BENGKEL 'I THINK'
Saya berpeluang menghadiri Bengkel 'I think 'anjuran Pejabat Pelajaran Daerah Wilayah Persekutuan PPDWP Zon Bangsar Pudu pada 30 April yang lepas. pengisian bengkel tersebut sungguh menarik. Berkobar-kobar semangat saya untuk menyampaikan segala input yang diperoleh kepada guru-guru Bahasa Melayu di sekolah dan seterusnya mengaplikasikannya kepada para pelajar saya dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Apakah program 'I think' dan mengapakah program ini dilaksanakan ?
Program ini bertujuan melahirkan pelajar yang kritis, kreatif dan inovatif. Modul program ini diadaptasikan daripada modul program yang dilaksanakan di sekolah- sekolah di United Kingdom.Program 'I think' ini juga dikenali sebagai program Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) atau dalam Bahasa Inggeris di kenali sebagai program Higher Thinking Order Skill(HOT'S)
'I think' memperkenalkan teknik penggunaan peta minda dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Bagaimanapun ada sedikit perbezaan dalam penggunaan peta minda dalam KBKK dengan peta minda yang diperkenalkan dalam 'I think'. Peta 'I think' lebih jelas dari segi fungsi penggunaannya kerana setiap peta diperuntukkan untuk mewakili idea yang berbeza. Tamsilnya, Peta Bulatan adalah untuk menghamparkan idea tentang suatu konsep, definisi dan ciri-ciri, manakala Peta Buih diperuntukkan untuk memaparkan suatu yang berbentuk sifatan atau adjektif.
Peta Bulatan |
Peta Buih |
Pembelajaran dengan menggunakan peta 'I think' dijangka akan menjadikan pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik selain mampu meningkatkan perkembangan pemikiran pelajar mencapai tahap tertinggi iaitu melepasi imaginasi masing-masing.
Rentetan daripada itu , teknik 'I think' ini diharapkan dapat melahirkan pelajar yang bukan hanya mampu menghafal intipati pelajaran dan 'memuntahkannya' di dewan peperiksaan, malah mampu berfikir aras tinggi dan, mengembangkan idea dari tahap paling rendah hingga ke tahap paling kompleks.
Koleksi Hasil perbengkelan |
Peta Buih Berganda |
Peta Bulatan |
Bersama anak murid saya 1998 , Zarah (KP BM SSBJ) , kini sekapal dengan |
Memandangkan. pengetahuan yang saya peroleh ini menarik dan dapat membantu para guru khususnya guru Bahasa Melayu, saya akan berkongsi intipati kursus ini dengan rakan-rakan guru juga anak-anak didik . Saya akan memaparkan bahan-bahan tersebut di dalam 'page' saya dalam masa terdekat.
Salam boleh puan berkongsi slide untuk perbengkelan tentang jenis-jenis I think yg boleh digunakan oleh murid-murid sekolah rendah.
ReplyDelete