Posts

Showing posts with the label Forum remaja : SMK Tinggi Klang

Dirgahayu Bahasaku: Cinta tanpa syarat.

Image
       Baru-baru ini , pasukan forum sekolah  yang saya bimbing  melangkah ke peringkat kebangsaan.  Kejayaan paling indah dan paling manis buat saya , guru-guru dan pelajar yang terlibat .  Bagi pelajar-pelajar  , tentulah merupakan kejayaan besar. Sejarah sekolah   tidak pernah mencatatkan kejayaan pasukan forum sekolah waima di peringkat daerah      Dua dekad sejak menggalas tugas sebagai   guru Bahasa Melayu, saya tak pernah jemu menggalakkan dan membimbing pelajar  menyertai aktiviti kebahasaan. Di mana-mana pun sekolah saya berada, saya tanpa rasa berat dan penuh rela sanggup meluangkan  masa untuk mencungkil bakat dan menyuburkan potensi diri pelajar.    Melakukannya tanpa sebab dan  tanpa syarat. Bukan kerana ingin meraih populariti  atau melonjakkan nama dalam kalangan rakan setugas yang baru mengenali saya di sekolah baharu  , jauh sekali kerana ingin meraih anugera...