Posts

Showing posts from February, 2015

ANTARA CAP DAN COP

Image
    Guru-guru Bahasa Melayu dan pencinta Bahasa Melayu  memang tidak  dapat lari daripada istilah "Membiasakan Yang Betul dan Membetulkan Yang Biasa" bagi merujuk kepada fenomena pengunaan Bahasa Melayu Baku di negara kita.        Memang sukar membiasakan yang betul dan membetulkan yang biasa apabila menyentuh isu berbahasa. Dalam soal berbahasa sebagai alat komunikasi , perkara yang penting buat penutur bahasa ialah penyampaian mesej terlaksana. Soal sama ada bahasa yang kita gunakan tepat dari segi nahu lazimnya akan kita ambil mudah, asalkan mesej kita difahami oleh orang yang menjadi teman bual bicara kita .     Baru-baru  ini.  teman guru yang bukan  guru bahasa bertanyakan saya tentang penggunaan  perkataan cop dan cap, yang manakah yang betul. Berikut, ialah huraian maksud cop yang terdapat dalam entri Pusat Rujukan Persuratan Melayu DBP cop II Kd meniup (lilin, pelita minyak tanah) dgn menggunakan mulut, menghembus. Kamus Dewan Edisi Keempat cop