Posts

Showing posts with the label Bahagian 2 :Memori pasukan forum SMK Tinggi Klang

BAHAGIAN 11 : PERJALANAN MENCAPAI GEMILANG KE PERSADA KEBANGSAAN

Image
Pertandingan Forum Remaja Daerah Klang (17 Jun 2015)      Tiga  hari selepas  pertandingan peringkat zon para pelajar ini menyertai pertandingan peringkat  daerah. Pada peringkat ini kelemahan di peringkat  zon diperbaiki. Mereka perlu dilatih mengujarkan idea secara spontan dan lancar. Saya melatih mereka dengan pelbagai soalan spontan ramalan. Walaupun hanya 5 minit dengan peruntukan 10 markah , pelajar perlu benar-benar menguasai  kehendak soalan dan menjawab dengan tepat dan fasih. Saingan di peringkat daerah lebih mencabar kerana perlu berdepan dengan pasukan forum Kisas, Kolej Islam Sultan Zainal Abidin yang tak pernah gagal menjuarai piala kemenangan Daerah Klang.  Saya menjadi penjaga masa tika.pertandingan berlangsung. Di sebelah saya rakan pengacara, Atifah.    Saat pasukan  forum STK meluahkan   bual bicara, segalanya lancar termasuk Bahagian Spontan. Dua celahan dapat diutarakan pada pusingan kedua....