UJIAN BERTUTUR DAN KECERDASAN BUATAN

  AI atau murid-muridku yang bijak?


Pabila saya memberikan tugasan  dua hari lebih awal untuk murid-murid mencari bahan berdasarkan topik dan subtopik  semasa sesi ujian Bertutur Bahasa Melayu, rata-rata  dapat mengupas topik dengan isi yang tepat dan bahasa yang  gramatis.

Awalnya kagum dengan keupayaan mereka kerana murid-murid kelas ini relatif 30 % cemerlang dan 70 %sederhana. Namun mendengar ayat-ayat yang mereka ujarkan dapat juga saya mengesan bahawa mereka memang meminta bantuan mencar bahan daripada "sahabat  sejati " mereka.

inlah rupa sahabat tak berwajah, hanya berlogo sahaja. Sahabat yang sangat  setia memberikan bantuan dalam beberapa saat.




Bacalah betapa santunnya bahasa sahabat kami ini


Beliau menjawab dalam bahasa yang kita gunakan



Pada saya, isiatif murid-murid mencari bahan untuk ujian bertutur, menghafal dan meluahkannya di hadapan guru tidaklah menjadi kesalahan. Guru masih dapat menguji keupayaan murid menuturkan bahasa  melalui soalan-soalan spontan. Jika mereka sememangnya  jaguh dalam berbahasa, akan terserlah juga kehebatan mereka . Jika mereka menghafal tanpa berfikir dan sememangnya lemah keupayaan berbahasa akan terdedah kekurangan mereka.








Comments

Popular posts from this blog

Peribahasa Bertemakan alam sekitar

TEKS FORUM REMAJA 2016

PERIBAHASA DARI BUKU TEKS TINGKATAN 4 DAN TINGKATAN 5