PENULISAN RUMUSAN SPM : Analisis Kelemahan Pelajar

Bulan Jun sudah membuka tirainya, namun daripada penelitian dan pengamatan cikgu selepas semakan soalan peperiksaan pertengahan tahun , anak-anak didik Tingkatan 5 masih belum menguasai kemahiran menjawab soalan Bahagian Rumusan sepenuhnya.Pada hemat cikgu, Bahagian Rumusan merupakan antara bahagian yang paling mudah untuk pelajar mendapatkan skor markah paling tinggi iaitu 30/30. Bagaimanapun kesilapan dan kealpaan saat 'pena menari-nari 'dan dan 'tinta melakarkan aksara 'pada buku latihan atau skrip ujian dan peperiksaan menyebabkan pelajar gagal mendapat markah penuh untuk rumusan. suatu kerugian besar kerana bukan mudah untuk skor m arkah penuh pada bahagian lain. KESILAPAN DALAM MENJAWAB SOALAN RUMUSAN SPM Kesilapan dalam Penulisan Pendahuluan Contoh Soalan . Baca soalan dengan teliti dan tulis rumusan tentang tanggungjawab ibu bapa dalam memastikan kecemerl...