kesalahan ejaan kata majmuk dalam penulisan karangan
Lega! Saya sudah siap menyemak skrip jawapan pelajar. Markah mereka sudah dikunci masuk dalam sistem SAPS . Namun banyak isu yang masih berlegar di kotak fikir saya. Kemahiran tatabahasa kebanyakan pelajar masih berada pada tahap yang kurang memuaskan. Banyak kesilapan nahu yang tidak sepatutnya berlaku dilakukan oleh mereka. Sebagai guru , saya tidak akan menutup Sebelah mata membiarkan kesilapan dan kesalahan terus-terusan mencacatkan penulisan mereka. Salah satu kesalahan yang Kerap dilakukan oleh pelajar ialah kesalahan mengeja kata majmuk. Contoh-nya ejaan kata majmuk ibu bapa masih dieja secara dekat iaitu 'ibubapa' dan bukan 'ibu bapa'. Ada pelajar berseloroh dengan saya apabila saya mengatakan ejaan ibu bapa patut dieja secara berpisah . Katanya banyak kes perceraian berlaku kerana ibu bapa selalu berjauhan. Tatabahasa Dewan telah menyenaraikan kata-kata majmuk yang telah mantap dan dieja secara dekat iaitu : 1. Antarabangsa 2. Berita