CADANGAN IDEA KARANGAN BERDASARKAN TAJUK/ISU BUKU TEKS TINGKATAN 4
SOALAN 1- SENARIO
MASYARAKAT KITA –DIMENSI MASYARAKAT
(halaman 1)
Masyarakat Malaysia
berbilang kaum yang tinggal di
negara kita hidup dalam keadaan aman dan harmoni.
Berikan pendapat anda tentang usaha-usaha untuk
mengekalkan keadaan tersebut.
|
- Konsep 1
Malaysia diterapkan dalam pelbagai aspek
kehidupan rakyat Malaysia. Aktiviti dan program ke arah perpaduan kaum dilaksanakan.
2- Sekolah
vernakular dikurangkan dan digantikan dengan sekolah satu aliran yang memberikan tumpuan kepada penggunaan
Bahasa Melayu sebagai medium dalam proses pembelajaran dan pengajaran serta
aktiviti kokurikulum.
-Penerapan nilai
perpaduan dalam kalangan pelajar
sama ada melalui sukatan pelajaran atau
setiap aktiviti kokurikulum.
4. Didikan dari rumah, Ibu bapa menjadi suri
teladan membimbing anak-anak menjadi insan bertoleransi dan berfikiran terbuka
terhadap perbezaan warna kulit dan keturunan.
5. . Peranan media massa dalam memupuk perpaduan
dioptimumkan. Program yang memaparkan
kesepakatan dan kesatuan hati masyarakat Malaysia perlu diberikan sorotan
utama. Paparan iklan tentang contoh
konsep perpaduan di jadikan elemen utama
penyiaran media elektronik dan hebahan media cetak
6. Penguatkuasaan undang-undang yang tegas terhadap
individu atau pihak-pihak tertentu yang cuba menyemarakkan api sentimen perkauman.
SOALAN 2- AMBANG REMAJA –DIMENSI DIRI (halaman 23)
Sebagai seorang remaja, anda juga merupakan seorang belia
yang mempunyai peranan yang penting untuk membangunkan negara ini
.
Ulaskan pernyataan di atas
|
Cadangan idea
1.
Menunjukkan kesungguhan menimba ilmu dan berusaha untuk mencapai
kecemerlangan dalam pelbagai bidang sama ada bidang akademik atau kokurikulum.
Berazam untuk menjadi insan Berjaya yang
dapat menyumbang untuk pembangunan
negara
2.
Menunjukkan sahsiah terpuji dengan mengamalkan nilai-nilai murni selaras
dengan pegangan agama dan norma masyarakat dalam kehidupan seperti hemah tinggi , hormat
menghormati, tolong menolong dan lain-lain
3.
Menunjukkan disiplin diri yang tinggi, dedikasi,
sentiasa mematuhi ketepatan masa dan sentiasa menggunakan masa
untuk perkara-perkara berfaedah kepada
diri , keluarga,agama dan masyarakat.
4.
Mempunyai jati diri sebagai rakyat Malaysia. Bangga dan
cinta akan negara serta tidak mudah dipengaruhi oleh elemen negatif dalam
kehidupan.
5.
Mempersiapkan diri dengan kemahiran nilai tambah
dalam kehidupan seperti kemahiran menguasai Teknologi maklumat dan komunikasi
SOALAN 3 : DUNIA SEMAKIN CANGGIH-DIMENSI MASYARAKAT (Halaman 50)
Penggunaan kad kredit dalam kalangan masyarakat pada masa
ini semakin meluas kerana banyak memberikan kemudahan kepada penggunanya
.
Huraikan implikasi penggunaan kad kredit kepada masyarakat
|
Cadangan Idea.
1.
Kecenderungan berbelanja mengikut kehendak dan bukan mengikut keperluan menyebabkan
perbelanjaan tidak terancang dan
pembaziran berlaku. Pembelian dilakukan kerana mengikut trend semasa.
2.
Menjerat pengguna kepada beban hutang jangka panjang kerana penggunaan kad kredit menawarkan perkhidmatan
pembelian barang berharga tinggi melalui pelan pembayaran ansuran .
3.
Pengguna distyiharkan muflis pada usia muda kerana tidak mampu membayar
hutang secara tekal. Mereka sukar
mendapatkan pinjaman bank untuk membiayai
keperluan kehidupan seperti pinjaman
untuk membeli rumah dan kereta serta pinjaman pendidikan anak-anak.
4.
Kualiti kehidupan terjejas kerana pengguna tidak
mampu memberikan perlindungan terbaik dn memenuhi keperluan asas buat
keluarga serta kemungkinan terdedah
kepada jerat atau tipu daya kumpulan pemberi pinjam wang tidak berlesen yang
dipanggil ceti haram.
5.
Beban hutang menyebabkan kesejahteraan hidup
terjejas seperti keruntuhan rumah tangga dan institusi keluarga
.
SOALAN 4 : KERANAMU MALAYSIA-DIMENSI ANTARABANGSA (halaman 75)
Banyak kejayaan
yang dicapai oleh rakyat Malaysia telah membuktikan bahawa negara kita juga setanding dengan negara
maju yang lain
Huraikan kejayaan-kejayaan yang dicapai oleh rakyat
Malaysia pada peringkat antarabangsa
|
Cadangan idea
1.
Kejayaan dalam bidang sukan, contohnya dalam
sukan SEA, perenang negara Pandalela
Rinong telah menjadi satu-satunya peserta wanita Malaysia yang berjaya meraih
pingat dalam acara renang Sukan Olimpik
Musim Panas di London pada tahun 2012. Datuk Lee Chong Wei pernah menjadi juara
badminton dalam Sukan Komanwel Tahun 2006 .Nichol An David dinobatkan pemain
wanita nombor satu dunia dalam sukan skuasy dan merupaka n remaja Asia pertama
di dunia memenangi kejohanan Remaja Dunia sebanyak dua kali.
2.
Kejayaan dan
penglibatan pemimpin negara mendapat pengiktirafan antarabangsa, contohnya Tun
Dr Mahathir Mohamad
- President
of United Nations Sponsored International Conference on Drug Abuse and Illicit
Trafficking (ICDAIT),
Vienna, Austria (1987)
- Chairman
of the High Level Appraisal Group (HLAG) CHOGM (1989)
- Pengerusi
27th CHOGM Conference di Kuala Lumpur.
- Chairman
of the Group 11 Commonwealth Heads of Government
- Perasmi Zimbabwe
International Trade Fair, orang bukan Afrika pertama diberi peluang
sejak ia dijalankan 34 tahun yang lalu (1994)
- Vice
President of the World Solar Commision, (1996)
3.
Kejayaan dalam bidang rekreasi contohnya ;
·
kejayaan rakyat
malaysian M Magendran dan Mohannandas
Nagappan mengibarkan bendera Malaysia di puncak tertinggi di dunia Gunung Everest buat pertama kalinya pada tahun 1997.
Langkah ini diikuti oleh dua
orang lagi rakyat Malaysia iaitu Muhammad Muqharabbin Mokhtaruddin dan Ahmad
Reduan Rozali,
·
kejayaan merenangi selat Inggeris oleh Tujuh
anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM), termasuk perenang solo, Estino Taniyu
berjaya menawan Selat Inggeris pada bulan September 2012 .Estino dan , 24,
anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dari Semporna, Sabah yang memulakan
renangan jam 1.41 pagi waktu tempatan (8.41 pagi waktu Malaysia) dari Dover,
United Kingdom ke Pantai Sandy, Calais di Perancis mengambil masa 13 jam 41
minit dan 45 saat. Ekspedidi ini
melengkpkan kejayaan Datuk Malek Mydin yang Berjaya menyeberangi Selat Inggeris
pada Tahun 2003
·
Kejayaan Malaysia menghantar angkasawan seorang
Angkasawan™ Malaysia ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) pada tahun 2007 untuk
melaksanakan pelbagai aktiviti yang bakal mendatangkan faedah kepada sains,
teknologi dan industri Malaysia. Dr Sheikh Sheikh Muszaphar Shukor akhirnya berjaya menamatkan misi 11
hari berada di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).
4.
Kejayaan dalam bidang akademik,
·
Kejayaan lima
universiti penyelidikan negara memperbaiki kedudukan dalam senarai QS World
University Rankings, baru-baru ini, membuktikan institusi pengajian tinggi
awam (IPTA) mampu memberikan saingan kepada institusi bertaraf dunia. - Lima
universiti terbabit ialah UPM, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti
Teknologi Malaysia, Universiti Malaya dan Universiti Sains Malaysia.
·
Tiga orang
mahasiswa Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya mengharumkan nama USM dan
negara apabila memenangi lima hadiah utama dalam pameran terbesar di United
Kingdom, "Invention, Innovation & Technology Show, The 9th British Invention Show yang
dianjurkan oleh The British Inventors Society di Alexandra Palace, London pada
14 – 17 Oktober lalu.
Show “ yang dianjurkan oleh The British Inventors Society di
Alexandra Palace, London pada 14 – 17 Oktober 2013.
SOALAN 5 : MELESTARIKAN ALAM SEKITAR- DIMENSI MASYARAKAT
(Halaman 100)
Pelbagai usaha telah diambil oleh pihak kerajaan dan
pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk mengatasi masalah pencemaran alam,
namun masih kurang berkesan untuk mengatasainya.
Jelaskan pendapat anda tentang pernyataan tersebut
|
Cadangan Idea
1.
Usaha kurang berkesan kerana sikap orang ramai
yang sering mencemarkan alam sekitar.
Contohnya mencemarkan sungai dengan
membuang sampah sarap ke dalam sungai. Aktiviti ekonomi seperti pembalakan juga
menyebabkan pencemaran kerana sisa
pembalakan dihanyutkan ke sungai
2.
Usaha kurang berkesan kerana rakyat Malaysia tidak mempunyai kesedaran tentang peri pentingnya menjaga alam
sekitar dari rumah menyebabkan program
kitar semula kurang mendapat sambutan dan sisa domestik kian meningkat dari
setahun ke setahun.
3.
Usaha kurang berkesan kerana ada pihak yang mahu
mengambil jalan mudah untuk melupuskan
sisa industri, contohnya membuang
sisa toksik ke kawasan
sungai ,
4.
Usaha kurang berkesan kerana masih ada kapal
kargo yang melalukan pembuangan minyak di kawasan laut
5.
Usaha kurang
berkesan kerana rakyat Malaysia
kurang mengaplikasikan teknologi hijau
dalam kehidupan dan kegiatan ekonomi seperti dalam sector pembinaan dan
automobil.
SOALAN 6 :RIADAH –DIMENSI MASYARAKAT (halaman 127)
Aktiviti memancing ikan semakin diminati oleh sesetengah
anggota masyarakat pada masa ini
Huraikan faedah-faedah yang diperoleh daripada aktiviti
tersebut.
|
1.
Mengisi masa lapang dengan perkara yang mampu
memberikan kegembiraan dan kepuasan dalam hidup. Kepuasan apabila memperoleh
hasil tangkapan yang lumayan.
2.
Merapatkan hubungan dengan keluarga jika
aktiviti dilakukan bersama ahli keluarga
yang lain.
3.
Hasil tangkapan yang lumayan membolehkan
wang belanja ke pasar dapat dijimatkan
.
4.
Aktiviiti ini juga mampu menjana sumber
pendapatan sekiranya hasil yang
diperoleh dijual.
5.
Mendapat pengalaman dan pengetahuan tentang pelbagai spesies
hidupan laut.
SOALAN 7 : GENERASI
KITA : DIMENSI DIRI (halaman 156)
Remaja pada hari ini perlu diberikan pendidikan yang sempurna kerana anda merupakan generasi
yang akan memimpin negara pada masa akan datang.
Sebagai remaja, berikan ulasan tentang didikan yang anda perlukan untuk menjadi pewaris kepimpinan
negara pada masa depan.
|
Cadangan Idea:
1.
Didikan dalam
pelbagai disiplin ilmu sama ada ilmu dunia mahupun ilmu akhirat untuk menjadi insan intelek yang cemerlang dalam kehidupan duniawi mahupun ukhrawi.
2. Didikan untuk menjadi insan yang berketerampilan
, berkeyakinan dan mempunyai ciri-ciri
kepimpinan.
3. Didikan kerohaniaan, sahsiah dan nilai-nilai
murni agar menjadi insan berperibadi syumul dan bersahsiah tinggi.
4.
Didikan dalam kemahiran menjalani kehidupan
dalam dunia realiti yang mencabar.
5.
Didikan dalam penyelesaian masalah dan
kemahiran menangani emosi agar dapat menjadi insan yang sentiasa tabah
dan berdaya saing dalam kehidupan dunia yang serba kompetetif.
SOALAN 8 :GAYA HIDUP SIHAT(HALAMAN 180)
Sebagai seorang wartawan majalah terkemuka di negara ini, anda dikehendaki menulis
rencana yang bertajuk “Budaya Makanan segera dalam kalangan Masyarakat”
Tulis rencana itu selengkapnya
|
Cadangan Idea
1.
Faktor
masyarakat mengamalkan pengambilan makanan segera ialah memudahkan
pengurusan masa. Makanan segera boleh disimpan di dalam peti dingin beku dalam
jangka masa panjang dan boleh
dikeluarkan pada bila-bila masa-masa apabila hendak dimasak.
2.
Kesibukan menguruskan kerjaya dalam kalangan
ibu-ibu menyebabkan mereka tidak mempunyai masa panjang untuk memasak. Justeru,
restoran makanan segera menjadi tumpuan.
3.
Budaya makan makanan segera perlu dikurangkan
kerana jaminan kualiti dan kesegaran makanan tidak terjamin.
4.
Budaya ini mungkin boleh menjadi faktor insitusi keluarga semakin rapuh kerana
peranan ibu menyediakan makanan semakin berkurangan. Masyarakat Melayu
khususnya dan masyarakat Islam percaya
air tangan ibu dalam masakan mampu mempengaruhi tingkah laku dan peribadi
anak-anak.
SOALAN ( :KERJAYA (halaman 203)
Anda berminat untuk menulis rencana tentang masalah
siswazah yang menganggur dan hanya
berminat untuk bekerja makan gaji selepas menamatkan pengajian.
Tulis rencana tersebut selengkapnya.
|
Cadangan Idea
1. Sikap mahasiswa
sebegini amat merugikan. Mereka perlu mencari alternatif seperti
melibatkan diri dalam bidang
keusahawanan. Bidang keusahawanan perlu
diteroka oleh siswazah kerana bidang ini mampu memberikan pulangan lumayan.
Contohnya program
Pembangunan Usahawan Siswazah PPUS. PPUS adalah
merupakan program strategik TEKUN Nasional bersama-sama dengan Institut
Pengajian Tinggi ( IPT ) di negara ini untuk menggalakkan penyertaan para
siswazah dalam bidang perniagaan dan keusahawanan. Program ini adalah merupakan
satu inisiatif pembiayaan berinovatif ( Innovative Financing ) yang melibatkan
pewujudan peluang peniagaan, latihan & pembiayaan pinjaman secara berpakej.
2. Siswazah harus membuat anjakan paradigm. Sikap
malas berusaha dan hanya berharap akan mendapat tawaran kerja makan gaji harus
dikikis. Siswazah perlu mengambil kesempatan untuk mengikuti pelbagai latihan
keusahawan yang dianjurkan oleh pelbagai agensi.
Contohnya, program
khas untuk siswazah muda iaitu siswazah perantis
untuk membantu graduan Bumiputera yang menganggur memiliki kemahiran dalam menguruskan per niagaan melalui program
latihan sangkut di syarikat-syarikat naungan PUNB. Peserta akan mendapat
pendedahan tentang pembelajaran sebenar pengurusan perniagaan selain daripada kursus
dan teori.
3. Siswazah
harus mengambil peluang daripada pelbagai skim bantuan dan insentif untuk siswazah meneroka bidang pertanian dan ternakan.
Contohnya,
Skim Usahawan
Tani Komersil Siswazah yang objektifnya untuk
mengurangkan kadar pengangguran di kalangan siswazah dan mewujudkan siswazah
tani komersial .Program yang layak dibiayai termasuklah Aktiviti pengeluaran dan pemprosesan makanan merangkumi tanaman,
perikanan dan ternakan, aktiviti huluan
berkaitan dengan pengeluaran makanan seperti pengeluaran benih ikan dan
pengeluaran makanan ternakan.Pembiayaan merangkumi modal tetap dan modal kerja.
4.
Siswazah seharusnya
mengambil kesempatan untuk mengambil
kesempatan daripada ledakan teknologi maklumat untuk meneroka peluang
perniagaan secara online mengikut kemahiran dan minat mereka dalam bidang
tertentu, Contohnya , jika siswazah mempunyai hobi dan minat berfesyen, mereka
boleh memulakan perniagaan pakaian atas
talian. Siswazah yang mempunyai kemahiran menulis juga boleh memikirkan untuk menjadi blogger sepenuh masa yang dapat memberikan pulangan yang agak
lumayan .
Bangunan
bersejarah tinggalan penjajah pada zaman penjajahan perlu dikekalkan kerana
mempunyai nilai warisan yang tinggi.
Jelaskan kelebihan-kelebihan bangunan bersejarah tersebut.
|
Cadangan Idea
- Bangunan
tersebut mempunyai nilai kesenian dan estetika. Seni bina bangunan-bangunan ini
halus dan bercorakkan budaya bangsa, contohnya, ukiran pada dinding kayu rumah
Melayu Kutai di Perak yang cantik dan harmoni. Secara tidak langsung, pelawat
dapat menghayati kehalusan dan kreativiti seni bina negara kita pada zaman
dahulu. Ukiran pada dinding batu dan kayu di dalam bangunan bersejarah ini pula
memaparkan corak budaya masa silam.
-Kesan tinggalan sejarah yang menggambarkan peristiwa
bersejarah yang berlaku di tempat itu. Kunjungan ke Kota A Famosa misalnya,
membolehkan para pelancong membayangkan peperangan dan pertumpahan darah ketika
rakyat Melaka menentang Portugis. Bagi murid-murid pula, kunjungan ke tempat
itu menarik minat mereka terhadap pembelajaran sejarah negara. Sesungguhnya,
cara pembelajaran seperti ini amat berkesan.
- Nilai ekonomi yang tinggi. Kunjungan pelancong tempatan
mahupun pelancong asing ke Kota Cornwallis di Pulau Pinang dan bangunan Sultan
Abdul Samad di Kuala Lumpur misalnya, dapat membantu perkembangan industri
pelancongan melalui pengaliran wang asing masuk ke negara ini. Hal ini
seterusnya dapat meningkatkan pendapatan negara
-Lawatan
ke bangunan-bangunan bersejarah juga memberi pengajaran kepada para pelancong.
Contohnya, pelancong tempatan yang melawat Bangunan Abdul Samad di ibu negara
akan menyedari pahit maung yang dialami oleh rakyat sewaktu berjuang menentang
penubuhan Malayan Union dan menuntut kemerdekaan. Hal ini akan menjadikan
mereka lebih menghargai keamanan dan kebebasan yang dinikmati selama ini.
Selain itu, mereka akan sentiasa berwaspada agar kesilapan silam tidak akan
berulang dan seterusnya dapat memupuk patriotisme dalam diri mereka.
SOALAN 11 :INDUSRTI PELANCONGAN DI MALAYSIA (Halaman 249)
Industri pelancongan di negara kita merupakan antara penyumbang
utama dalam bidang ekonomi dan hal ini penting untuk memajukan negara.
Huraikan sumbangan-sumbangan industri pelancongan terhadap kemajuan negara.
|
Cadangan Idea.
-Pelancongan menjana pendapatan besar kepada negara
kerana dapat menggalakkan dan menambahkan pertukaran wang asing dan menarik
lebih ramai pelabur asing. Pertukaran wang asing dapat memberikan sumber kepada
industri pelancongan dan mampu mempamerkan prestasi yang lebih baik berbanding
dengan eksport automobil dan barangan elektrik. Pelabur asing, pakar runding dan kakitangan
syarikat multinasional yang berurusan di negara ini juga akan tertarik dengan
kemajuan ekonomi negara yang pesat. Kawasan Lembah Kelang telah lama menjadi
tumpuan kerana terdapatnya ibu pejabat institusi kewangan antarabangsa dan
syarikat teknologi tinggi. Begitu juga dengan pembangunan pusat kewangan
pesisir Labuan dan projek Iskandar Malaysia di Johor. Dengan promosi dan
tawaran pakej pelancongan yang menarik, ekspetariat asing tentu akan membawa
anggota keluarga melancong ke nagara ini, selain cerita mulut ke mulut dan
rangkaian maya seperti facebook dan twitter tentang pengalaman indah berkunjung
ke Malaysia.
-Pelancongan membuka lebih banyak peluang
pekerjaan.Pelancongan berkonsep pengembaraan dan santai melalui penerokaan alam
semula jadi di Malaysia telah
merancakkan perkembangan sektor perkhidmatan, serta perusahaan kecil dan
sederhana. Agensi pelancongan berdaftar, penyedia penginapan, operator
pengangkutan, sajian makanan, cenderamata, kraf tangan dan pemandu pelancong
bebas tidak menang tangan dalam melayan keperluan pelancong.
--Pelancongan memperkenalkan Malaysia di
mata dunia. Malaysia memiliki sejarah pembentukan negara bangsa yang
sangat unik. Kepelbagaian budaya dan etnik sama ada di tanah Semenanjung atau
Malaysia Timur menjadi modal yang sangat berharga kepada sektor pelancongan.
Melaka Bandaraya Bersejarah sebagai contoh hanyalah sebuah bandar yang lengang
dan sepi pada suatu ketika dahulu. Pemuliharaan bangunan bersejarah seperti A
Farmosa, deretan premis cat merah tinggalan Belanda dan lokasi pengisytiharan
kemerdekaan di Bandar Hilir dan banyak lagi telah meletakkan Melaka di peta
pelancongan dunia, lebih-lebih lagi dengan status tapak warisan dunia yang
dianugerahkan oleh Unesco. Monumen sejarah bersekali dengan maklumat yang
disediakan menjadikan Malaysia lebih berbaloi untuk dikunjungi.
4. - Pelancongan
membolehkan Malaysia memajukan sektor pengajian tinggi dan hospital pakar
swasta. Promosi seberang laut yang agresif telah menjadikan sebagai salah satu
destinasi pelancongan untuk tujuan pendidikan dan kesihatan. Program pertukaran
pelajar antarabangsa akan memberi impak positif dalam jangka panjang kepada
sektor pelancongan. Ketibaan pesakit dan kaum keluarga bagi mendapatkan rawatan
pakar dengan kos yang berdaya saing menyumbang terhadap permintaan barang dan
perkhidmatan tempatan oleh warga asing. Pembukaan kampus perubatan John Hopkins
baru-baru ini menunjukkan kepercayaan universiti terkemuka dunia itu tentang
prospek bidang rawatan di Malaysia. Maka, ketibaan pelajar asing dan pelancong
kesihatan dijangka meningkat secara drastik.
- Penganjuran acara sukan bertaraf dunia dan
persidangan antarabangsa juga meletakkan Malaysia di peta pelancongan sukan dan
forum. Acara sukan pemotoran F1, Monsoon Cup kejohanan golf dan tenis terbuka Malaysia, dan Le Tour de Langkawi sebagai contoh telah menggamit kehadiran
penyokong-penyokong bintang sukan antarabangsa ke Malaysia. Perbelanjaan
pelancong sukan untuk pembelian tiket, makanan, penginapan dan cenderamata,
serta hak iklan dan siaran telah menjana pendapatan bernilai bilion ringgit.
Sekali pelancong sukan tertawan dengan keindahan alam dan budi bahasa
masyarakat Malaysia, mereka pasti datang lagi.
-Begitu juga dengan pembinaan
pusat konvensyen seperti Pusat Konvensyen Antarabangsa Kuala Lumpur (KLCC),
Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan dewan persidangan hotel
bertaraf lima bintang telah merancakkan ketibaan pelancong yang gemar menyertai
perbincangan peringkat tinggi serta acara-acara korporat antarabangsa.
Kesempatan mempromosi destinasi pelancongan negara untuk semua peserta dan
penyokong mereka akan menyumbang terhadap kepesatan sektor pelancongan negara
dalam jangka panjang.
Comments
Post a Comment