DIARI CIKGU BAHASA
B ayangkan,....jika kalian berada di tempat saya.... Saya sedang menyemak karangan Peperiksaan Pertengahan Tingkatan 5. Setelah menyemak lebih kurang 20 esei, saya terpaksa berehat, menarik nafas panjang dan menyandarkan tubuh ke sofa. Rasa loya- loya, nanar (pening lalat) dan hampir rasa nak termuntah . Adakah saya sakit ? Jawapanya, tidak juga . Yang sebenarnya ,membaca esei pelajar melahirkan pelbagai rasa. Kesal, kalut ,sedih dan tidak sedap hati berbaur dalam jiwa. Semua rasa itu ialah petanda stres. Kalau sudah stres, kebugaran tubuh akan terjejas dek minda yang tertekan dan keletihan Wah, parah kalau saya terus begini ! Pukul rata saya ada 300 skrip yang perlu disemak dalam tempoh tiga Minggu . termenung saya membaca esei kalian.... Sekadar hiasan ( bukan gambar esei anak didik saya,,,ihsan google Image) entri yang lucu,,,(ihsan google image) Acap kali berhadapan dengan skrip pelajar dengan pelbagai saiz tulisan dan