Posts

Showing posts from February, 2013

Budaya Membaca di SMK Bukit Jalil

Image
    Budaya membaca dalam kalangan pelajar SMKBJ masih belum berada pada tahap yang memuaskan. Fenomena ini mendorong Panitia Bahasa Malaysia SMKBJ  melaksanakan program BACAAN SAUJANA  yang melibatkan penggunaan bahan bacaan berkualiti iaitu sisipan MINDA dan SKOR Berita Harian , majalah Dewan Siswa dan Pelita Bahasa  terbitan  DBP. Pembelian Majalah Dewan Siswa dan majalah terbitan DBP  ditaja sepenuhnya oleh PIBG.       Minggu  ini, pelajar - pelajar  menengah rendah terutama Tingkatan 3 mula menggunakan sisipan MINDA pada hari selasa , manakala pelajar menengah atas mula menggunakan sisipan SKOR  pada hari rabu semasa  Kelas Bahasa  Melayu.     AKSI PELAJAR  2 DINAMIK ( Selasa 26 /2/2013 -8.50-10.10) Bacaan saujana : Pelajar membaca mana-mana berita atau informasi yang digemari Akhbar diagihkan  kepada pelajar Pelajar khusyuk membaca sisipan MINDA Pelajar  memotong keratan sisipan MINDA Bacaan berfokus : Pelajar membaca  Bahan dalam  Sisip

GAYA BAHASA METAFORA

Image
      Saat paling puitis dalam jantung hidup guru bahasa yang mencintai sastera seperti saya ialah saat mengajarkan puisi dalam KOMSAS kepada para pelajar.   KONSEP PUISI            Puisi merupakan medan  komunikasi atau informasi yang diungkapkan secara tidak langsung . Banyak makna yang diungkap di dalam puisi yang tidak dapat disampaikan menggunakan bahasa yang biasa.   Puisi memerlukan cara pengungkapan tersendiri.  Bahasa puisi adalah bahasa khas.  iaitu  bahasa yang telah direkayasa sedemikian rupa untuk tujuan keindahan . METAFORA DALAM PUISI    Metafora juga didefinisikan sebagai perbandingan dua perkara yang berlainan atau berbeza, tetapi mempunyai persamaan hanya di dalam konteks yang dibandingkan. Sebagai contoh, pulau dan impian adalah dua perkara yang berbeza, tetapi mempunyai persamaan di dalam konteks kedua-duanya adalah jauh dan memerlukan usaha penyair untuk sampai ke sana. Dari kaitan ini terciptalah metafora ‘ pulau impian’ .       Con

SMK BUKIT JALIL DAN MEDIA

Image
      Wah, sekolah kita mendapat sorotan akhbar lagi ! Kerap juga sekolah kita  terpapar di dada media. Mungkin juga antara faktor penariknya selain lonjakan akademik yang dicapai  ialah  SMK Bukit Jalil merupakan pelanggan tetap akhbar Berita Harian sisipan MINDA dan SKOR  pada setiap hari selasa dan rabu. Sebelum ini, saat keputusan SPM 2011 diumumkan, wartawan juga turut sibuk  menghubungi  saya untuk menghantar gambar-gambar  pelajar menerima keputusan tetapi kerana masalah server  Berita Harian, gambar-gambar yang di-emelkan   tidak  dapat diterima dan disiarkan.               Bagaimana dengan  SPM tahun 2012 ??? luluh hati ini pabila mengingati pelajar-pelajar yang pelbagai kerenah saat menjawab soalan Bahasa Melayu kertas I dan 2....ramai yang keluar awal...aduhai. ! Apa yang mampu dilakukan saat ini ? Hanya mampu berdoa, berdoa dan berdoa...moga Allah masih memberi kita peluang mengecap nikmat jaya... 

HIKAYAT INDERA NATA : MODUL KOMSAS TINGKATAN 4 :PANDUAN UNTUK GURU

Image
Tingkatan :  Empat Masa : 80 minit Tajuk :  Hikayat Indera Nata   Genre:   Prosa Tradisional Fokus Utama :          10.6    Mengulas karya sastera dari aspek watak dan perwatakan,                                                 latar, plot, gaya bahasa dan sudut pandangan.                                                 Aras 1:                                                 (v) Menjelaskan aspek watak dan perwatakan, latar, plot, gaya                                                   bahasa dan sudut pandangan dalam karya.                                               Fokus Sampingan :            7.3       Mengemukakan soalan untuk mendapatkan penjelasan lanjut.                                                              Aras  1: (iii) Membina dan mengajukan soalan bercapah aras rendah dan s tinggi untuk mendapat penjelasan lanjut.                                                             Objektif :         Pada akhir pelajaran, murid dapat: