Posts

Showing posts from November, 2013

kongsi ilmu dari blog lain : Karangan tentang gejala sosial

Antara topik yang disasarkan akan diuji dalam soalan penulisan Bahasa Melayu SPM ialah GEJALA SOSIAL .   . Kesuntukan masa menyebabkan  saya tak mampu menjana contoh karangan buat pelajar, namun saya paparkan karangan model daripada beberapa blog.   http://missfeeya95.blogspot.com Faktor   Gejala sosial dalam kalangan Remaja         Berita Harian,12 Julai 2001 lalu telah melaporkan bahawa dalam tempoh 10 tahun antara tahun 1989 hingga  tahun 1998,kadar jenayah membabitkan remaja meningkat sebanyak 35 peratus bagi lelaki dan 25 peratus bagi perempuan.Statistik ini menunjukkan bahawa masalah sosial dalam kalangan remaja semakin membimbangkan.Hal ini tidak seharusnya dipandang remeh kerana remaja merupakan satu-satunya tonggak negara dalam menerajui kepimpinan negara sesuai dengan ungkapan “pemuda harapan bangsa,pemudi tiang negara”.Persoalannya,jika remaja kita musnah sebagai akibat keseronokan yang sementara ini,siapakah yang akan terus memperjuangkan nasib negara kita? Just

Karangan Model Nukilan pelajar-Ciri-ciri Remaja Berwawasan

Image
Saya tidak  ingat , siapakah pelajar yang menulis karangan ini, namun karangan ini saya nilai sebagai antara hasil yang terbaik yang saya peroleh daripada pelajar saya  dalam sesi pembelajaran dan pengajaran Penulisan Karangan respons Terbuka . CIRI-CIRI- REMAJA BERWAWASAN      Jatuh bangun dan maju mundurnya sebuah negara bergantung kepada sumber modal insan berkualiti terutama generasi muda.  Mantan Presiden Indonesia Al marhum Soekarno pernah menyebut sekiranya kita ingin melihat keadaan negara pada masa hadapan, lihatlah generasi mudanya hari ini” Hal ini bermakna generasi muda merupakan harapan utama untuk memastikan pembangunan negara terlaksana seterusnya memastikan pencapaian Matlamat Wawasan 2020 direalisasikan  .    Oleh  itu, kita sebagai golongan remaja haruslah mempunyai ciri-ciri remaja  yang berwawasan. Hal   ini selaras dengan slogan   "Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara". Sehubungan dengan itu, ciri-ciri  berwawasan ini haruslah disemai ke

TOPIK-TOPIK PENTING UNTUK KERTAS BAHASA MELAYU 1 SPM 2013

Image
 Detik-detik  menjelang.SPM ... Tiba saatnya, kalian tidak mampu untuk lari. Di sana, di dewan periksa soalan pelbagai rupa menanti selamat mengulang kaji hingga ke detak waktu terakhir..  Sila buat ulang kaji topik-topik yang saya paparkan agar kalian tidah jadi begini saat menjawab soalan Bahasa Melayu pada hari Rabu 6 Oktober ini... TOPIK-TOPI K  PENTING KARANGAN SPM 2013 KARANGAN BERPANDU SPM 2013 1.      Faedah bersukan 2.      Kepentingan semangat patriotik dalam kalangan remaja 3.      Cara-cara  mencegah obesiti/ Amalan gaya hidup sihat/Pemakanan yang  seimbang 4.      Aktiviti masa senggang 5.      Tahun melawat Malaysia 2014 KARANGAN RESPONS TERBUKA SPM 2013 DIRI 1.      Sumbangan pelajar cemerlang kepada negara 2.      Amalan mulia dalam kalangan pelajar 3.      Cara-cara  menghargai jasa dan pengorbanan guru 4.      Kepentingan amalan menabung/faedah berjimat cermat KELUARGA 1.      Peranan ibu bapa dalam membentuk