Generasi pewaris kepimpinan negara- Harapan seorang pendidik

   Kejayaan SMK Tinggi  sebagai Juara  Zon A1 Forum Remaja Daerah Klang pada 28 April 2014 yang lalu merupakan kejayaan yang   pada saya sungguh memberangsangkan. Buat julung-julung   kalinya,  saya melatih sekumpulan pelajar putera yang sungguh beriltizam untuk mencapai kejayaan dalam pertandingan tersebut.  Komitmen dan  sikap bekerjasama antara mereka  ternyata tidak mengecewakan sehingga membuahkan hasil paling  manis .    

     Walaupun SMK Tinggi Klang hanya meraih tempat keempat dalam pertandingan  akhir yang berlangsung  pada 5 Mei 2014 , namun setinggi- tinggi kesyukuran  saya  panjatkan  ke hadrat Illahi kerana  anak-anak asuhan saya ini  mampu menzahirkan bual bicara mereka dengan amat baik. Yang penting mereka telah benar- benar menghayati intipati  yang terkandung dalam wacana ilmu yang dipersembahkan oleh mereka dengan penuh bersemangat di hadapan audiens.  

     Tiada detik paling indah dalam diari hidup seorang guru selain kemenjadian  anak-anak didiknya  dalam persada kehidupan .  Menjana kelahiran  insan yang berilmu, berkeyakinan, berketrampilan  dan punya akal budi merupakan antara visi qudsi seorang guru  yang mahu mencapai martabat sebagai murrabi, mursyid, mu'alim dan  bukan muddaris semata-mata. Justeru, biarpun saya hanya seorang guru biasa-biasa di sebuah sekolah biasa-biasa juga, saya berharap sumbangan kecil ini mampu menjadi pemangkin kelahiran generasi pewaris kepimpinan negara.

    









Comments

Popular posts from this blog

Peribahasa Bertemakan alam sekitar

TEKS FORUM REMAJA 2016

PERIBAHASA DARI BUKU TEKS TINGKATAN 4 DAN TINGKATAN 5