Posts

KESILAPAN MURID DALAM PENGGUNAAN "di" SEBAGAI KATA SENDI DAN IMBUHAN KATA KERJA PASIF

 Saat  menyemak kertas Bahasa Melayu murid-murid tingkatan 3, masih ada murid yang membuat kesilapan penggunaan   kata sendi dan  imbuhan  kata kerja  pasif  dalam ayat. Contoh kesilapan  1 Aliyah berjalan kesana   dan kesini kerana kebingungan  selepas terlibat dengan kemalangan Kesalahan : Penulisan Kata Sendi   yang dieja  dekat  dengan Kata Arah, sepatutnya di eja secara berjarak dengan Kata Arah   Contoh Kesilapan 2 Maisarah  di marahi oleh guru  mata pelajaran Matematik kerana tidak menyiapkan kerja rumah yang  di berikan   s emalam. Kesalahan : Penulisan imbuhan pasif dieja berjarak dengan kata kerja . 

AKHBAR DAN SISTEM BAHASA

Image
Mari kita berdamai dengan realiti. Kalau saya  sebagai guru pun bosan dengan corak pembelajaran yang sama apatah lagi murid.  Kerap memberikan latihan   tatabahasa dalam bentuk bahan bercetak dan membincangkan jawapan selepas memberi  ruang murid menjawab memang suatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran  yang sangat baik untuk meningkatkan penguasaan tatabahasa murid.         Penggunaan peralatan digital juga memberikan banyak kebaikan dalam memudahkan  penyampaian maklumat selaras dengan pembelajaran Abad ke 21.        Hari ini saya ingin kembali kepada pembelajaran corak      lama yang saya praktikkan 20 tahun lalu di dalam          kelas   iaitu penggunaan akhbar dalam kelas (ADK).     Secara berkumpulan  saya minta murid            memotong tajuk-tajuk artikel akhbar  dan menuliskan      semula dalam...

UJIAN BERTUTUR DAN KECERDASAN BUATAN

Image
   AI atau murid-muridku yang bijak? Pabila saya memberikan tugasan  dua hari lebih awal untuk murid-murid mencari bahan berdasarkan topik dan subtopik  semasa sesi ujian Bertutur Bahasa Melayu, rata-rata  dapat mengupas topik dengan isi yang tepat dan bahasa yang  gramatis. Awalnya kagum dengan keupayaan mereka kerana murid-murid kelas ini relatif 30 % cemerlang dan 70 %sederhana. Namun mendengar ayat-ayat yang mereka ujarkan dapat juga saya mengesan bahawa mereka memang meminta bantuan mencar bahan daripada "sahabat  sejati " mereka. inlah rupa sahabat tak berwajah, hanya berlogo sahaja. Sahabat yang sangat  setia memberikan bantuan dalam beberapa saat. Bacalah betapa santunnya bahasa sahabat kami ini Beliau menjawab dalam bahasa yang kita gunakan Pada saya, isiatif murid-murid mencari bahan untuk ujian bertutur, menghafal dan meluahkannya di hadapan guru tidaklah menjadi kesalahan. Guru masih dapat menguji keupayaan murid menuturkan bahasa...

LATIHAN PERIBAHASA MELAYU

https://senaraiperibahasa.com/soalan-latihan-peribahasa-1/ https://qcikgubm.blogspot.com/2017/08/senarai-peribahasa-di-dalam-buku-teks.html

Puisi Tradisional : Pantun Kasih Sayang ( Antologi

Image
5 LATIHAN PEMAHAMAN 1. Nyatakan maksud rangkap kedua pantun. 2. Huraikan  bentuk pantun  kasih sayang 3. Nyatakan dua gaya bahasa yang terdapat dalam pantun  4. Jelaskan tiga pengajaran yang diperoleh daripada  pantun. Rujuk blog berikut. http://cikgusimile.blogspot.com/2016/07/antologi-baik-budi-indah-bahasa.html

LATIHAN MEMBINA AYAT DARIPADA KATA NAMA MAJMUK

Image
http://cikguchom.blogspot.com/2013/07/pemantapan-tatabahasa-kata-majmuk.html

Sajak Aku dan Kunci Bahasa

Image
Hayati sajak di atas dan jawab soalan-soalan pemahaman berikut 1. Nyatakan  maksud rangkap pertama  sajak 2. Huraikan  tiga pengajaran yang terdapat dalam sajak. 3. Pada pendapat anda, bagaimanakah cara melestarikan alam sekitar Hayati sajak di atas dan jawab soalan-soalan pemahaman berikut 1. Nyatakan  maksud rangkap kedua   sajak 2. Nyatakan tiga nilai yang terdapat dalam sajak Kunci bahasa. 3. Nyatakan pendapat anda tentang langkah-langkah memartabatkan  bahasa kebangsaan. Rujukan Blog cikgu Chom http://cikguchom.blogspot.com/2019/01/analisis-sajak-aku.html http://cikguchom.blogspot.com/2019/01/analisis-sajak-kunci-bahasa.html

LATIHAN ULASAN CUTI PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN

Image
LATIHAN   MENULIS ULASAN  SEMASA   CUTI PERINTAH KAWALAN   PERGERAKA N Bahagian C   : Pemindahan maklumat :   Ulasan (15 markah) KES COVID-19 MENGIKUT DAERAH DAN NEGERI   DI SEMENANJUNG MALAYSIA PADA 27 MAC 2020 Lihat gambar di bawah dengan teliti. Berdasarkan   maklumat yang terdapat dalam gambar tersebut. Tulis ulasan y ang panjangnya hendaklah antara 80 hingga 100 p atah perkataan Jawapan conto h: Kes jangkitan   wabak    Covid-19 semakin meningkat menjelang penghujung Mac 2020 dengan 2,031 kes dicatatkan pada 27 Mac 2020 . Negeri yang paling banyak mencatatkan kes ialah Selangor   iaitu sebanyak 510 kes . Petaling Jaya merupakan daerah paling tinggi jumlah pesakit Covid- 19 di Selangor . Negeri yang paling kurang   pesakit Covid 19 ialah negeri Melaka .   Terdapat kes pesakit Covid-19 tidak menunjukkan gejala menyebabkan   mereka lambat dikuarantin dan mendapat ra...

MODUL MUDAH LULUS (MULUS) NOVEL MENITI IMPIAN

NOVEL MENITI IMPIAN MODUL MUDAH LULUS( MULUS ) STRATEGI  MENJAWAB  SOALAN  ESEI SINOPSIS Berdasarkan novel  yang anda pelajari iaitu Meniti Impian , tuliskan sinopsis  novel  tersebut Langkah 1  : Isikan tempat kosong  dengan   perkataan yang diberikan  di dalam kotak pelatih Suhaili kegigihan remaja konflik cita-citanya keyakinan cemburu kemiskinan berdikari Kesukaran SPM perabot sokongan Novel ini mengisahkan (1)…………………………seorang remaja, Zahar yang tidak dapat melanjutkan pelajaran  ke instituisi pengajian tinggi awam kerana gagal mendapat keputusan yang cemerlang dalam(2) ………………….Dia mengalami demam panas ketika peperiksaan berlangsung. (3)…………………….keluarga menyebabkan  dia tidak dapat menyambung pengajian di IPTS . Selama tiga tahun dia membantu ibunya yang mengalami (4)…………………….hidup selepas kematian ayahnya d...