KOLEKSI PERIBAHASA BERTEMAKAN BARANGAN BERHARGA
Barang berharga seperti emas, intan dan permata sentiasa mendapat tempat di hati masyarakat Melayu terutama kaum wanita. Barangan yang dianggap melambangkan kemewahan dan status tinggi dalam masyarakat ini sering diungkapkan bukan sahaja dalam puisi tradisional Melayu seperti pantun dan syair, malah dalam peribahasa. PERIBAHASA MELAYU Tema : Barangan Berharga 1) Seperti cincin dengan permata Ø secocok, sama padan 2) Dulu permata intan, sekarang batu Belanda. Ø Orang berpangkat yang telah diturunkan pangkatnya 3) Permata dibalas dengan senjata. Ø Kebaikan dibalas dengan kejahatan 4) Seperti permata salah serudi. Ø Orang bangsawan yang tidak berpengetahuan dan tiada tahu sopan santun. 5) Bagai menjaga permata intan ketika dicanai. Ø Kasih sayang yang tidak ada taranya. 6) Perahu papan bermuat intan. Ø Sesuatu yang tidak pada tempatnya. 7) Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri Ø Wal