JENIS-JENIS PERIBAHASA MELAYU
Peribahasa Melayu mencerminkan k etajaman , ketelitian dan ketinggian masyarakat silam. Justeru, kita perlu berbangga dengan koleksi peribahasa Melayu. Dr Awang Sariyan , Ketua pengarah DBP melalui buku Tikaman Bahasa menyeru kita agar berbangga dengan peribahasa kita sendiri. Menurut beliau, jika tamadun bangsa China berbangga dengan koleksi kata-kata hikmah Kung Fu Tze, Tamadun Yunani memiliki ungkapan Falsafah Socrates, Plato dan Aristotles, bangsa Melayu tidak kurang hebatnya dengan ungkapan falsafah dan kata hikmah yang terdapat dalam peribahasa. Menurut beliau lagi peribahasa sangat istimewa kerana bukan sekadar memperkaya khazanah bahasa bahkan memancarkan pandangan hidup , nilai , sikap, cara berfikir dan kepekaan akal budi masyarakat pengguna bahasa itu. Memandangkan peri pentingnya peribahasa sebagai salah satu bayangan falsafah dan pemikiran bangsa, peribahasa turut diajarkan dalam mata pelajaran Bahasa Me