Posts

Showing posts from March, 2013

Penggunaan ungkapan' bombastik' yang membawa padah

Image
Sedarsawasa ini , sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia dari segenap penjuru alam  tentang isu pencemaran sungai di Malaysia....     Cikgu menemui  rangkai kata dan ungkapan sebegini dalam lebih kurang 15 karangan pelajar yang cikgu semak. Sebelum ini beberapa orang rakan cikgu yang memeriksa kertas peperiksaan Bahasa Melayu Kertas 1 SPM juga pernah menceritakan pengalaman menyemak karangan  beberapa  pusat peperiksaan yang hampir 70 peratus pelajarnya menggunakan ungkapan ini dalam pendahuluan mereka.       Oleh sebab Cikgu tidak pernah mengajarkan ungkapan sebegini kepada pelajar, maka, cikgu bertanya kepada pelajar daripada  manakah mereka memperoleh ungkapan tersebut?  Sebahagian daripada mereka menyatakan ungkapan itu diajarkan oleh guru di pusat tuisyen. Persoalannya, mengapakah skrip karangan pelajar dari negeri di utara dan selatan tanahair juga     mengandungi ungkapan demikian ? Sudah terang lagi bersuluh, pelajar-pelajar ini menyedut terus daripada  internet t

Atma Guru: Dari sudut hati paling dalam.

Image
Saat  guru tak ingin bicara   lagi..... Saat guru berhenti bicara Usah lekas gembira Itu satu petanda Musibah bakal menimpa Kerana guru yang punya rasa Takkan jemu melontar kata Bicaranya datang dari hati Pintanya kau semat di dalam hati Bicaranya bukan dari lidah Buat sentuhan cuping telinga Sampai akhirnya dia putus asa Diamnya bermakna dia kecewa Kerenahmu tidak lagi dia cakna. Mungkin bagimu tidak apa-apa Kami punya ribuan pendeta Dengan wang segalanya nyata. Suatu hari, saat kau sudah dewasa Baru kau dapat rasa Guru itu penyuluh aksara Tanpa hadirnya duniamu gelita Saat itu sesalmu tiada guna Kau harungilah hidup pancaroba...

Debat Bahasa Melayu Zon Bangsar.

Image
Biar Kalah secara bermaruah, usah kalah kerana menyerah kalah. Hari ini Pasukan Debat Bahasa Melayu SMK Bukit Jalil  bertarung dengan SMK Bukit Bandaraya  dalam Pusingan Pertama , namun gagal melayakkan  diri ke Pusingan kedua pertandingan Debat Bahasa Melayu Zon Bangsar. Pertandingan  berlangsung di  SMK Taman Yarl, Kuala Lumpur  . Barisan pendebat SMK Bukit Jalil diwakili oleh  lima orang peserta  iaitu: Atiqah (Tingkatan  5C - Perdana Menteri/ ketua pembangkang Akmal   (Tingkatan 5B - Menteri Kedua/pembangkang kedua Wan Azim (Tingkatan 5C- Menteri  Ketiga /Pembangkang ketiga Nur Farah  Nabila (Tingkatan 5C- Menteri Keempat/Pembangkang Keempat Deanna Amani (Tingkatan 5C- Menteri kelima/ Pembangkang Kelima) Pendebat-pendebat ini akan diiringi oleh Cikgu Rozali Lebai Awang  selaku guru Pembimbing dan Penasihat Pasukan Debat Sekolah.  Sekolah juga turut menghantar dua orang guru untuk bertugas sebagai hakim iaitu: Puan Chan Soh wah dan Puan Noriza Md. Aris