Posts

Showing posts from 2014

TAJUK-TAJUK PENTING UNTUK KERTAS PENULISAN BAHASA MELAYU SPM 2014.

Image
       T ajuk-tajuk ini dicadangkan oleh penceramah dalam satu seminar yang dianjurkan oleh  sebuah  kelab yang ditubuhkan untuk para pelajar sebuah  institusi perkhidmatan terkemuka . Berdasarkan pengalaman , kajian dan analisis beliau terhadap pola soalan setiap tahun beliau berpendapat  pelajar perlu memberikan Fokus kepada tajuk-tajuk ini. Saya juga sependapat dengan penceramah ini, tajuk-tajuk ini perlu diberikan perhatian dalam slot ulang kaji  calon SPM 2014. 1. Menghargai  warga tua / jasa guru / OKU 2. Belilah Barangan Buatan Malaysia 3.Pembentukan Masyarakat Penyayang  4. Cabaran Remaja Masa Kini. 5. Langkah Memupuk Amalan Membaca 6.Menanamkan Nilai Patriotisme Dalam Kalangan Anak-anak. 7.Kepentingan Amalan Gotong-royong. 8.Faedah Koperasi Sekolah 9.Industri Pelancongan : Tahun Melawat Malaysia 2014 10. Kepentingan Mempelajari Sejarah 11. Kebaikan Amalan Menabung 12. Industri Kecil dan Sederhana 13.Usaha Melestarikan Alam Sekitar 14.Kitar Semula 15.Per

CADANGAN IDEA KARANGAN BERDASARKAN TAJUK/ISU BUKU TEKS TINGKATAN 4

S OALAN 1- SENARIO MASYARAKAT KITA –DIMENSI  MASYARAKAT (halaman 1) Masyarakat Malaysia  berbilang kaum  yang tinggal di negara kita hidup dalam keadaan aman dan harmoni. Berikan pendapat anda tentang usaha-usaha untuk mengekalkan keadaan tersebut. Cadangan  Idea.   -     Konsep   1 Malaysia  diterapkan dalam pelbagai aspek kehidupan rakyat  Malaysia. Aktiviti dan         program ke arah perpaduan kaum dilaksanakan. 2-    Sekolah  vernakular dikurangkan dan digantikan dengan sekolah satu aliran  yang memberikan tumpuan kepada penggunaan Bahasa Melayu sebagai medium dalam proses pembelajaran dan pengajaran serta aktiviti kokurikulum.   -Penerapan nilai  perpaduan dalam kalangan  pelajar sama ada melalui sukatan pelajaran  atau setiap aktiviti kokurikulum.  4.     Didikan   dari rumah, Ibu bapa menjadi suri teladan membimbing anak-anak menjadi  insan bertoleransi dan berfikiran terbuka terhadap perbezaan warna kulit dan keturunan.

Antara Soalan UPSR yang Bocor dan Peribahasa Melayu.

Image
   Alangkah tragisnya apabila nama guru se-Malaysia tercemar dek segelintir  warga guru yang berbuat onar dan kononnya terlibat dengan kebocoran kertas Sains dan Bahasa Inggeris.  Pelbagai versi cerita menjadi buah mulut dan meniti dari bibir ke bibir masyarakat Malaysia lalu diperkatakan  ,  disebarkan  dan dikongsikan melalui pelbagai media sosial sehingga menjadi viral.        AL KISAH 1 :  Kononnya ada guru di kawasan pedalaman Perak menyebarkan gambar-gambar soalan melalui aplikasi whatsapp setelah kertas soalan dihantar awal ke sekolahnya.     ALKISAH2 : Kononnya ada guru memberikan skema jawapan bahasa Inggeris  kepada murid - murid dan meminta mereka menghafalnya sehari sebelum peperiksaan. AL KISAH 3 : Kononnya ada guru penggubal soalan  yang mengumpulkan dan  menyebarkan soalan yang telah digubal.  ALKISAH 4 : Kononnya ada guru ketua pengawas yang mungkin mengambil gambar ketika operasi buka kotak di bilik kebal.  ALKISAH 5  : barulah disebut mungkin ini angka

kesalahan ejaan kata majmuk dalam penulisan karangan

    Lega! Saya sudah siap menyemak  skrip jawapan pelajar. Markah mereka sudah dikunci masuk dalam sistem SAPS . Namun banyak isu yang masih berlegar di kotak fikir saya. Kemahiran tatabahasa kebanyakan pelajar masih berada pada tahap yang kurang memuaskan.  Banyak kesilapan nahu yang tidak sepatutnya berlaku dilakukan oleh mereka. Sebagai guru , saya tidak akan menutup Sebelah mata membiarkan kesilapan dan kesalahan terus-terusan mencacatkan penulisan mereka.       Salah satu kesalahan yang Kerap dilakukan oleh pelajar ialah kesalahan mengeja kata majmuk. Contoh-nya ejaan kata majmuk ibu bapa masih dieja  secara dekat iaitu 'ibubapa' dan bukan 'ibu bapa'. Ada pelajar berseloroh dengan saya apabila saya mengatakan ejaan ibu bapa patut dieja secara berpisah . Katanya  banyak kes perceraian  berlaku kerana ibu bapa selalu berjauhan.      Tatabahasa Dewan telah menyenaraikan kata-kata majmuk yang telah mantap dan dieja secara dekat iaitu : 1. Antarabangsa 2. Berita

LEGASI ZAABA -Program Pemantapan Tatabahasa Melayu STK

Image
     ZAABA  atau Haji Zainal Abidin bin Ahmad merupakan Bapa persuratan Melayu. Melalui karyanya Pelita Bahasa Melayu ZAABA menyusun rumus Tatabahasa Bahasa Melayu yang menjadi asas dan dasar pembentukan tatabahasa Bahasa Melayu  pada hari ini.   Sehebat nama  ZAABA, saya juga ingin pelajar-pelajar saya mewarisi  iltizam yang ditunjukkan oleh ZAABA dalam menguasai nahu  dan menyebarkan ilmu nahu kepada masyarakat.        Program pemantapan tatabahasa  saya adakan agar pelajar-pelajar dapat memantapkan  kemahiran tatabahasa mereka bukan sahaja untuk tujuan  keperluan menjawab soalan peperiksaan SPM, malah untuk keperluan  kecekapan berbahasa Melayu terutama dalam situasi rasmi di peringkat pengajian tinggi atau dalam lapangan kerjaya.      Alhamdulillah,  dengan izin dan limpah kurnia-Nya , Allah berikan kepada saya kesempatan dan kelapangan masa  untuk mengadakan program  tersebut pada hari Rabu 4 dan 11 Jun  tahun 2014. Pada siri pertama bengkel  kehadiran pelajar agak m

Penyalahgunaan Penggunaan Kata Tunjuk' ini 'dalam Penulisan Karangan

Image
     Semasa menyemak  soalan bahagian A , karangan Bahan Rangsangan tingkatan 4, pelajar-pelajar saya di SMK Tinggi Klang, saya dapatI terlalu banyak kesilapan penggunaan kata ganti nama tunjuk 'ini'.        Lebih daripada 50 peratus pelajar menggunakan kata tunjuk yang tersebut pada awal ayat. 'Ini' digunakan sebagai kesinambungan untuk menunjukkan perkaitan idea semasa dengan idea sebelumnya. Pendek kata perkataan  'ini' sangat  popular digunakan dalam ayat huraian untuk memperjelas idea utama dalam ayat topik atau ayat judul sebelumnya.        Contoh kesalahan penggunaan kata tunjuk 'ini' terdapat dalam perenggan karangan yang berikut;      Dalam perenggan di atas pelajar menulis tentang faktor kesesakan jalan raya iaitu pengangkutan awam yang kurang   efisien telah  menyebabkan kesesakan lalu lintas. Penggunaan frasa 'ini juga' pada awal ayat kedua yang merupakan ayat huraian sepatutnya di tukar kepada rangkai kata 'situasi in

Generasi pewaris kepimpinan negara- Harapan seorang pendidik

Image
    Kejayaan SMK Tinggi  sebagai Juara  Zon A1 Forum Remaja Daerah Klang pada 28 April 2014 yang lalu merupakan  kejayaan yang   pada saya sungguh memberangsangkan. Buat julung-julung   kalinya,  saya melatih sekumpulan pelajar putera yang sungguh beriltizam untuk mencapai kejayaan dalam pertandingan tersebut.  Komitmen dan  sikap bekerjasama antara mereka   ternyata tidak mengecewakan sehingga membuahkan hasil paling  manis .          Walaupun SMK Tinggi Klang hanya meraih tempat keempat dalam pertandingan  akhir yang berlangsung  pada 5 Mei 2014 , namun setinggi- tinggi kesyukuran  saya  panjatkan  ke hadrat Illahi kerana  anak-anak asuhan saya ini  mampu menzahirkan bual bicara mereka   dengan amat baik. Yang penting mereka telah benar- benar menghayati intipati  yang terkandung dalam wacana ilmu yang dipersembahkan oleh mereka dengan penuh bersemangat di hadapan audiens.        Tiada detik paling indah dalam diari hidup seorang guru selain kemenjadian  anak-anak didiknya  da

Pembudayaan I Think dalam pdp dan aktiviti ko akademik di SMK Tinggi Klang

Image
Tak kenal maka tak cinta. ..saat mula diperkenalkan  dengan peta I think oleh PPD zon Bangsar Pudu pada bulan April 2013, saya belum lagi dapat mengesan keistimewaan Peta I think ini berbanding Peta Minda. Apa yang saya tahu Peta I think ini diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia atas tiket menjana kelahiran pemikir an  aras tinggi KBAT yang diperkenalkan daripada istilah Bahasa Ingeris,    Higher order Thinking Skills HOTS.     Saat ini , saya dapat merasakan penggunaan peta I think dalam proses pembelajaran dan pengajaran atau pdp membantu pelajar mencerna isi  pelajaran dengan    lebih mudah  .Selain Itu, pdp akan lebih berfokus  kepada pelajar yang diharap dapat menjana kelahiran pelajar yang bukan sahaja mampu berfikir kritis dan kreatif,  malah mempunyai kemahiran berfikir aras tinggi.       Pembudayaan I think juga dilaksanakan dalam kegiatan luar bilik darjah melalui pelbagai program anjuran pihak sekolah seperti sambutan maulidul Rasul di Sekolah me