Posts

Peta I Think dan 4 Bestari

Image
     Memang benar, proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih mudah, menarik dan berkesan dengan penggunaan Peta I Think. Setakat ini , saya telah mengaplikasikan penggunaan Peta Bulatan dan Peta Buih dalam pengajaran Komsas dan penulisan Karangan. Saya percaya dalam jangka masa panjang , hasrat melahirkan pelajar yang mempunyai daya fikir aras tinggi mampu dicapai. Justeru,   Guru seyogianya sentiasa  menjalankan obligasi untuk memastikan pelajar menggunakan peta I think dalam proses pembelajaran mereka.   Selanjutnya swadaya guru yang sesemikian  merupakan antara prakarsa perdana dalam memastikan kelahiran  pelajar minda kelas pertama terlaksana. Jika selama ini kita menggunakan Carta Minda untuk membantu pelajar mencerna isi pelajaran kini kita membugarkannya dengan penggunaan  Peta I Think. Mari kita  melaksanakan transformasi ini. Walaupun perubahan ringkas, namun menatijahkan impak yang besar dalam melahirkan modal insan ber...

DIARI CIKGU BAHASA

Image
B ayangkan,....jika kalian berada di tempat saya....     Saya sedang menyemak karangan Peperiksaan Pertengahan    Tingkatan 5. Setelah menyemak lebih kurang 20 esei, saya terpaksa berehat, menarik nafas panjang dan menyandarkan  tubuh ke sofa. Rasa loya- loya, nanar (pening lalat) dan hampir rasa nak termuntah . Adakah saya sakit ? Jawapanya, tidak juga .   Yang sebenarnya ,membaca esei pelajar melahirkan pelbagai  rasa. Kesal, kalut ,sedih dan tidak sedap hati berbaur dalam jiwa.   Semua rasa itu ialah petanda stres.  Kalau sudah stres,   kebugaran tubuh akan terjejas dek minda yang tertekan dan keletihan   Wah, parah kalau saya terus begini !  Pukul   rata  saya ada  300 skrip    yang perlu disemak dalam tempoh tiga  Minggu .          termenung saya membaca esei kalian.... Sekadar hiasan ( bukan gambar esei anak didik saya,,,ihsan google Image) ent...

PENULISAN RUMUSAN SPM : Analisis Kelemahan Pelajar

Image
     Bulan Jun sudah membuka tirainya, namun daripada penelitian dan pengamatan cikgu selepas semakan soalan peperiksaan pertengahan tahun , anak-anak didik Tingkatan 5 masih belum menguasai kemahiran menjawab soalan Bahagian  Rumusan sepenuhnya.Pada  hemat cikgu, Bahagian  Rumusan merupakan antara bahagian yang paling mudah untuk pelajar mendapatkan skor markah paling tinggi iaitu 30/30.      Bagaimanapun kesilapan dan kealpaan saat 'pena menari-nari 'dan  dan 'tinta melakarkan aksara 'pada buku latihan atau skrip ujian dan peperiksaan   menyebabkan pelajar gagal  mendapat markah penuh untuk rumusan. suatu kerugian besar kerana bukan mudah untuk skor m arkah penuh  pada bahagian lain. KESILAPAN DALAM  MENJAWAB SOALAN RUMUSAN SPM Kesilapan dalam Penulisan Pendahuluan Contoh Soalan . Baca soalan dengan teliti dan tulis rumusan tentang tanggungjawab ibu bapa dalam memastikan kecemerl...

Bengkel Pemantapan Tatabahasa: Legasi zaaba (Siri pertama)

Image
Tarikh :  24 April  2013(Rabu) Masa.  : 2.15 petang hingga 4.00 petang Tempat : Bilik Bahasa Sasaran : 25 orang pelajar tingkatan 5  ( Kategori  Cemerlang dan Sederhana) Objektif :  1.Memantapkan kemahiran tatabahasa pelajar                2.Melahirkan pelajar yang mampu menjadi mentor kepada pelajar                                lain dalam aspek  tatabahasa                3.Meningkatkan pencapaian bahasa Melayu  pelajar dalam                    peperiksaan  dalaman dan SPM.        Siapakah Zaaba ? Mengapakah saya memilih nama   LEGASI ZAABA  sebagai nama program pemantapan Tatabahasa . Generasi muda hari ini tidak terkecuali pelajar,  rata-rata tidak mengenali tokoh ini walaupun mungkin p...

BENGKEL 'I THINK'

Image
    Saya berpeluang menghadiri Bengkel 'I think 'anjuran Pejabat  Pelajaran  Daerah Wilayah  Persekutuan  PPDWP Zon Bangsar Pudu pada 30 April yang lepas. pengisian bengkel tersebut sungguh menarik. Berkobar-kobar semangat saya untuk menyampaikan segala input yang diperoleh kepada guru-guru Bahasa Melayu di sekolah dan seterusnya mengaplikasikannya kepada para pelajar saya dalam proses pengajaran dan pembelajaran.       Apakah program 'I think' dan mengapakah program ini dilaksanakan  ?      Program ini bertujuan melahirkan pelajar yang kritis, kreatif dan inovatif. Modul program ini diadaptasikan daripada modul program yang dilaksanakan di sekolah- sekolah di  United Kingdom.Program 'I think' ini juga dikenali sebagai program Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT ) atau dalam Bahasa Inggeris di kenali sebagai program Higher Thinking Order Skill(HOT'S)     'I think' memperkenalkan teknik pengguna...

JENIS-JENIS PERIBAHASA MELAYU

Image
                      Peribahasa Melayu mencerminkan   k etajaman , ketelitian dan ketinggian masyarakat silam. Justeru, kita perlu berbangga dengan  koleksi peribahasa Melayu.   Dr Awang Sariyan  , Ketua pengarah DBP melalui buku Tikaman Bahasa menyeru kita agar berbangga dengan peribahasa kita sendiri.  Menurut beliau, jika tamadun bangsa China berbangga dengan koleksi kata-kata hikmah Kung Fu Tze, Tamadun Yunani memiliki ungkapan Falsafah Socrates, Plato dan Aristotles, bangsa Melayu tidak  kurang hebatnya dengan ungkapan  falsafah  dan kata hikmah yang terdapat  dalam peribahasa. Menurut  beliau lagi peribahasa sangat istimewa kerana bukan sekadar memperkaya khazanah bahasa bahkan memancarkan pandangan hidup , nilai , sikap, cara berfikir dan kepekaan akal budi masyarakat  pengguna bahasa itu.           Memandangkan p...

Penggunaan Ungkapan Menarik dalam Penulisan Karangan

Image
     Hari ini sisipan Skor Berita Harian sekali lagi mengutarakan peri pentingnya penggunaan ungkapan menarik dalam penulisan karangan SPM.      Lazimnya,cikgu hanya menarik perhatian pelajar terhadap penggunaan peribahasa. peribahasa yang sering didedahkan kepada pelajar merangkumi simpulan bahasa, pepatah, bidalan, perumpamaan  dan kata- kata hikmat.            Walau bagaimanapun , pelajar sebenarnya boleh menulis  pelbagai ungkapan menarik. BH Skor  menyarankan beberapa jenis ungkapan menarik yang  boleh disisipkan dalam penulisan karangan iaitu : 1. PERIBAHASA : Contoh : Simpulan Bahasa, pepatah, bidalan dan perumpamaan 2. SEDUTAN UCAPAN / BICARA Daripada pepimpin, cendekiawan, ahli falsafah, kata-kata hikmat. 3. MAKSUD HADIS  dan AYAT SUCI AL QURAN 4. PUISI pantun, syair,gurindam , seloka dan sajak. CONTOH PENGGUNAAN UNGKAPAN MENARIK DALAM AYAT Soalan Amalan ber...