GAYA BAHASA METAFORA

Saat paling puitis dalam jantung hidup guru bahasa yang mencintai sastera seperti saya ialah saat mengajarkan puisi dalam KOMSAS kepada para pelajar. KONSEP PUISI Puisi merupakan medan komunikasi atau informasi yang diungkapkan secara tidak langsung . Banyak makna yang diungkap di dalam puisi yang tidak dapat disampaikan menggunakan bahasa yang biasa. Puisi memerlukan cara pengungkapan tersendiri. Bahasa puisi adalah bahasa khas. iaitu bahasa yang telah direkayasa sedemikian rupa untuk tujuan keindahan . METAFORA DALAM PUISI Metafora juga didefinisikan sebagai perbandingan dua perkara yang berlainan atau berbeza, tetapi mempunyai persamaan hanya di dalam konteks yang dibandingkan. Sebagai contoh, pulau dan impian adalah dua perkara yang berbeza, tetapi mempunyai persamaan di dalam konteks kedua-duanya adalah jauh dan memerlukan usaha penyair untu...