AKHBAR DAN SISTEM BAHASA

Mari kita berdamai dengan realiti. Kalau saya  sebagai guru pun bosan dengan corak pembelajaran yang sama apatah lagi murid. 

Kerap memberikan latihan  tatabahasa dalam bentuk bahan bercetak dan membincangkan jawapan selepas memberi  ruang murid menjawab memang suatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran  yang sangat baik untuk meningkatkan penguasaan tatabahasa murid.    

 Penggunaan peralatan digital juga memberikan banyak kebaikan dalam memudahkan  penyampaian maklumat selaras dengan pembelajaran Abad ke 21.  

   Hari ini saya ingin kembali kepada pembelajaran corak      lama yang saya praktikkan 20 tahun lalu di dalam          kelas   iaitu penggunaan akhbar dalam kelas (ADK). 

 Secara berkumpulan  saya minta murid            memotong tajuk-tajuk artikel akhbar  dan menuliskan     semula dalam ayat yang lengkap. Kita tidak tahu                 semua tajuk artikel dalam akhbar tidak ada yang                 gramatis dan lengkap ayatnya.


wajah-wajah ceria murid.

 





     Saya berpendapat, sebagai guru bahasa, kita harus sentiasa  melakukan inovasi dalam pengajaran. Sedikit usaha  merubah situasi biasa akan menjadikan murid lebih ceria dan bersemangat menimba ilmu.

  Sekian, Wallahu a'lam 
 

Comments

Popular posts from this blog

Peribahasa Bertemakan alam sekitar

TEKS FORUM REMAJA 2016

PERIBAHASA DARI BUKU TEKS TINGKATAN 4 DAN TINGKATAN 5