PENULISAN RUMUSAN SPM : Analisis Kelemahan Pelajar

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg7T8vCvpUpPp9A51k-L3QeKzYlLukDTdDzKKj660OV0ohy2ouUa-lkfCL8VdxLz0bTe0shwbrTn6yiHxXj7-bq8iFjwhbY8dSYhlLTQPE_uyFYsdFCigw1eMsxsqyEsnImSNfB9XqK_15i/s1600/kartun+ujian-nasional.jpg     Bulan Jun sudah membuka tirainya, namun daripada penelitian dan pengamatan cikgu selepas semakan soalan peperiksaan pertengahan tahun , anak-anak didik Tingkatan 5 masih belum menguasai kemahiran menjawab soalan Bahagian  Rumusan sepenuhnya.Pada  hemat cikgu, Bahagian  Rumusan merupakan antara bahagian yang paling mudah untuk pelajar mendapatkan skor markah paling tinggi iaitu 30/30.

     Bagaimanapun kesilapan dan kealpaan saat 'pena menari-nari 'dan  dan 'tinta melakarkan aksara 'pada buku latihan atau skrip ujian dan peperiksaan   menyebabkan pelajar gagal  mendapat markah penuh untuk rumusan. suatu kerugian besar kerana bukan mudah untuk skor markah penuh  pada bahagian lain.







KESILAPAN DALAM  MENJAWAB SOALAN RUMUSAN SPM

Kesilapan dalam Penulisan Pendahuluan

Contoh Soalan.

Baca soalan dengan teliti dan tulis rumusan tentang tanggungjawab ibu bapa dalam memastikan kecemerlangan anak-anak dalam pelajaran  dan faedah mempunyai anak yang berjaya dalam akademik.

Contoh  Penulisan Pendahuluan oleh Pelajar dan markah yang Diberikan pemeriksa/Guru

1.  Petikan  membincangkan tanggungjawab ibu bapa dalam memastikan kecemerlangan 
     anak-anak dalam pelajaran.   ( 0 markah)
 2. Petikan  membincangkan peranan ibu  bapa dalam memastikan kecemerlangan 
     anak-anak dalam pelajaran dan faedah mempunyai anak-anak yang berjaya dalam 
    akademik. ( 1 markah)
3. Petikan membicarakan tentang peranan ibu ibu bapa dalam memastikan kecemerlangan 
    anak-anak dalam pelajaran. ( 11/2 markah)

Ulasan
1. Pelajar memperoleh 0 markah kerana tidak menukarkan kata kunci pertama iaitu 
    perkataan tanggungjawab  kepada perkataan bersinonim seperti peranan , tugas  atau 
    tindakan.
2. Pelajar memperoleh 1 markah kerana menulis kata kunci kedua iaitu faedah mempunyai 
    anak  yang berjaya dalam akademik. kata kunci kedua diwujudkan untuk memberikan 
    idea untuk fokus soalan isi yang tersirat. Isi kata kunci kedua lazimnya tidak terdapat 
    dalam petikan.
3. Pelajar memperoleh 11/2 markah kerana menyelitkan perkataan tentang antara kata   
    kerja   transitif membicarakan dengan frasa nama peranan ibu bapa. justeru, pelajar 
    telah melakukan kesalahan tatabahasa.

Contoh Penulisan  Bahagian Pendahuluan Rumusan yang Betul.

Petikan membincangkan/ mengutarakan peranan ibu bapa dalam memastikan kecemerlangan anak-anak dalam pelajaran.

Kesilapan dalam Penulisan Isi Tersurat

Aspek isi

1. Tidak menjawab tugasan .Contohnya kehendak soalan ialah peranan tetapi  pelajar   
     menjawab soalan tentang akibat.
2.  Menyalin ayat bulat-bulat daripada petikan tanpa mengubah sedikitpun struktur ayat.
     Bahasa
3.  Menyertakan huraian dan contoh (Tidak dapat membezakan antara isi utama dengan 
     huraian dan contoh) 

 Aspek  Bahasa

1.  Menulis ayat yang tidak lengkap atau ayat tergantung
2.  Penggunaan penanda wacana yang tidak sesuai.
3.   Kesalaan ejaan, tanda baca, istilah  dan imbuhan.


Kesilapan dalam Penulisan Isi Tersirat 

Aspek Isi

1.  Mengambil isi daripada  petikan.
2.  Menjawab tugasan .Contohnya kehendak soalan bertanya tentang faedah 
     mempunyai anak yang berjaya dalam akademik, tetapi pelajar menjawab soalan tentang
     faktor-faktor anak perlu berjaya dalam akademik.
3.  Tidak dapat mengemukakan isi yang bernas dan matang kerana kekurangan maklumat 
     dan pengetahuan umum.

Aspek Bahasa

1. Penggunaan penanda wacana yang tidak sesuai
2. Menulis ayat yang tidak lengkap dan tergantung
3. kesalahan ejaan, imbuhan, penggunaan istilah dan kosa kata serta tatabahasa.

Kesilapan dalam Penulisan Kesimpulan

1. Tidak  memberikan cadangan dan kesan cadangan sebaliknya memberikan pernyataan.
2.Tidak menjelaskan pihak tertentu yang sepatutnya mengambil tindakan dalam cadangan 
    yang diberikan (cadangan terlalu umum).
3.Tidak menyatakan kesan yang mungkin berlaku hasil tindakan yang dilaksanakan dalam 
   cadangan.
4. Menulis lebih daripada satu ayat untuk perenggan kesimpulan.

Contoh-contoh Penulisan  Bahagian Kesimpulan yang  Tidak  Tepat

1. Kesimpulannya, sektor pelancongan merupakan industri yang penting di negara kita 
    (pernyataan )- 0 markah
2. Kesimpulannya, sektor pelancongan perlu dimajukan demi menambah pendapatan 
    negara (Tidak menyatakan pihak yang sepatutnya bertindak) - (1 1/2  markah)
3.Kesimpulannya , sektor pelancongan perlu dimajukan di negara ini (Tidak menyatakan   
   kesan/hasil daripada saranan) -1 markah
  
Contoh Penulisan Bahagian kesimpulan

Kesimpulannya, Perbadanan Pelancongan Malaysia perlu berusaha memperkenalkan Malaysia di mata dunia agar sektor pelancongan dapat dimajukan.
















Comments

Popular posts from this blog

Peribahasa Bertemakan alam sekitar

TEKS FORUM REMAJA 2016

PERIBAHASA DARI BUKU TEKS TINGKATAN 4 DAN TINGKATAN 5