Peribahasa Bertemakan alam sekitar
Saya harus menghargai hasil usaha pelajar kelas 2 Dinamik mendapatkan senarai peribahasa bertemakan alam sekitar. Justeru, saya paparkan koleksi peribahasa tersebut. Semoga pelajar lain dapat memanfaatkan koleksi peribahasa ini .
Syabas kepada ahli kumpulan ini
Ahli Kumpulan : -
Jasleen Kaur ( 2 Dinamik )
Nur Ain Nadiah ( 2 D inamik )
Nur Rawiyah Sofea ( 2 Dinamik )
Wong Zhao Xian ( 2 Dinamik )
PERIBAHASA
BERTEMAKAN ALAM SEMULA JADI
1.Air yang tenang jangan disangka tiada buaya
Maksud
:Seseorang yang pendiam jangan disangka penakut .
2.Air yang dicencang tidak akan putus
Maksud:Pergaduhan antara saudara tidak akan berlarutan dan
akan berbaik semula .
akan berbaik semula .
3.Air pun ada pasang surutnya
Maksud
: Nasib seseorang itu sukar untuk dipastikan
adakalanya baik dan sebaliknya .
4.Air setitik dilautkan , tanah sekepal
digunungkan
Maksud :Perbuatan memperbesar-besarkan kesalahan yang
kecil .
5.Ada angin , ada pokoknya
Maksud
: Setiap sesuatu itu ada sumber atau asal-usulnya
6.Air sama air , sampah ke tepi juga
Maksud
:Terlibat di dalam pertelingkahan antara ahli
keluarga orang lain dan disisihkan apabila mereka
berbaik semula .
7.Air besar sampan tak hanyut
Maksud
: Niat atau hajat yang ketidaksampaian .
8.Air beriak tanda tidak dalam
Maksud :Orang yang banyak bercakap tandanya tidak
Maksud :Orang yang banyak bercakap tandanya tidak
berilmu
.
9.Anjing menyalak bukit tidak akan runtuh
Maksud
:Perbuatan orang jahat mengata orang baik tidak
akan meninggalkan kesan .
10.Benih yang baik , kalau jatuh ke bumi menjadi gunung , kalau jatuh ke laut menjadi pulau
Maksud
: Seseorang yang berasal daripada keturunan yang
baik akan tetap dihormati
11.Bagai air titik ke batu
Maksud : Orang yang tidak menerima pengajaran yang
diberi kepadanya .
12.Bagai hujan jatuh ke pasir
Maksud : Sia-sia berbuat baik kepada orang yang tidak
mengenang budi .
.13Bagai langit dengan bumi
Maksud
:Mempunyai banyak perbezaan .
14.Batu direbus masakan empuk
Maksud: Seseorang yang dungu dan degil tidak akan mengikut apa yang telah diajar
15.Bagai berumah di tepi pantai
Maksud :Perasaan yang selalu gelisah
Maksud :Perasaan yang selalu gelisah
16.Bagai mencurahkan air ke daun keladi
Maksud :Nasihat yang sia-sia.
17.Cendawan tumbuh selepas hujan
Maksud :Perkembangan yang sangat pesat
Maksud :Perkembangan yang sangat pesat
18.Embun di hujung rumput
Maksud :Kasih sayang yang tidak berkekalan .
Maksud :Kasih sayang yang tidak berkekalan .
19.Garam jatuh ke laut
Maksud :Nasihat yang tidak didengari.
Maksud :Nasihat yang tidak didengari.
20.Gunung yang tinggi akan runtuh jika
setiap hari digali
Maksud : Sebanyak manapun harta jika tidak ditambah lambat- laun akan habis jua .
Maksud : Sebanyak manapun harta jika tidak ditambah lambat- laun akan habis jua .
21.Hujan berbalik ke langit
Maksud :Orang yang berupaya dari segi harta atau ilmu meminta pertolongan orang yang lemah .
22.Hujan jatuh ke pasir
Maksud: Melakukan kebaikan kepada seseorang yang tidak
Maksud: Melakukan kebaikan kepada seseorang yang tidak
tahu membalas budi .
23.Harapkan panas hingga ke petang , rupanya hujan di tengah hari
Maksud : Mengharapkan kesenangan sepanjang masa tetapi
Maksud : Mengharapkan kesenangan sepanjang masa tetapi
rupanya kesusahan yang menimpa .
24.Hujan emas di Negara orang , hujan batu di Negara sendiri
Maksud : Walaupun terdapat kemewahan atau kesenangan di
Maksud : Walaupun terdapat kemewahan atau kesenangan di
tempat orang
, lebih baik di tempat sendiri
walaupun serba kekurangan .
25.Ke bukit sama didaki , ke lurah sama dituruni
Maksud : Susah atau senang tetap diharungi bersama.
26.Kuman di seberang laut nampak , gajah di hadapan mata tidak nampak
Maksud : Kesalahan orang lain nampak walaupun kecil , kesalahan diri sendiri tidak disedari .
Maksud : Kesalahan orang lain nampak walaupun kecil , kesalahan diri sendiri tidak disedari .
27.Lubuk akal lautan budi
Maksud : Mempunyai ilmu pengetahuan yang sangat banyak .
Maksud : Mempunyai ilmu pengetahuan yang sangat banyak .
28.Langit tidak selalu cerah
Maksud : Nasib baik yang tidak selalu berpanjangan .
29.Laut mana yang tidak bergelora
Maksud : Semua orang tidak terlepas daripada melakukan kesilapan .
Maksud : Semua orang tidak terlepas daripada melakukan kesilapan .
30.Lempar batu sembunyi tangan
Maksud : Melakukan perbuatan yang tidak baik tetapi pura-pura tidak tahu .
Maksud : Melakukan perbuatan yang tidak baik tetapi pura-pura tidak tahu .
31.Lain padang lain belalangnya
Maksud :Setiap tempat mempunyai budaya yang
Maksud :Setiap tempat mempunyai budaya yang
berbeza
.
32.Mana sungai yang tidak berhulu
Maksud :Semua orang mempunyai tempat asal-usulnya .
Maksud :Semua orang mempunyai tempat asal-usulnya .
33.Meludah ke langit jatuh ke muka sendiri
Maksud : Seseorang yang menceritakan keburukkan dirinya
kepada orang lain
34.Menangguk di air keruh
Maksud : Mengambil kesempatan .
Maksud : Mengambil kesempatan .
35.Mendengar guruh di langit , air di tempayan dicurahkan
Maksud :Mengharapkan sesuatu yang belum pasti .
Maksud :Mengharapkan sesuatu yang belum pasti .
36.Ombak sudah kedengaran , pasirnya tidak kelihatan Maksud : Sesuatu berita sudah didengari tetapi
buktinya tiada .
37.Ombak yang kecil jangan ditidakkan
Maksud : Sesuatu masalah yang kecil jangan dipandang
Maksud : Sesuatu masalah yang kecil jangan dipandang
ringan
38.
Panas setahun dihapus oleh hujan , tak lekang dek panas Maksud :Sesuatu perkara yang tidak akan berubah .
39.Rendah gunung tinggi lagi harapan
Maksud : Menggambarkan seseorang yang mempunyai
Maksud : Menggambarkan seseorang yang mempunyai
harapan yang terlalu tinggi terhadap sesuatu
perkara.
40.
Siang berpanas ,
malam berembun
Maksud : Kehidupan yang sangat miskin dan tidak
mempunyai tempat tinggal .
41.Setitik dijadikan laut , sekepal dijadikan gunung
Maksud :Sesuatu perkara kecil dibesar-besarkan .
42.Sediakan payung sebelum hujan
Maksud :Beringat-ingat sebelum ditimpa kesusahan .
Maksud :Beringat-ingat sebelum ditimpa kesusahan .
42.Sekali air bah , sekali pasir berubah
Maksud:Apabila berlaku pertukaran pemerintah corak pemerintahan juga berubah .
43.Seperti rumput di tepi jalan
Maksud : Seseorang yang tidak mempunyai kedudukan .
Maksud : Seseorang yang tidak mempunyai kedudukan .
44.Sikit-sikit lama-lama jadi bukit
Maksud : Berusaha secara berterusan akan menghasilkan
kejayaan
.
45.Tiada beban , batu
digalas
Maksud : Sengaja mencari kesusahan
.
46.Ulat di dalam batu pun boleh hidup
Maksud : Orang yang rajin tidak akan kelaparan .
47. Untung atas angin
Maksud : Mendapat keuntungan tanpa perlu berusaha.
alhamdulillah.. amat bermanfaat. tahniah untuk murid-murid cikgu. saya manfaatkan untuk murid - murid saya..
ReplyDeleteDapatkan Penghasilan Tambahan Dengan Bermain Poker Online di www , SmsQQ , com
ReplyDeleteKeunggulan dari smsqq adalah
*Permainan 100% Fair Player vs Player - Terbukti!!!
*Proses Depo dan WD hanya 1-3 Menit Jika Bank Tidak Gangguan
*Minimal Deposit Hanya Rp 10.000
*Bonus Setiap Hari Dibagikan
*Bonus Turn Over 0,3% + 0,2%
*Bonus referral 10% + 10%
*Dilayani Customer Service yang Ramah dan Sopan 24 Jam NONSTOP
*Berkerja sama dengan 4 bank lokal antara lain : ( BCA-MANDIRI-BNI-BRI )
Jenis Permainan yang Disediakan ada 8 jenis :
Poker - BandarQ - DominoQQ - Capsa Susun - AduQ - Sakong - Bandar Poker - Bandar 66
Untuk Info Lebih Lanjut Dapat menghubungi Kami Di :
BBM: 2AD05265
WA: +855968010699
Skype: smsqqcom@gmail.com
bosku minat daftar langsung aja bosku^^
Hmm bagus aku dah ting 5 pun korang dh dpt bantu tuk spm
ReplyDelete