SMK BUKIT JALIL DAN MEDIA





      Wah, sekolah kita mendapat sorotan akhbar lagi ! Kerap juga sekolah kita  terpapar di dada media. Mungkin juga antara faktor penariknya selain lonjakan akademik yang dicapai  ialah  SMK Bukit Jalil merupakan pelanggan tetap akhbar Berita Harian sisipan MINDA dan SKOR  pada setiap hari selasa dan rabu. Sebelum ini, saat keputusan SPM 2011 diumumkan, wartawan juga turut sibuk  menghubungi  saya untuk menghantar gambar-gambar  pelajar menerima keputusan tetapi kerana masalah server  Berita Harian, gambar-gambar yang di-emelkan   tidak  dapat diterima dan disiarkan.

              Bagaimana dengan  SPM tahun 2012 ??? luluh hati ini pabila mengingati pelajar-pelajar yang pelbagai kerenah saat menjawab soalan Bahasa Melayu kertas I dan 2....ramai yang keluar awal...aduhai. ! Apa yang mampu dilakukan saat ini ? Hanya mampu berdoa, berdoa dan berdoa...moga Allah masih memberi kita peluang mengecap nikmat jaya... 

Comments

Popular posts from this blog

Peribahasa Bertemakan alam sekitar

TEKS FORUM REMAJA 2016

PERIBAHASA DARI BUKU TEKS TINGKATAN 4 DAN TINGKATAN 5