SELAMAT TAHUN BARU CINA - AYAM DALAM PERIBAHASA MELAYU
Cuti seminggu sempena Tahun Baru Cina Tahun 2017 ini memberi ruang cikgu merehatkan minda seketika daripada tugasan pengajaran dan pentadbiran. Tugas baharu sebagai Penolong Kanan Petang menggamit komitmen tinggi hingga kadang-kadang waktu istirahat terjejas dan waktu untuk 'update' blog juga hampir tidak ada. Tahun ini merupakan Tahun Ayam dalam kalendar masyarakat Cina, Kebetulan juga , cikgu lahir pada tahun ayam. Pastinya ada sebab orang cina memilih ayam untuk dimasukkan dalam kalendar mereka. Bagaimanakah pula pandangan masyarakat Melayu tentang 'ayam'??? Ayam menjadi antara haiwan yang paling digemari oleh masyarakat Melayu dahulu kala untuk disebut dalam bahasa kiasan yang kini kita pelajari sebagai peribahasa Melayu Ketika menjadi guru pelatih saya membawa radio dan memperdengarkan lagu Jalil Hamid bertajuk "Ayam " untuk menjadi bahan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, Video lagu Jalil Hamid yang berunsur humor ini m