Posts

kesalahan ejaan kata majmuk dalam penulisan karangan

    Lega! Saya sudah siap menyemak  skrip jawapan pelajar. Markah mereka sudah dikunci masuk dalam sistem SAPS . Namun banyak isu yang masih berlegar di kotak fikir saya. Kemahiran tatabahasa kebanyakan pelajar masih berada pada tahap yang kurang memuaskan.  Banyak kesilapan nahu yang tidak sepatutnya berlaku dilakukan oleh mereka. Sebagai guru , saya tidak akan menutup Sebelah mata membiarkan kesilapan dan kesalahan terus-terusan mencacatkan penulisan mereka.       Salah satu kesalahan yang Kerap dilakukan oleh pelajar ialah kesalahan mengeja kata majmuk. Contoh-nya ejaan kata majmuk ibu bapa masih dieja  secara dekat iaitu 'ibubapa' dan bukan 'ibu bapa'. Ada pelajar berseloroh dengan saya apabila saya mengatakan ejaan ibu bapa patut dieja secara berpisah . Katanya  banyak kes perceraian  berlaku kerana ibu bapa selalu berjauhan.      Tatabahasa Dewan telah menyenaraikan kata-kata majmuk yang telah mantap dan dieja ...

LEGASI ZAABA -Program Pemantapan Tatabahasa Melayu STK

Image
     ZAABA  atau Haji Zainal Abidin bin Ahmad merupakan Bapa persuratan Melayu. Melalui karyanya Pelita Bahasa Melayu ZAABA menyusun rumus Tatabahasa Bahasa Melayu yang menjadi asas dan dasar pembentukan tatabahasa Bahasa Melayu  pada hari ini.   Sehebat nama  ZAABA, saya juga ingin pelajar-pelajar saya mewarisi  iltizam yang ditunjukkan oleh ZAABA dalam menguasai nahu  dan menyebarkan ilmu nahu kepada masyarakat.        Program pemantapan tatabahasa  saya adakan agar pelajar-pelajar dapat memantapkan  kemahiran tatabahasa mereka bukan sahaja untuk tujuan  keperluan menjawab soalan peperiksaan SPM, malah untuk keperluan  kecekapan berbahasa Melayu terutama dalam situasi rasmi di peringkat pengajian tinggi atau dalam lapangan kerjaya.      Alhamdulillah,  dengan izin dan limpah kurnia-Nya , Allah berikan kepada saya kesempatan dan kelapangan masa  untuk mengadakan p...

Penyalahgunaan Penggunaan Kata Tunjuk' ini 'dalam Penulisan Karangan

Image
     Semasa menyemak  soalan bahagian A , karangan Bahan Rangsangan tingkatan 4, pelajar-pelajar saya di SMK Tinggi Klang, saya dapatI terlalu banyak kesilapan penggunaan kata ganti nama tunjuk 'ini'.        Lebih daripada 50 peratus pelajar menggunakan kata tunjuk yang tersebut pada awal ayat. 'Ini' digunakan sebagai kesinambungan untuk menunjukkan perkaitan idea semasa dengan idea sebelumnya. Pendek kata perkataan  'ini' sangat  popular digunakan dalam ayat huraian untuk memperjelas idea utama dalam ayat topik atau ayat judul sebelumnya.        Contoh kesalahan penggunaan kata tunjuk 'ini' terdapat dalam perenggan karangan yang berikut;      Dalam perenggan di atas pelajar menulis tentang faktor kesesakan jalan raya iaitu pengangkutan awam yang kurang   efisien telah  menyebabkan kesesakan lalu lintas. Penggunaan frasa 'ini juga' pada awal ayat kedua yang merupakan ayat huraian s...

Generasi pewaris kepimpinan negara- Harapan seorang pendidik

Image
    Kejayaan SMK Tinggi  sebagai Juara  Zon A1 Forum Remaja Daerah Klang pada 28 April 2014 yang lalu merupakan  kejayaan yang   pada saya sungguh memberangsangkan. Buat julung-julung   kalinya,  saya melatih sekumpulan pelajar putera yang sungguh beriltizam untuk mencapai kejayaan dalam pertandingan tersebut.  Komitmen dan  sikap bekerjasama antara mereka   ternyata tidak mengecewakan sehingga membuahkan hasil paling  manis .          Walaupun SMK Tinggi Klang hanya meraih tempat keempat dalam pertandingan  akhir yang berlangsung  pada 5 Mei 2014 , namun setinggi- tinggi kesyukuran  saya  panjatkan  ke hadrat Illahi kerana  anak-anak asuhan saya ini  mampu menzahirkan bual bicara mereka   dengan amat baik. Yang penting mereka telah benar- benar menghayati intipati  yang terkandung dalam wacana ilmu yang dipersembahkan oleh mereka dengan penuh bersemanga...

Pembudayaan I Think dalam pdp dan aktiviti ko akademik di SMK Tinggi Klang

Image
Tak kenal maka tak cinta. ..saat mula diperkenalkan  dengan peta I think oleh PPD zon Bangsar Pudu pada bulan April 2013, saya belum lagi dapat mengesan keistimewaan Peta I think ini berbanding Peta Minda. Apa yang saya tahu Peta I think ini diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia atas tiket menjana kelahiran pemikir an  aras tinggi KBAT yang diperkenalkan daripada istilah Bahasa Ingeris,    Higher order Thinking Skills HOTS.     Saat ini , saya dapat merasakan penggunaan peta I think dalam proses pembelajaran dan pengajaran atau pdp membantu pelajar mencerna isi  pelajaran dengan    lebih mudah  .Selain Itu, pdp akan lebih berfokus  kepada pelajar yang diharap dapat menjana kelahiran pelajar yang bukan sahaja mampu berfikir kritis dan kreatif,  malah mempunyai kemahiran berfikir aras tinggi.       Pembudayaan I think juga dilaksanakan dalam kegiatan luar bilik darjah melalui pelbagai p...

SMK Bukit Jalil dalam kenangan.

Image
Memori bersama cikgu Nik           Saya bukan lagi warga pendidik di  SMK Bukit Jalil mulai Januari 2014. Saya kini  berkhidmat di SMK Tinggi Klang . Bererti saya tidak boleh lagi mengaitkan  penulisan saya di dalam blog ini atas tiket ketua Panitia Bahasa Melayu SMK Bukit Jalil.  Selama ini  pun saya memang tidak menganggap blog ini sebagai blog rasmi panitia. Bahasa Melayu SMK Bukit Jalil , sebaliknya  hanya sebagai blog peribadi saya sebagai guru Bahasa Melayu . Apapun saya menghargai usaha Pn Nik Kartini Sifu ICT saya yang meletakkan  blog saya di  laman utama VLE Frog sekolah.  saya sebenarnya tidak begitu kreatif dan mahir dalam pembikinan blog, justeru ramai pelajar saya di  SMK Bukit Jalil menganggap blog saya ini kurang menarik dan agak membosankan. Namun , ada juga pelajar saya yang saban hari membuka blog saya untuk mencari sumber-sumber pembelajaran .        Kepada semua w...

kongsi ilmu dari blog lain : Karangan tentang gejala sosial

Antara topik yang disasarkan akan diuji dalam soalan penulisan Bahasa Melayu SPM ialah GEJALA SOSIAL .   . Kesuntukan masa menyebabkan  saya tak mampu menjana contoh karangan buat pelajar, namun saya paparkan karangan model daripada beberapa blog.   http://missfeeya95.blogspot.com Faktor   Gejala sosial dalam kalangan Remaja         Berita Harian,12 Julai 2001 lalu telah melaporkan bahawa dalam tempoh 10 tahun antara tahun 1989 hingga  tahun 1998,kadar jenayah membabitkan remaja meningkat sebanyak 35 peratus bagi lelaki dan 25 peratus bagi perempuan.Statistik ini menunjukkan bahawa masalah sosial dalam kalangan remaja semakin membimbangkan.Hal ini tidak seharusnya dipandang remeh kerana remaja merupakan satu-satunya tonggak negara dalam menerajui kepimpinan negara sesuai dengan ungkapan “pemuda harapan bangsa,pemudi tiang negara”.Persoalannya,jika remaja kita musnah sebagai akibat keseronokan yang sementar...