Posts

Penggunaan ungkapan' bombastik' yang membawa padah

Image
Sedarsawasa ini , sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia dari segenap penjuru alam  tentang isu pencemaran sungai di Malaysia....     Cikgu menemui  rangkai kata dan ungkapan sebegini dalam lebih kurang 15 karangan pelajar yang cikgu semak. Sebelum ini beberapa orang rakan cikgu yang memeriksa kertas peperiksaan Bahasa Melayu Kertas 1 SPM juga pernah menceritakan pengalaman menyemak karangan  beberapa  pusat peperiksaan yang hampir 70 peratus pelajarnya menggunakan ungkapan ini dalam pendahuluan mereka.       Oleh sebab Cikgu tidak pernah mengajarkan ungkapan sebegini kepada pelajar, maka, cikgu bertanya kepada pelajar daripada  manakah mereka memperoleh ungkapan tersebut?  Sebahagian daripada mereka menyatakan ungkapan itu diajarkan oleh guru di pusat tuisyen. Persoalannya, mengapakah skrip karangan pelajar dari negeri di utara dan selatan tanahair juga     mengandungi ungkapan demikian ? Sudah terang lagi b...

Atma Guru: Dari sudut hati paling dalam.

Image
Saat  guru tak ingin bicara   lagi..... Saat guru berhenti bicara Usah lekas gembira Itu satu petanda Musibah bakal menimpa Kerana guru yang punya rasa Takkan jemu melontar kata Bicaranya datang dari hati Pintanya kau semat di dalam hati Bicaranya bukan dari lidah Buat sentuhan cuping telinga Sampai akhirnya dia putus asa Diamnya bermakna dia kecewa Kerenahmu tidak lagi dia cakna. Mungkin bagimu tidak apa-apa Kami punya ribuan pendeta Dengan wang segalanya nyata. Suatu hari, saat kau sudah dewasa Baru kau dapat rasa Guru itu penyuluh aksara Tanpa hadirnya duniamu gelita Saat itu sesalmu tiada guna Kau harungilah hidup pancaroba...

Debat Bahasa Melayu Zon Bangsar.

Image
Biar Kalah secara bermaruah, usah kalah kerana menyerah kalah. Hari ini Pasukan Debat Bahasa Melayu SMK Bukit Jalil  bertarung dengan SMK Bukit Bandaraya  dalam Pusingan Pertama , namun gagal melayakkan  diri ke Pusingan kedua pertandingan Debat Bahasa Melayu Zon Bangsar. Pertandingan  berlangsung di  SMK Taman Yarl, Kuala Lumpur  . Barisan pendebat SMK Bukit Jalil diwakili oleh  lima orang peserta  iaitu: Atiqah (Tingkatan  5C - Perdana Menteri/ ketua pembangkang Akmal   (Tingkatan 5B - Menteri Kedua/pembangkang kedua Wan Azim (Tingkatan 5C- Menteri  Ketiga /Pembangkang ketiga Nur Farah  Nabila (Tingkatan 5C- Menteri Keempat/Pembangkang Keempat Deanna Amani (Tingkatan 5C- Menteri kelima/ Pembangkang Kelima) Pendebat-pendebat ini akan diiringi oleh Cikgu Rozali Lebai Awang  selaku guru Pembimbing dan Penasihat Pasukan Debat Sekolah.  Sekolah juga turut menghantar dua orang guru untuk bertu...

Budaya Membaca di SMK Bukit Jalil

Image
    Budaya membaca dalam kalangan pelajar SMKBJ masih belum berada pada tahap yang memuaskan. Fenomena ini mendorong Panitia Bahasa Malaysia SMKBJ  melaksanakan program BACAAN SAUJANA  yang melibatkan penggunaan bahan bacaan berkualiti iaitu sisipan MINDA dan SKOR Berita Harian , majalah Dewan Siswa dan Pelita Bahasa  terbitan  DBP. Pembelian Majalah Dewan Siswa dan majalah terbitan DBP  ditaja sepenuhnya oleh PIBG.       Minggu  ini, pelajar - pelajar  menengah rendah terutama Tingkatan 3 mula menggunakan sisipan MINDA pada hari selasa , manakala pelajar menengah atas mula menggunakan sisipan SKOR  pada hari rabu semasa  Kelas Bahasa  Melayu.     AKSI PELAJAR  2 DINAMIK ( Selasa 26 /2/2013 -8.50-10.10) Bacaan saujana : Pelajar membaca mana-mana berita atau informasi yang digemari Akhbar diagihkan  kepada pelajar Pelajar khusyuk membaca sisipan MINDA Pelajar ...

GAYA BAHASA METAFORA

Image
      Saat paling puitis dalam jantung hidup guru bahasa yang mencintai sastera seperti saya ialah saat mengajarkan puisi dalam KOMSAS kepada para pelajar.   KONSEP PUISI            Puisi merupakan medan  komunikasi atau informasi yang diungkapkan secara tidak langsung . Banyak makna yang diungkap di dalam puisi yang tidak dapat disampaikan menggunakan bahasa yang biasa.   Puisi memerlukan cara pengungkapan tersendiri.  Bahasa puisi adalah bahasa khas.  iaitu  bahasa yang telah direkayasa sedemikian rupa untuk tujuan keindahan . METAFORA DALAM PUISI    Metafora juga didefinisikan sebagai perbandingan dua perkara yang berlainan atau berbeza, tetapi mempunyai persamaan hanya di dalam konteks yang dibandingkan. Sebagai contoh, pulau dan impian adalah dua perkara yang berbeza, tetapi mempunyai persamaan di dalam konteks kedua-duanya adalah jauh dan memerlukan usaha penyair untu...

SMK BUKIT JALIL DAN MEDIA

Image
      Wah, sekolah kita mendapat sorotan akhbar lagi ! Kerap juga sekolah kita  terpapar di dada media. Mungkin juga antara faktor penariknya selain lonjakan akademik yang dicapai  ialah  SMK Bukit Jalil merupakan pelanggan tetap akhbar Berita Harian sisipan MINDA dan SKOR  pada setiap hari selasa dan rabu. Sebelum ini, saat keputusan SPM 2011 diumumkan, wartawan juga turut sibuk  menghubungi  saya untuk menghantar gambar-gambar  pelajar menerima keputusan tetapi kerana masalah server  Berita Harian, gambar-gambar yang di-emelkan   tidak  dapat diterima dan disiarkan.               Bagaimana dengan  SPM tahun 2012 ??? luluh hati ini pabila mengingati pelajar-pelajar yang pelbagai kerenah saat menjawab soalan Bahasa Melayu kertas I dan 2....ramai yang keluar awal...aduhai. ! Apa yang mampu dilakukan saat ini ? Hanya mampu berdoa, berdoa dan berdoa...moga Allah masih memberi ...

HIKAYAT INDERA NATA : MODUL KOMSAS TINGKATAN 4 :PANDUAN UNTUK GURU

Image
Tingkatan :  Empat Masa : 80 minit Tajuk :  Hikayat Indera Nata   Genre:   Prosa Tradisional Fokus Utama :          10.6    Mengulas karya sastera dari aspek watak dan perwatakan,                                                 latar, plot, gaya bahasa dan sudut pandangan.                                                 Aras 1:                                   ...