TEKS FORUM REMAJA SMK TINGGI KLANG TAHUN 2015 : SAINS DAN TEKNOLOGI: ANTARA MADU DAN TUBA
Memori indah melonjakkan Pasukan Forum Remaja SMK Tinggi Klang ke Persada Kebangsaan tak mungkin terpadam selamanya dalam kamar ingatan guru-guru dan murid-murid yang terlibat. Biapun kecundang pada Tahun 2016 dan 2017, namun, harapa untuk meraihnya tetap semarak Setiap kali menghantar pasukan forum di daerah Bandar Diraja ini sejak era 90-an hingga pertengahan tahun 2000-an( iaitu sebelum saya hijrah ke Wilayah Persekutuan selama 8 tahun ), sosok tubuh pasukan yang saya anggap paling trampil dan paling berkarisma iaitu pasukan Kolej islam Sultan Alam Shah sentiasa membayangi saya dan anak-anak asuhan saya. Usahkan Harapan itu tetap ada, tak mungkin terpadam daripada sudut hati saya yang paling dalam seorang guru pencinta bahasa seperti saya walaupun cabaran getir sepanjang mengharung detik perjuangan bakal bermula. Selagi saya bergelar guru bahasa, tunas-tunas muda yang potensinya dirinya penuh untuk berdiri trampil di khalayak , akan saya bimbing . I...