BAHAGIAN 111 : PERJALANAN MENCAPAI GEMILANG KE PERSADA KEBANGSAAN

ALANGKAH  INDAHNYA KEJAYAAN!

   Alhamdulillah, akhirnya kami  meraih kejayaan juga. SMK Tinggi Klang berjaya menewaskan KISAS dalam pertandingan yang cukup sengit.  Bermakna Pasukan forum SMK Tinggi Klang akan mewakili daerah klang dalam pertandingan peringkat negeri di Sepang  pada bulan Julai nanti.  Cerita tentang kejayaan ini telah saya catatkan  dalam entri saya sebelum   ini

Kamilah Juara -SMK TINGGI KLANG vs KISAS

   Biarpun menghadapi pelbagai dugaan , cabaran dan debaran akhirnya    Pasukan Forum SMK Tinggi Klang mengungguli Pertandingan Forum Daerah Klang dan dinobatkan sebagai Juara forum Remaja Daerah Klang Tahun 2015.

     Dalam Pertandingan Peringkat Akhir yang berlangsung di Dewan Tertutup.SMKP Methodist , pasukan forum STK menumpaskan 9 buah sekolah lain termasuk Kolej Islam Sultan Alam Shah (.Kisas ) yang saban tahun menjuarai pertandingan  tersebut.

     Suatu pencapaian yang sungguh membanggakan yang hanya dapat dicapai hasil usaha gigih pelajar, bimbingan guru Bahasa Melayu , sokongan moral dan material daripada pentadbir sekolah dan semua  guru.

        Moga kejayaan ini menjadi dorongan kepada para pelajar lain untuk menyertai kegiatan koakademik bahasa yang umumnya menuntut  keyakinan diri yang tinggi dan komitmen padu dalam kalangan peserta. Tanpa kecekalan, keberaniaan dan daya juang yng tinggi sukar untuk tampil di hadapan barisan hakim , para pesaing dan  audiens 





Comments

Popular posts from this blog

Peribahasa Bertemakan alam sekitar

TEKS FORUM REMAJA 2016

PERIBAHASA DARI BUKU TEKS TINGKATAN 4 DAN TINGKATAN 5