Posts

Showing posts from September, 2015

BAHAGIAN 111 : PERJALANAN MENCAPAI GEMILANG KE PERSADA KEBANGSAAN

Image
ALANGKAH  INDAHNYA KEJAYAAN!    Alhamdulillah, akhirnya kami  meraih kejayaan juga. SMK Tinggi Klang berjaya menewaskan KISAS dalam pertandingan yang cukup sengit.  Bermakna Pasukan forum SMK Tinggi Klang akan mewakili daerah klang dalam pertandingan peringkat negeri di Sepang  pada bulan Julai nanti.  Cerita tentang kejayaan ini telah saya catatkan  dalam entri saya sebelum   ini Kamilah Juara -SMK TINGGI KLANG vs KISAS     Biarpun menghadapi pelbagai dugaan , cabaran dan debaran akhirnya    Pasukan Forum SMK Tinggi Klang mengungguli Pertandingan Forum Daerah Klang dan dinobatkan sebagai Juara forum Remaja Daerah Klang Tahun 2015.      Dalam Pertandingan Peringkat Akhir yang berlangsung di Dewan Tertutup.SMKP Methodist , pasukan forum STK menumpaskan 9 buah sekolah lain termasuk Kolej Islam Sultan Alam Shah (.Kisas ) yang saban tahun menjuarai pertandingan  tersebut.      Suatu pencapaian yang sungguh membanggakan yang hanya dapat dicapai hasil usaha gigih pelajar, bimbin

BAHAGIAN 11 : PERJALANAN MENCAPAI GEMILANG KE PERSADA KEBANGSAAN

Image
Pertandingan Forum Remaja Daerah Klang (17 Jun 2015)      Tiga  hari selepas  pertandingan peringkat zon para pelajar ini menyertai pertandingan peringkat  daerah. Pada peringkat ini kelemahan di peringkat  zon diperbaiki. Mereka perlu dilatih mengujarkan idea secara spontan dan lancar. Saya melatih mereka dengan pelbagai soalan spontan ramalan. Walaupun hanya 5 minit dengan peruntukan 10 markah , pelajar perlu benar-benar menguasai  kehendak soalan dan menjawab dengan tepat dan fasih. Saingan di peringkat daerah lebih mencabar kerana perlu berdepan dengan pasukan forum Kisas, Kolej Islam Sultan Zainal Abidin yang tak pernah gagal menjuarai piala kemenangan Daerah Klang.  Saya menjadi penjaga masa tika.pertandingan berlangsung. Di sebelah saya rakan pengacara, Atifah.    Saat pasukan  forum STK meluahkan   bual bicara, segalanya lancar termasuk Bahagian Spontan. Dua celahan dapat diutarakan pada pusingan kedua. Walaupun persediaan dilakukan pada saat-saat akhir ternyata mer

BAHAGIAN 1 : PERJALANAN MENCAPAI GEMILANG KE PERSADA KEBANGSAAN

Image
P ENGHUJUNG MAC  201      Pencarian peserta forum remaja tahun 2015 bermula di SMK Tinggi Klang .  Saya menemui Aidil Al Hafiz , pendebat terbaik peringkat suku akhir dan separuh akhir Negeri Selangor, Ketika itu SMK Tinggi Klang masih lagi dalam lingkaran kegembiraan kerana pasukan debat baru sahaja menyandang Naib Juara Debat Negeri Selangor.  Saya bertanya  kalau-kalau dia  berminat menyertai pasukan forum sekolah. Aidil bukan sahaja bersetuju menyertai pasukan forum malah bersetuju melamar teman-teman yang lain dan mewujudkan   pasukan forum  remaja       Aidil membawakan saya tiga orang rakannya daripada pasukan Debat  Tazrin, Amin dan Idzwan serta seorang murid yang pernah menjadi peserta pidato dan sajak iaitu Syafiq Aqil. Melihat personaliti mereka yang berkeyakinan , saya yakin mereka mampu menggalas tanggungjawab sebagai ahli panel CABARAN : Mereka peserta debat, sangat arif dalam langgam  bahasa dan intonasi debat ala parlimen. Saling bertukas dan bertingkah kata

Dunia Waktu dalam Bahasa Melayu

Image
Bila Hendak Guna Istilah Pagi, Tengah Hari, Petang dan Malam?      Kadang-kadang kita agak serba salah untuk menggunakan  sesetengah istilah dan bagaimana ejaan tersebut  dieja.  Sebagai contoh,  bila waktunya mula untuk kita guna istilah pagi dan bila mula waktu yang betul untuk kita guna istilah petang berbanding  dengan tengah hari atau apakah ejaannya tengahari atau tengah hari.       Berikut merupakan maklumat yang diperoleh daripada Pusat Sehenti Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) yang dimiliki oleh Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia ada menyediakan secara atas talian carian-carian untuk membantu anda dalam situasi sebegini. Pagi : 1.00 a.m.-11.59 a.m. Tengah har i: 12.00 p.m. – 1.59 p.m. Petang : 2.00 p.m. – 6.59 p.m. Malam : 7.00 p.m. – 11.59 p.m. Tengah malam : 12.00 a.m. – 12.59 a.m. Untuk bantuan PRPM, anda boleh ke laman  berikut : http://prpm.dbp.gov.my/default.aspx

Dirgahayu Bahasaku: Cinta tanpa syarat.

Image
       Baru-baru ini , pasukan forum sekolah  yang saya bimbing  melangkah ke peringkat kebangsaan.  Kejayaan paling indah dan paling manis buat saya , guru-guru dan pelajar yang terlibat .  Bagi pelajar-pelajar  , tentulah merupakan kejayaan besar. Sejarah sekolah   tidak pernah mencatatkan kejayaan pasukan forum sekolah waima di peringkat daerah      Dua dekad sejak menggalas tugas sebagai   guru Bahasa Melayu, saya tak pernah jemu menggalakkan dan membimbing pelajar  menyertai aktiviti kebahasaan. Di mana-mana pun sekolah saya berada, saya tanpa rasa berat dan penuh rela sanggup meluangkan  masa untuk mencungkil bakat dan menyuburkan potensi diri pelajar.    Melakukannya tanpa sebab dan  tanpa syarat. Bukan kerana ingin meraih populariti  atau melonjakkan nama dalam kalangan rakan setugas yang baru mengenali saya di sekolah baharu  , jauh sekali kerana ingin meraih anugerah . Tidak sama sekali . Saya melakukannya kerana rasa cinta.  saya cinta bahasa Melayu. Dunia kanak-kana