NOTA NOVEL MENITI IMPIAN ; TEKS KOMSAS TINGKATAN 2
NOVEL : MENITI IMPIAN SINOPSIS BAB DEMI BAB BAB SINOPSIS 1 Pak Yusuf gelisah menanti sarapan pagi daripada isterinya Mak Temah. Kegelisahannya itu dapat dikesan oleh anak saudaranya Zahar yang sedang menggergaji kayu di bengkel kayu milik Pak Yusuf. Mak Temah datang membawa dulang berisi air kopi dan dua pinggan bihun. Mak Temah meminta maaf daripada Zahar kerana lewat menghantar sarapan dan Zahar menyatakan Mak Temah perlu meminta maaf kepada Pak Yusuf kerana dari tadi menunggu air kopi yang merupakan minuman kegemarannya setiap pagi. Mak Temah berlalu dengan pesanan daripada Pak Yusuf supaya menyediakan makan tengah hari dan juga mempelawa anak buahnya Zahar makan tengah hari bersama mereka. Zahar mencadangkan supaya rak kasut yang sedang dibuat oleh mereka ini di siapkan lebih awal supaya dapat mengatasi masalah ketiadaan tempat meletak kasut di surau. Pak Imam pasti sangat gembira dan mengucapkan terima kasih kep...