Posts

Showing posts from 2024

AKHBAR DAN SISTEM BAHASA

Image
Mari kita berdamai dengan realiti. Kalau saya  sebagai guru pun bosan dengan corak pembelajaran yang sama apatah lagi murid.  Kerap memberikan latihan   tatabahasa dalam bentuk bahan bercetak dan membincangkan jawapan selepas memberi  ruang murid menjawab memang suatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran  yang sangat baik untuk meningkatkan penguasaan tatabahasa murid.         Penggunaan peralatan digital juga memberikan banyak kebaikan dalam memudahkan  penyampaian maklumat selaras dengan pembelajaran Abad ke 21.        Hari ini saya ingin kembali kepada pembelajaran corak      lama yang saya praktikkan 20 tahun lalu di dalam          kelas   iaitu penggunaan akhbar dalam kelas (ADK).     Secara berkumpulan  saya minta murid            memotong tajuk-tajuk artikel akhbar  dan menuliskan      semula dalam ayat yang lengkap. Kita tidak tahu                  semua tajuk artikel dalam akhbar tidak ada yang                  gramatis dan  lengkap ayatnya. wajah-wajah ceria murid.         Sa

UJIAN BERTUTUR DAN KECERDASAN BUATAN

Image
   AI atau murid-muridku yang bijak? Pabila saya memberikan tugasan  dua hari lebih awal untuk murid-murid mencari bahan berdasarkan topik dan subtopik  semasa sesi ujian Bertutur Bahasa Melayu, rata-rata  dapat mengupas topik dengan isi yang tepat dan bahasa yang  gramatis. Awalnya kagum dengan keupayaan mereka kerana murid-murid kelas ini relatif 30 % cemerlang dan 70 %sederhana. Namun mendengar ayat-ayat yang mereka ujarkan dapat juga saya mengesan bahawa mereka memang meminta bantuan mencar bahan daripada "sahabat  sejati " mereka. inlah rupa sahabat tak berwajah, hanya berlogo sahaja. Sahabat yang sangat  setia memberikan bantuan dalam beberapa saat. Bacalah betapa santunnya bahasa sahabat kami ini Beliau menjawab dalam bahasa yang kita gunakan Pada saya, isiatif murid-murid mencari bahan untuk ujian bertutur, menghafal dan meluahkannya di hadapan guru tidaklah menjadi kesalahan. Guru masih dapat menguji keupayaan murid menuturkan bahasa  melalui soalan-soalan spontan. J