk  memertabatkan bahasa di tanah tmpah darah kita seterusnya memeperkasakannya di seantero dunia.

Terima kasih
Kembali semula kepada saudara pengerusi forum, saudara……………………………………………………..

 Pengerusi Forum
   
Sidang hadirin,    

Terima kasih saudara ahli panel pertama, saudara………………………[
Benar kata saudara tadi………………….kita harus berusaha tanpa kenal erti jemu untuk menjadikan Bahasa dan Sastera Melayu diterima masyarakat antarabangsa. Hindarkan daripada bersifat pesimistik kerana kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya, kalau kita tidak berusaha , manakan kita mendapat hasil manisnya.

Sungguh terkesan di hati saya apabila mendengar butir bicara tentang istimewanya bahasa dan sastera Melayu berdasarkan fakta sejarah, Ternyata bahasa dan sastera  Melayu bukan sahaja menyentuh hati penutur  jati, malah dipelajari bangsa asing dan telah tersebar penggunaanya sehingga ke Eropah . 
………………………………………….

Seterusnya, saya mohon  penjelasan daripada ahli panel kedua, saudara.......................................... tentang badan-badan yang terlibat  dengan proses perancangan, perkembangan dan pemerkasaan Bahasa Melayu sehingga akhirnya matlamat kita untuk meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa wahana komunikasi di persada antarabangsa akan terlaksana.

Ahli panel kedua
Terima kasih saudara pengerusi majlis
Yang dihormati ahli panel dan sidang hadirin
Assalamualaikum, salam sejahtera, salam satu Malaysia.

   Persoalan daripada saudara pengerusi tentang  tangan-tangan kekar yang  terlibat dengan proses  perancangan ,perkembangan dan pemerkasaan Bahasa Melayu mengingatkan saya terhadap peranan yang dimainkan oleh  Dewan Bahasa dan Pustaka

   Dewan Bahasa dan Pustaka pada mulanya dikenali sebagai Balai Pustaka ,merupakan badan berkanun kerajaan yang ditubuhkan pada 22 Jun tahun 1956  dengan tujuan mengembangkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara. DBP juga diberikan kuasa autonomi  untuk menyusun rancangan pembinaan dan pengembangan bahasa dan sastera dan diberikan kuasa  untuk menjalankan kegiatan penerbitan dan perniagaan buku  yang serupa dengan sektor swasta.

    Pelbagai aktiviti telah rancak dijalankan oleh DBP untuk mengembangkan lagi  potensi bahasa Melayu.  Dasawarsa ini, Bahasa Melayu menjadi alat perhubungan moden pada abad ke-20. Pelbagai bentuk program dan aktiviti kebahasaan   telah dilaksanakan seperti penerbitan buku ilmiah dan karya sastera, kerjasama bahasa Malaysia dan Indonesia, serta   penerbitan kamus  yang melibatkan pembentukan kosa kata dan istilah .baharu dalam perbendaharaan kata bahasa.

     Dalam mengukuhkan sinergi Bahasa Melayu agar bertapak kukuh di tanah air sendiri   sebelum disebarluaskan di peringkat antarabangsa DBP telah mengadakan kolaboratif dengan agenda kerajaan seperti Jabatan Perhidmatan Awam dalam melaksanakan kursus kebahasaan untuk para penjawat awam. Kerjasama untuk melaksanakan pelbagai program dengan pihak swasta dan syarikat Berkaitan Kerajaan iaitu GLC juga telah dilaksanakan khususnya  program yang memerlukan dana yang besar yang memerlukan tajaan untuk mengurangkan kos.

  Dalam memperkembangkan bahasa Melayu di persada antarabangsa , Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu (MABM) telah ditubuhkan pada bulan Julai 1997 untuk menjalankan aktiviti seperti penyelidikan bersama dengan pelbagai agensi  dalam bidang bahasa dan persuratan Melayu di seluruh dunia. Secara tamsilnya, kerjasama  antara DBP dan Universiti Pendidikan Sultan Idris(UPSI) dengan Universiti Prince Of Songkla di Thailand telah menunjukkan jumlah peningkatan  penggunaan Bahasa Melayu  pelajar di  luar Negara. 

Sidang hadirin yang dihormati.

    Demikianlah antara prakarsa yang diimplementasikan oleh Badan kerajaan yang yang terlibat secara langsung dalam proses mengembangkan dan memartabatkan bahasa Melayu . Usaha yang dilakukan secara istiqamah ini menyuluh  jalan buat kita menggerakkan usaha keluar daripada  kepompong dunia sendiri menerobos dunia sejagat yang lebih luas.

Sekian, saya kembalikan kepada   saudara pengerusi forum
Terima kasih.

Pengerusi
   Terima kasih atas penjelasan  yang panjang lebar  daripada saudara ahli panel kedua , saudara……………………….berhubung    peranan  badan yang terlibat dengan proses perancangan, pengembangan dan pemerkasaan bahasa dan Sastera Melayu

      Saya bersetuju dengan pendapat ahli panel kedua tadi. Siapalah yang dapat menafikan betapa  bahasa dan sastera Melayu pada hari ini  telah mempunyai tempat di persada antarabangsa dengan inisiatif dan komitmen Dewan Bahasa dan Pustaka .

Soalan saya yang seterusnya buat ahli panel ketiga mungkin  agak bertentangan  dengan kupasan daripada ahli panel pertama dan kedua yang membicarakan isu  mekar dan berserinya bahasa Melayu mewarnai dunia nusantara dan sarwajagat . Saya ingin bertanya kepada ahli panel ketiga, saudara …………………………………….tentang permasalahan dan kekangan yang terpaksa  kita hadapi sehingga merencatkan  usaha kita memartabatkan, memerkasakan dan melestarikan  bahasa Melayu , seterusnya , meletakkannya di persada  antarabangsa.


Ahli Panel ketiga

Terima kasih saudara pengerusi forum

Rakan Ahli panel dan hadirin yang dihormati.

Bumi mana yang tidak ditimpa hujan
Lautan mana yang tak bergelora
Hidup ini ada pasang surutnya
Ada kala kita berada di atas
Dan ada kala kita berada di bawah
Demikian halnya dengan Bahasa dan sastera Melayu.


Indah dan manis saat mengimbau  mekarnya bahasa dan sastera kita,
Namun, pahit dan getir juga saat mengenang kuncupnya bahasa dan sastera kita dimamah ancaman globalisasi sehingga mengikis jati diri anak bangsa .

Isu tentang pendaulatan, pemerkasaan dan pelestarian bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu tidak pernah lekang dalam mewarnai isu-isu semasa. Bahasa Melayu dilihat semakin dipinggirkan dalam mengharungi dunia globalisasi. Walaupun kedudukan kedudukan bahasa Melayu sebagai  bahasa kebangsaan negara tidak dapat disangkal atau dipertikaikan oleh sesiapa pun kerana   telah termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan, namun dalam dunia realiti abad ke-21 ini , Bahasa dan sastera Melayu   mengalami  mengalami pelbagai  cabaran

Antara cabaran perdana bahasa dan, sastera  Melayu ialah sikap masyarakat yang memandang rendah Melayu sebagai bahasa kelas kedua sehingga sehingga malu bekomunikasi dalam bahasa Melayu.

 Mereka beranggapan  bahasa Melayu ialah bahasa yang dituturkan oleh masyarakat kelas bawahan , lantas bahasa Inggeris dianggap bahasa yang menggambarkan keelitan penuturnya. Maka cabaran utama kita ialah menyuburkan jati diri masyarakat kita khususnya golongan muda supaya menyedari fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan dan alat komunikasi utama di bumi bertuah ini, manakala Bahasa inggeris mempunyai fungsi khusus sebagai bahasa  untuk mendapatkan intipati ilmu yang masih belum kita jana dalam masyarakat dan tamadun Melayu.

Rentetan daripada pengaruh bahasa Inggeris yang mula mendominasi komunikasi, wujudlah isu bahasa rojak.

Apabila membicarakan “bahasa rojak”, kita tentulah merujuk bahasa bercampur aduk yang digunakan dalam tulisan dan juga lisan. Dalam majlis perasmian Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) 2012 pada 11 Oktober 2012, Mantan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia berkata, penggunaan bahasa rojak akan beransur-ansur menghakis kekuatan sesuatu bahasa. Kenyataan pemimpin nombor dua negara itu tidak harus dipandang remeh. Penggunaan bahasa rojak sudah semakin sebati dan menjadi barah bahkan bagai api di dalam sekam yang membakar senyap sehingga merosakkan kekuatan bahasa Melayu.

Menurut Prof Teo keok seong, Pensyarah di Universiti Malaya fenomena bahasa rojak ibarat sekerat belut , sekerat ular yang semakin berleluasa dalam kalangan masyarakat Malaysia  masa kini merupakan suatu kes   kehilangan bahasa yang  berlaku  apabila rata-rata masyarakat tidak lagi fasih bertutur dalam bahasa ibunda   atau bahasa etnik

Dalam pada itu, peranan bahasa Melayu sebagai bahasa Ilmu juga turut mengalami turun naik dan pasang surutnya seiring dengan pembangunan  negara yang menyaksikan Malaysia berubah daripada sebuah negara berasaskan pertanian dan perlombongan berkembang menjadi  negara perusahaan dan perindustrian. Dunia korporat menyaksikan Bahasa Inggeris mendapat tempat yang meluas di firma-firma dan syarikat-syarikat besar yang rata-rata menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa perhubungan rasmi syarikat. Hal ini menyebabkan Bahasa Inggeris mempunyai nilai komersial yang tinggi sehingga ketakutan dan kegusaran timbul apabila anak-anak kita dikatakan tidak dapat meguasai Bahasa Inggeris kerana kononnya Sistem pendidikan Kebangsaan yang  meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama   di sekolah  membantutkan usaha mempelajari Bahasa Inggeris dengan berkesan.

    Rentetan daripada itu, tanpa menimbang tara usaha pemimpin terdahulu mendaulatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa  ilmu melalui Laporan Razak pada tahun 1956, Laporan Rahman Talib pada 1960 yang membawa kepada tergubalnya Akta Pendidikan Kebangsaan pada tahun 1961 dan diperteguh melalui Akta Pendidikan  1996 , atas desakan pihak tertentu,  fungsi bahasa Melayu sebaga bahasa ilmu dikecilkan dengan Dasar Pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris atau  PPSMI.

Dasar ini dimulakan pada tahun 2003 dan berakhir pada tahun 2014  setelah kerajaan menerima laporan daripada  Kajian 53 pakar bahasa yang merumuskan dasar kontroversi tersebut "menimbulkan kerugian berganda kepada kepada murid, terutama kepada 75 peratus murid yang tergolong dalam kategori (pencapaian) sederhana dan lemah dalam tiga mata pelajaran terbabit, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik." Dalam erti kata lain PPSMI tidak membantu murid menguasai bahasa inggeris, sebaliknya turut menjejaskan penguasaan murid dalam mata pelajaran sains dan matematik dan sekali gus menjejaskan penguasaan bahasa Melayu murid.murid. Lalu, dasar tersebut digantikan dengan dasar MBMMBI
Jelaslah . pada hari ini Bahasa Melayu menghadapi pelbagai cabaran  untuk mengekalkan fungsinya sebagai bahasa rasmi Negara, bahasa perpaduan dan bahasa ilmu, Selain itu, Bahasa melayu juga menerima ancaman globalisasi  sehingga wujudnya fenomena bahasa rojak dan pencemaran bahasa.

Setakat ini sahaja sidang hadirin saya serahkan kembali  saudara pengerusi forum, saudara Tazrin. ,


Pengerusi Forum
Terima kasih kepada ahli panel ketiga , saudara………………………..yang telah mengupas tentang cabaran-cabaran yang dihadapi oleh bahasa Melayu sama ada dalam penggunaannya secara rasmi atau penggunaan dalam perhubungan sosial.  Sedih apabila memikirkan tentang nasib Bahasa Melayu yang bagai melukut di tepi gantang,seolah-olah  dianaktirikan oleh  oleh anak watannya sendiri.

Maka, selain membicarakan cabaran saya juga ingin meninjau lebih lanjut pandangan ahli-ahli panel kita tentang prakarsa-prakakarsa yang boleh dilaksanakan untuk mengatasi cabaran Bahasa Melayu terutama pada era globalisasi ini.
Saya mulakan dengan soalan pertama buat ahli panel pertama  iaitu saudara…………………….tentang langkah-langkah yang dilakukan oleh pihak kerajaan untuk  meletakkan Bahasa melayu pada kedudukan dan statusnya yang betul , sehingga akhirnya Bahasa Melayu dapat dinobatkan sebagai bahasa antarabangsa

Ahli Panel 1
Terima kasih  kepada saudara pengerusi Forum, Saudara Tazrin Taijo.
Menjawab persoalan saudara, kita harus mengakui kerajaan telah melaksanakan pelbagai usaha  untuk meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, bahasa kebangsaan  dan  bahasa ilmu.

Saya teringat pendapat ahli panel kedua saudara……………………..yang ada menyebut peranan Dewan Bahasa dan Pustaka dalam mengembangkan bahasa dan sastera Melayu, bukan begitu saudara………………………..?

Ahli Panel Kedua
 Ya benar saudara..DBP sebagai badan berkanun kerajaan saya kira telah memainkan peranannya untuk memperkembang dan memperluas penggunaan bahasa Melayu terutama dari aspek penerbitan buku-buku dan majalah Bahasa melayu. 

Pengerusi Forum
Maksud saya, saudara ahli panel pertama mungkin boleh membicarakan tentang   kerajaan yang telah meletakkan bahasa Melayu di sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan paling penting bahasa wahana pemikiran tinggi dalam masyarakat berilmu di Negara kita.

Ahli panel pertama
Baiklah saudara pengerusi,
Saya  teruskan kupasan  berhubung peranan kerajaan ,
Ahli panel dan Sidang hadirin  yang dihormati,

     Laporan Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960  Yang  telah dimaktubkan dalam Akta Pelajaran 1961. dengan jelas menekankan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan.
.
    Dasar Pelajaran Kebangsaan telah melahirkan  murid-murid yang mendapat keseluruhan pendidikan dalam bahasa Melayu, dan bermula dari tahun 1983, penuntut yang memasuki pusat-pusat pengajian tinggi telah menerima seluruh pendidikan mereka dengan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Bentuknya telah disempurnakan sehingga berupaya memperkatakan apa-apa  sahaja bidang yang wujud dalam kehidupan rakyat Malaysia .

     Seterusnya  melalui  Akta bahasa Kebangsaan 1967,  Bahasa Melayu  diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan. Pengiktirafan ini termaktub di dalam Perlembangaan Persekutuan melalui Perkara 152:-
.
      Dasar bahasa kebangsaan telah meletakkan Bahasa melayu menjadi bahasa Melayu tinggi. Professor  Wan Hashim Wan Teh dari Universiti Malaya mengatakan bahawa, perjuangan memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa utama negara telah tiba di kemuncaknya apabila bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan sehingga ke universiti.

      Penubunan Universiti Kebangsaan Malaysia  pada tahun 1970 sebagai university yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam semua pengajian juga merupakan antara inisiatif kerajaan dalam memartabatkan bahasa  Melayu. UKM ternyata telah melahirkan  ramai graduan  daripada pelbagai bidang  dengan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.

     Demikianlah apabila Bahasa Melayu sudah dimartabatkan di negara sendiri,dijunjung tinggi oleh bangsa dan rakyatnya sendiri, maka barulah kita yakin untuk melangkah membawa bahasa Melayu ke persada antarabangsa

     Sekian sahaja daripada saya tentang peranan kerajaan dalam memastikan bahasa Melayu. Kembali kepada Saudara Pengerusi Forum
Pengerusi Forum

Terima kasih saudara…………………………sungguh besar peranan yang dimainkan oleh pihak kerajaan ya saudara…………………….
Ternyata Dasar Bahasa kebangsaan telah berjaya meletakkan bahasa Melayu ke tempatnya. Sehingga kita dapat menggunakan bahasa Melayu dengan sepolos hati dalam medan bual bicara ini. Tak begitu ahli panel semua?

Ahli panel2
Ya, benar saudara. Hari ini  merupakan antara usaha yang dilaksanakan pihak kerajaan melalui Kementerian pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri dan pejabat pelajaran daerah untuk memartabatkan bahasa Melayu.

      Bukan itu sahaja, di peringkat antarabangsa, Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu atau PABM telah diadakan sejak lapan tahun  yang lalu.

PABM dianjurkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan; Kementerian Pelancongan manakala AG Bestari Events Sdn Bhd dilantik selaku pengurus acara dan bertindak sebagai Sekretariat PABM.

    Kabinet Malaysia dalam mesyuaratnya pada tahun 2008 telah bersetuju untuk memberikan penarafan “Projek Nasional” kepada PABM bersesuaian dengan prestijnya sebagai satu-satunya acara pidato bahasa Melayu yang terulung di dunia.

Jelaslah di sini usaha pengantarabangsaan Bahasa Melayu turut turut menjadi agenda pihak kerajaan melalui Penaungnya YAB Perdana Menteri Malaysia

Ahli panel 3
 Aduhai, Nampaknya saudara ……………………………mengingatkan saya kepada kepetahan gadis manis dari negara matahari terbit bernama Hatsune Yanai berbicara tentang makna kebahagiaan duniawi dan ukhrawi dan  menjadi juara Piadato Antarabangsa kategori antarabangsa di PICC, Putra Jaya pada bulan Mac yang lalu.


Pengerusi
 Wah, saudara ahli panel ketiga terkenang seseorang nampaknya….


Ahli panel ketiga
Ya sedikit terkenang kerana semua peserta dari pelbagai negara di dunia berusaha bersungguh-sungguh menyampaikan pidato masing-masing. 
Pengerusi
forum

Tak mengapa saudara. Saya memahami isi hati saudara.

Terima kasih saudara ahli panel kedua dan ketiga atas pandangan saudara-saudara sebentar tadi.  Baiklah….Menyentuh tentang peranan pihak lain, bolehkan  ahli panel kedua, saudara…………………….memberikan pandangan saudara tentang peranan yang dimainkan oleh pihak pertubuhan bukan Kerajaan, media dan badan korporat  dalam melaksanakan program-program bahasa dan sastera  sama ada di dalam atau diluar Negara.

Ahli panel Kedua
Terima kasih saudara pengerusi Forum, Saudara Tazrin.

     Membicarakan tentang peranan Pertubunan bukan Kerajaan, atau NGO , Badan korporat  dan media dalam memperkasa bahasa dan sastera Melayu,  saya tertarik dengan kerjasama  yang turut diberikan oleh  Badan Bukan kerajaan    iaitu GAPENA atau gabungan Penulisan Nasional, Gapena yang ditubuhkan pada 23 Oktober 1970.


     Hakikatya, peranan Gabungan Penulis Nasional atau GAPENA dalam membangunkan  bahasa dan kesusasteraan Melayu di negara kita  tidak boleh dipandang remeh.

     Gapena telah berjaya menggabungkan semua penulis tanah air untuk berkarya, melaksanakan perlbagai pertandingan, sayembara, seminar, wacana ilmu, diskusi dari semasa ke semasa untuk  mencari formula terbaik mengembangkan bahasa dan sastera Melayu  baik di dalam negara, mahupun di luar Negara.

      Gapena juga bekerjasama dengan erat untuk menerbitkan karya agung penulis tersohor  dan Sasterawan Negara seperti Abdullah Hussain, Shahnon Ahmad, Usman Awang, Kemala, Arenawati, A.Samad Said dan lain-lain.

     Apa yang lebih menarik Badan korporat dan pihak swasta turut juga memainkan peranan dalam perkembangan bahasa dan sastera Melayu. Contohnya ,Gapena telah menjalin kerjasama erat dengan syarikat ESSO untuk menaja hadiah sastera Gapena Esso selama  20 tahun , manakala bank Bumiputera Commerce juga pernah memberikan tajaan selama empat tahun .

saudara Pengerusi dan Ahli panel

     Dalam pada itu .pengembangan bahasa Melayu di sektor Swasta juga telah dilaksanakan melalui Gerakan Bahasa Kebangsaan Sektor swasta pada tahun 1996.

      Antara program yang dilaksanakan ialah kempen penggunaan bahasa kebangsaan, pemantauan penggunaan bahasa kebangsaan di sektor swasta, khidmat  nasihat, bahasa, khidmat pengeditan dan penterjemahan dokumen perniagaan dan bahasa  juga penganjuran  kursus bahasa.

  Saya berpendapat  Sejak digerakkan pada tahun 1996, secara beransur-ansur telah tampak kepekaan pihak swasta tertentu untuk ikut serta melaksanakan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

     Sebagai contoh persatuan Linguistik Malaysia dan beberapa badan bukan kerajaan yang lain telah telah berhasil memperteguh ciri bahasa lisan formal bagi bahasa Melayu, terutama apabila penggunaannya di Stesen Televisyen Malaysia Berhad atau TV3 membentuk citra istimewa bagi bahasa Melayu lisan rasmi.

Bukan begitu saudara pengerusi dan ahli panel?

Pengerusi forum
 Ya , saya sependapat dengan ahli panel kedua, bagaimana pandangan ahli panel yang lain ?

Ahli panel 1
Saya bersetuju, pada hari ini penggunaan bahasa Melayu  di media massa terutama media cetak dan media elektronik sangat mementingkan aspek kebakuan tak kira sama ada dari aspek sebutan dan tatabahasa.
Ahli panel 2
Ya, benar saudara. Hal ini sudah pasti merupakan indikator bahawa Bahasa Melayu yang seragam sedang digunakan dan hasrat mengantarabangsakan bahasa Melayu akan tercapai.
Pengerusi Forum
Terima kasih kepada ahli-ahli panel. Seterusnya saya ingin meninjau pandangan ahli panel ketiga tentang peranan Negara serantau yang menggunakan bahasa Melayu dalam mengantarabangsakan  bahasa Melayu

Ahli panel 3
Terima kasih saudara……………………………………pengerusi forum kita pada hari ini serta sahabat ahli panel dan siding hadirin

Membicarakan peranan negara serantau rumpun Malayu saya memetik kata-kata Datuk Dr Awang Sariyan yang menyatakan;

Dari aspek wibawa bahasa, kedudukan, dan peranan bahasa Melayu tidak seharusnya terbatas pada peringkat negara semata-mata. Bahasa Melayu perlu diangkat menjadi bahasa serantau dan antarabangsa yang diiktiraf sebagai salah satu bahasa penting di dunia.


Dalam hal ini  DBP perlu memanfaatkan prasarana dan mekanisme sedia ada terutama yang melibatkan hubungan dan kerjasama antara negara, seperti Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia (MABBIM), Majlis Sastera Asia Tenggara (MASTERA), dan Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu (MABM). ‘


Upaya perancangan dan pengembangan bahasa Melayu ke peringkat serantau dan antarabangsa yang dikongsi wawasan pelaksanaannya oleh Dewan Bahasa danPustaka (DPB) Malaysia semasa pimpinan Dato’ HajiA. Aziz Deraman, DBP Brunei di bawah pimpinan Dato Paduka Haji Alidin bin Haji Othman dan Pusat Bahasa Indonesia yang diketuai oleh Dr Hassan Alwi, telah dilakukan dengan jayanya. Kerjasama ketiga-tiga institusi dengan pelbagai pihak, kerajaan dan agensi-agensi lain yang berkaitan, maka telah timbul suatu keyakinan dan komitmen bahawa bahasa Melayu mampu dibangun dan dikembangkan 
menjadi bahasa yang berwibawa sama ada di peringkat Nasional, serantau dan antarabangsa.

Suatu yang membanggakan melalui kerjasama tersebut Pusat Pengajian Bahasa Melayu pertama ditubuhkan di Universiti Leiden Belanda pada tahun pada 1867 telah menerima seorang professor Bahasa Melayu pada tahun 1992 melalui program Kerusi Pengajian Melayu oleh Kerajaan Malaysia. . kerusi pengajian Melayu juga telah ditubuhkan di Universiti Victoria, Welllington, New Zealand, Di Universiti Beijing

    Rangkaian kerja institusional antara negara memang sangat munasabah dan forum-forum kerjasama yang diwujudkan misalnya antara Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia (MABBIM), Majlis Sastera Asia Tenggara (MASTERA), MajlisAntarabangsa Bahasa Melayu (MABM) dengan Forum Kerjasama Penerbitan Serantau(FOKEPS), Mesyuarat Kerjasama Kebahasaan dan Persuratan (MEKKAP) kawasan segi tiga Asia Tenggara, boleh menjadi wahana penyebaran bahan pengajian dan kajian di institusi-instusi asing tadi
Demikianlah, bagaimana kerjasama serantau membawa manfaat kepada perkembangan bahasa dan sastera Melayu di peringkat antarabangsa.
Kembali kepada pengerusi forum

Pengerusi
Terima kasih kepada saudara……………………..
Sebagai penghujung bicara, saya mohon ahli panel membuat rumusan perbincangan kita  pada hari ini.

Ahli Panel 1

Saudara pengerusi, sahabat panel dan sidang hadirin
Bahasa Jiwa bangsa,
Rosak bahasa rosaklah bangsa
Sebagai generasi pewaris kepimpinan bangsa, ayuh kita lestarikan perjuangan memartabatkan bahasa ke takhtanya.

Ahli Panel 2
Akhir kalam daripada saya, hasrat mengantarabangsakan bahasa Melayu bukanlah angan-angan mat jenin atau impian di awaing-awangan, .Dengan izin Allah, iltizam padu dan komitmen jitu semua pihak, kerajaan, rakyat termasuk kita generasi muda , walau masih setahun jagung, darah setampuk pinang, mari kita usahakan yang terbaik buat bahasa dan bangsa kita.


Ahli panel 3
Sebagaimana sahabat ahli panel yang lain, pendirian dan rumusan saya juga serupa walau tidak sama. Membujur lalu melintang patah, sekali kita mara, pantang  kita berundur. Perjuangan memartabatkan dan mengantarabangsakan bahasa Melayu ialah perjuangan luhur dan suci demi kesinambungan warisan bumi tercinta.


Pengerusi
Terima kasih sahabat-sahabat ahli panel yang sungguh bersemangat dan beriltizam  

Demikian tadi rumusan bual bicara  daripada semua ahli panel kita tentang  pengantarabangsaan Bahasa Melayu, realiti atau sekadar ilusi,

Tuntasnya, bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat, kata sepakat  yang dicapai, dengan usaha tanpa kenal erti jemu, kerana kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya, maka hasrat menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa antarabangsa akan menjadi realiti.

Terima kasih kepada semua ahli panel yang sudi hadir untuk membicarakan isu pengantarabangsaan Bahasa Melayu ini . Semoga forum ini menjadi wadah melahirkan remaja yang cakna terhadap isu-isu bahasa, selanjutnya membantu meletakkan bahasa Melayu di persada antarabangsa. Harapan saya forum ini juga mampu memberikan informasi bermanfaat buat semua hadirin yang dihormati.

Sidang hadirin yang dihormati..

kalau berkayuh dan sampai ke pulau
Kalau mendaki dah sampai ke puncak
Kita telah sampai kepada penghujung bicara

Entah kata salah tutur
Entah maksud salah sampai

Terimalah    salam, salam bersantun,
Salam yang minta maaf, salam yang minta ampun

     Saya mewakili semua ahli panel mengucapkan  setinggi-tinggi terima kasih  kepada semua hadirin yang sudi hadir menyaksikan pertandingan Forum remaja ini.

Lantaran keterbatasan waktu, saya mohon mengakhiri bicara ini  selanjutnya mohon mengundur diri.

      Sekian, wabillahitaufik wal hidayah, wassalam mualaikum warah matullah , salam sejahtera, salam  1 Malaysia.




Inilah teks Forum Remaja SMK Tinggi Klang Tahun 2017. Bagaimanapun kami tak mampu mempertahankan kejuaraan. KISAS merebut semula kejuaraan.


Image may contain: 1 person, standing and indoor

Image may contain: 5 people, people smiling, people standing and suitImage may contain: 8 people, people smiling, people standing, suit and outdoorz
Image may contain: 8 people, people smiling, people standing and suit

Comments

  1. Assalamualaikum. cikgu, saya minta izin ya untuk guna teks ini sebagai bahan untuk lisan Bahasa Melayu. Terima kasih :).
    P/s: Salam sayang dari KISAS. :D

    ReplyDelete
  2. 8CENT.COM : MEMBELI BELAH DENGAN MUDAH

    Sebagaimana kita tahu pada zaman kemodenan ini pelbagai teknologi telah memudahkan urusan seharian kita.


    Antara teknologi yang sedang hangat pada hari ini adalah perniagaan atas talian, dimana segala urusan jual beli hanya atas talian. Tidak perlu lagi untuk kita bersusah payah membeli barang keperluan kita dengan menaiki kereta menuju ke kedai yang jauh.


    Sepertimana kita tahu pada hari ini ramai diantara masyarakat malaysia yang menceburi bidang perniagaan atas talian. Walaubagaimanapun rakyat malaysia mempunyai semangat yang tinggi untuk mencuba berniaga secara atas talian. Hari demi hari kita dikhabarkan oleh pihak media dimana adanya laman web untuk jual beli barang keperluan seharian. Salah satu laman web perniagaan yang terkenal adalah mudah.my, kemudian wujud yang lain seperti lazada dan shoppee.



    Setelah kewujudan laman web perniagaan tersebut, muncul satu lagi laman web perniagaan atas talian yang bernama “8 Cent Malaysia Sdn Bhd” dimana ianya menjual pelbagai barang keperluan seharian dan sesuai bagi semua peringkat umur di laman web www.8cent.com . Menariknya tentang laman web 8cent Sdn Bhd ini adalah mudah difahami struktur laman web dan mudah digunakan untuk membeli barang keperluan seharian.


    Selain itu laman web perniagaan atas talian 8Cent Malaysia Sdn Bhd juga kerap juga mengadakan jualan murah sebanyak 50%, 80% dan tidak ada bayaran cukai barang. Berbanding dengan laman web perniagaan lain hanya mengadakan promosi atau jualan murah pada hari tertentu dan menetapkan beberapa peratus cukai barang. Seterusnya laman web perniagaan 8 Cent Sdn Bhd juga dapat menjimatkan kos perbelanjaan.




    Akhir sekali, kita sebagai pelanggan haruslah mengutamakan aspek berjimat cermat dalam perbelanjaan. Tidak semua kedai harga sama atau mahal, jika kita bijak membuat pilihan sudah tentu ianya memberikan kepuasan dan keuntungan pada diri kita.
    Untuk keterangan lanjut, layari https://www.8cent.com ...













    ReplyDelete
  3. e_mail:[iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com]
    WhatsApp Number::::::::::[+60]1123759663
    Telephone..Number:[+60]1123759663
    email:::::::hafizulbin365@gmail.com
    Name::::Hafizul Bin Haziq
    Country:::Malaysia
    [[[[di atas adalah data peribadi saya]]]]]
    Kemarau kewangan saya berakhir pada bulan ini apabila saya fikir semuanya adalah urusan perniagaan dengan beberapa rakan saya di Kuala Lumpur beberapa bulan yang lalu perniagaan yang bernilai beberapa Rm785.000.00 yang keuntungannya sudah cukup untuk kita semua untuk berkongsi keuntungan tetapi akibat kegagalan perniagaan, kita semua mendapati bahawa kita mempunyai masalah kewangan yang sangat besar kerana saya tidak mempunyai wang untuk bergantung pada ketika perniagaan gagal kerana saya melabur semua saya dengan saya pada perniagaan jadi saya berada di sangat sangat maaf jadi saya terpaksa mencari bantuan kewangan saya sebenarnya telah ditolak oleh beberapa bank sebagai hasil dari kadar pinjaman mereka dan juga syarat mereka jadi saya terpaksa melalui beberapa blog sehingga saya datang menghadapi dengan Iklan Syarikat Ibu. saya menghubungi Ibu dengan segera selepas melalui beberapa proses yang sangat fleksibel permintaan pinjaman saya sebanyak Rm440.000.00 telah diluluskan oleh pihak pengurusan dan pada keesokannya Lembaga Pengurusan Peminjaman Pinjaman dikreditkan saya tanpa menangguhkan berkat ini dari ibu yang dapat menyelamatkan anda hari ini dari apa-apa embarrazement kewangan anda menjadi ibu hubungi Ibu sekarang untuk pinjaman anda yang berubah e_mail:[iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com]
    ISKANDAR LESTARI LOAN COMPANY "ISKANDAR LENDERS"
    [[[[Berikut adalah data peribadi saya]]]]
    Country::::::Malaysia
    Name::::::::Hafizul Bin Haziq
    email::hafizulbin365@gmail.com
    Telephone Number:[+60]1123759663
    WhatsApp Number::::::::[+60]1123759663
    e_mail:[iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com]

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum cikgu. Izinkan saya mnggunakan teks ini untuk ujian lisan bm saya. Terima kasih <3

    ReplyDelete
  5. Assalammualaikum , izin copy utk ujian lisan. Terima Kasih

    ReplyDelete

  6. My name is Wang Fang am Chinese i live in Malaysia here johor bahru Please be very careful with fake sugar mummy agent in malaysia i have been scam by so many sugar mummy agent in malaysia i lost 19,500rm by fake agent claiming to give me rich mummy in Malaysia but later find it that agent is a scammer and also contacted another agent also find it that is a scammer that second agent cheated me 1200rm and 3900rm and i later find it that is also a scammer i lost my hard earn money and it was a total of Rm23,000 i was so surprise today i just contact agent MRS ZAAFIRAH whatsaapp +60167250942 i was hookup today with one sugar mummy johor bahru Please help me to thank agent MRS ZAAFIRAH Am so grateful right now the only money i pay is the hookup form fee which is 1210rm only immediately after payment for the hookup form fee which is 1210rm i just got hookup immediately with my mummy in Johor Bahru mrs Zafirah is the only trusted agent in Malaysia please don't contact another agent just only Mrs zafirah

    ReplyDelete

  7. WhatsApp Number::::::::::[+60]1123759663
    Telephone..Number:[+60]1123759663
    email:::::::hafizulbin365@gmail.com
    Name::::Hafizul Bin Haziq


    Kemarau kewangan saya berakhir pada bulan ini apabila saya fikir semuanya adalah urusan perniagaan dengan beberapa rakan saya di Kuala Lumpur beberapa bulan yang lalu perniagaan yang bernilai beberapa Rm785.000.00 yang keuntungannya sudah cukup untuk kita semua untuk berkongsi keuntungan tetapi akibat kegagalan perniagaan, kita semua mendapati bahawa kita mempunyai masalah kewangan yang sangat besar kerana saya tidak mempunyai wang untuk bergantung pada ketika perniagaan gagal kerana saya melabur semua saya dengan saya pada perniagaan jadi saya berada di sangat sangat maaf jadi saya terpaksa mencari bantuan kewangan saya sebenarnya telah ditolak oleh beberapa bank sebagai hasil dari kadar pinjaman mereka dan juga syarat mereka jadi saya terpaksa melalui beberapa blog sehingga saya datang menghadapi dengan Iklan Syarikat Ibu. saya menghubungi Ibu dengan segera selepas melalui beberapa proses yang sangat fleksibel permintaan pinjaman saya sebanyak Rm440.000.00 telah diluluskan oleh pihak pengurusan dan pada keesokannya Lembaga Pengurusan Peminjaman Pinjaman dikreditkan saya tanpa menangguhkan berkat ini dari ibu yang dapat menyelamatkan anda hari ini dari apa-apa embarrazement kewangan anda menjadi ibu hubungi Ibu sekarang untuk pinjaman anda yang berubah e_mail:[iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com]
    ISKANDAR LESTARI LOAN COMPANY "ISKANDAR LENDERS"
    [[[[Berikut adalah data peribadi saya]]]]
    Country::::::Malaysia
    Name::::::::Hafizul Bin Haziq
    email::hafizulbin365@gmail.com
    Telephone Number:[+60]1123759663
    WhatsApp Number::::::::[+60]1123759663
    e_mail:[iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com]

    ReplyDelete
  8. Mohon izin utk guna ya cg :3

    ReplyDelete
  9. SUGAR MUMMY HOOKUP ORGANISATION.
    BOOST YOUR INCOME!!! Contact agent Fatima on whatsapp by clicking this link
    wa.me/601131427456

    if you need sugar Welcome to Malaysia/Singapore finest, reliable dating agency with good track records. Our sugar mummies pay RM8000 per hookup everyday We have a wonderful influential network of clients ranging from government officials, politicians, executive, honorable s, oil barons, money bag business personality, hotel owners and gold men and women, and we have very influential connected sugar Mummies/Daddies, Gay and Lesbian all over Malaysia/Singapore. Be among the people to get our exclusive connections. We are the best reliable, efficient in our job, get the opportunity to meet them (whats-app agent Fatima on WhatsApp +601131427456 now to get connected within 2 hours . We have sugar mummies all over Malaysia/Singapore who are willing to lavish money on you, with gifts, cars, house and even contracts connections, and even assist you get a job, enter the entertainment industry and fashion industry, and also assist in getting loans, and financial assistance.what they need is sexual satisfaction and they pay for the services (whats-app No: +601131427456 payment from RM6,000 TO RM8,000 PER-NIGHT NOTE:APPLICANT MUST BE 17YRS AND ABOVE (whatsapp +601131427456) for urgent hook up...

    ReplyDelete
  10. Salam kekasihku
    Saya benar-benar tidak tahu dari mana hendak memulakan testimoni saya kerana nama saya yang sangat gembira ialah Esteri Mumpung, dari Phillipine, Puan Rebacca Alma datang untuk menyelamatkan saya dan menghilangkan semua kesedihan saya.
    Sungguh mengagumkan apabila saya berfikir bahawa semuanya telah selesai dengan saya, saya sangat terhutang budi sehinggakan orang-orang yang saya pinjam dari geng itu memerangi saya dan kemudian menahan saya akibat hutang saya. ditahan selama berbulan-bulan tempoh rahmat diberikan kepada saya ketika saya dipulangkan dan dibebaskan untuk pergi dan menjana wang untuk melunaskan semua hutang yang saya terima sehingga saya diberitahu bahawa terdapat pemberi pinjaman dalam talian yang sah jadi saya perlu mencari di blog yang saya ditipu sebelum ini tetapi ketika saya menjumpai SYARIKAT PINJAMAN REBACCA ALMA, Tuhan mengarahkan saya kepadanya dan di sebuah blog kerana tarikan saya terhadapnya benar-benar suatu keajaiban mungkin kerana Tuhan telah melihat bahawa saya mempunyai banyak penderitaan dan itulah sebabnya dia mengarahkan saya kepadanya. Oleh itu, saya melamar dengan penuh semangat setelah beberapa jam pinjaman saya diluluskan oleh Lembaga Pengarah dan dalam 24 jam saya dikreditkan dengan jumlah yang tepat yang saya maksudkan untuk semua ini tanpa jaminan tambahan Pinjaman Peribadi kerana saya bercakap dengan anda sekarang saya mempunyai hapus semua hutang Saya dan sekarang saya mempunyai pasar raya dan pelaburan saya sendiri di Filipina dan Indonesia, saya baru saja membuka pusat membeli-belah di Malaysia tidak lama dahulu dan saya tidak memerlukan bantuan orang lain sebelum saya memberi makan atau mengambil kewangan, apa pun keputusan saya tidak ada urusan dengan Polis, saya sekarang wanita bebas.
    Anda ingin mengalami kebebasan kewangan seperti saya, sila hubungi Ibu melalui e-mel syarikat: (rebaccaalmaloancompany@gmail.com) juga hubungi Puan Rebbacca melalui nombor whatsapp +14052595662.

    Anda tidak dapat memperdebatkan fakta bahawa dalam dunia kesulitan ini, anda memerlukan seseorang untuk menolong anda mengatasi masalah perolehan dalam hidup anda dalam satu atau lain cara, jadi saya memberi anda mandat untuk mencuba dan menghubungi Puan Rebacca Alma di alamat di atas sehingga anda dapat mengatasi masalah kewangan dalam hidup anda.

    Anda juga boleh menghubungi saya melalui e-mel saya: (esterimumpung77@gmail.com)) . Semoga Tuhan memberkati anda semua.

    ReplyDelete
  11. Minta izin share ye cikgu, terima kasih

    ReplyDelete
  12. assalamulaikum cikgu, saya minta izin untuk saya dan rakan2 guna teks ini ya <3

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Peribahasa Bertemakan alam sekitar

PERIBAHASA DARI BUKU TEKS TINGKATAN 4 DAN TINGKATAN 5