Teks Forum Remaja SMK TINGGI KLANG 2014- TEKNOLOGI HIJAU
Memori melatih pasukan Forum Remaja yang tumpas dalam pertandingan akhir agak pahit juga rasanya. Setelah berhempas pulas selama lebih tiga bulan kami yang awalnya menyandang Johan Zon A1 Daerah Klang hanya meraih tempat keempat .
Sebaik menjadi Johan peringkat Zon, dengan tajuk Teknologi Hijau : Peranan Remaja Dituntut, ada peserta forum menyatakan ada rakan-rakan dari sekolah lain berminat dan minta meminjam skrip Forum tersebut. Oleh sebab saya berhasrat untuk menggunakan semula skrip tersebut pada tahun ini, saya tidak memberikan keizinan kepada pelajar untuk berkongsi skrip tersebut dengan pelajar sekolah lain.
Bagaimanapun, kami memilih tajuk lain iaitu sains dan teknologi pada tahun ini dan skrip yang baharu telah dijana, maka saya berhasrat untuk berkongsi skrip tahun lepas dengan pembaca blog dan semua pelajar serta guru di segenap pelosok negara...Silakan...
PERANAN REMAJA DALAM PENGGUNAAN TEKNOLOGI HIJAU
Bagaimapun teks forum ini agak panjang dan melewati masa 20 minit, jadi kami telah membuat perubahan beberapa kali.
Semoga teks ini dapat dimanfaatkan dan dijadikan panduan untuk para pelajar yang berminat menyertai Pertandingan Forum Remaja,
Pasukan Forum STK 2014 dalam Pertandingan Forum Akhir di Dewan SMK Raja Lumu , Pelabuhan Klang. |
Bagaimanapun, kami memilih tajuk lain iaitu sains dan teknologi pada tahun ini dan skrip yang baharu telah dijana, maka saya berhasrat untuk berkongsi skrip tahun lepas dengan pembaca blog dan semua pelajar serta guru di segenap pelosok negara...Silakan...
PERANAN REMAJA DALAM PENGGUNAAN TEKNOLOGI HIJAU
PENGERUSI :
AHLI PANEL PERTAMA :
AHLI PANEL KEDUA
:
AHLI PANEL KETIGA :
PEMBICARA
|
SKRIP
|
PENGERUSI
|
Percubaan Pertama,
Forum remaja penjana minda kelas
pertama
|
AHLI PANEL 1
|
Percubaan kedua, Forum
remaja pencetus minda remaja kritis.
|
AHLI PANEL 2
|
Percubaan ketiga ,Forum remaja pencetus minda remaja kreatif.
|
AHLI PANEL 3
|
Percubaan keempat
,Forum remaja penjana kelahiran generasi berinformasi.
|
SEMUA
|
Forum remaja pemangkin kecemerlangan budaya masyarakat berilmu.
|
Pengerusi
|
Bismillahirahmannirrahim
Alhamdulillahirabbilalamin
Wassolatuwassalamu ala
asrafil ambiyai wal mursalin
Wa ala alihi wasahbihi
ajmain
Assalamualaikum
warahmatullahitaalahiwabarakatuh,
Salam sejahtera, salam satu
Malaysia,
Ahli panel dan sidang hadirin yang dirahmati Allah
Segala puji-pujian ke hadrat Allah
Subhanahu Wataala kerana dengan limpah kurnia
dan izin-Nya dapat kita bersama-sama bersua dalam pertandingan forum
remaja peringkat daerah Klang pada
pagi nirmala yang bening lagi ceria
ini
Hadirin yang dihormati
Sebelum saya memperkenalkan ahli-ahli
panel kita yang segak-segak lagi tampan bergaya pada hari ini, izinkan
saya untuk mengupas terlebih
dahulu tajuk forum remaja kita pada hari ini.
Tajuk forum kita berkisar tema alam sekitar iaitu peranan Remaja dalam penggunaan teknologi hijau.
Dunia marcapada menyaksikan kita
berhadapan dengan senario kemelut alam sekitar yang mengancam dunia amnya dan
umat manusia khususnya. Dalam hal
ini ,remaja sebagai generasi pelapis kepimpinan negara seyogianya turut
dituntut untuk bergerak seiring
dengan ahli masyarakat yang lain demi merealisasikan aplikasi teknologi hijau
di negara kita.
Pada hari ini, perubahan iklim dunia
berlaku secara mendadak dan tidak menentu
sehingga mengancam kehidupan manusia . Perubahan cuaca global ini
juga menjejaskan kelestarian alam sekitar dan mengundang bencana alam .
Kenaikan aras laut, kenipisan lapisan
ozon, pencairan bongkah ais, kejadian ribut dan gempa bumi adalah antara fenomena yang menakutkan umat sejagat.
Seandainya, tindakan proaktif dan
progresif tidak dilaksanakan secara
tekal , dunia akan musnah dalam
musibah alam angkara manusia.
Dalam hal ini, peranan remaja turut
dituntut. Kata orang tua-tua, ‘yang bulat tidak akan datang bergolek dan
yang pipih tidak akan datang melayang”
. Justeru ,remaja seyogianya
tidak terus-terusan mendakap tubuh
tanpa sebarang inisiatif , sebaliknya, ramaja harus bangkit untuk turut memainkkan peranan menyokong
sebarang prakarsa bagi
mengatasi masalah alam sekitar dengan pengaplikasian teknologi hijau dalam kehidupan seharian .
Baiklah sidang hadirin, sebelum kita
menelusuri lebih mendalam topik
perbincangan molek kiranya kita berkenalan
dengan ketiga-tiga ahli
panel kita pada hari ini.
Di sebelah kanan saya,
saudara............................................yang merupakan ahli panel
yang pertama, selamat datang saudara, apa khabar ?
|
Ahli panel 1
|
Terima kasih saudara
pengerusi, Alhamdulillah, saya baik-baik sahaja .
|
Pengerusi
|
Seterusnya,
saya perkenalkan ahli panel kedua, yang berada di sebelah saudara ahli panel pertama iaitu saudara.....................................................,
selamat datang saudara
Saudara....................................................apa
khabar ?
|
Ahli panel 2
|
Alhamdulillah, khabar baik
saudara pengerusi.
|
Pengerusi
|
Berada di sebelah ahli panel kedua, tak
lain tak bukan tentulah ahli panel kita yang ketiga iaitu
saudara.......................................................... Walaupun
Nampak pemalu, namun petah bicaranya. Apa
khabar saudara?
|
Ahli Panel 3
|
Alhamdulillah, saya berada dalam keadaan
yang baik,maka saya berada di sini bersama saudara dan para hadirin. Salam
forum buat semua.
|
Pengerusi
|
Usai salam perkenalan daripada semua ahli
panel,kembali kita kepada topik forum
kita tentang peranan remaja dalam penggunaan teknologi hijau.
Sidang hadirin yang dihormati
Sidang
hadirin, Apakah sebenarnya teknologi hijau dan sejauh manakah remaja diberikan pendedahan tentang konsep
teknologi hijau ?. Bagi menjawab persoalan ini, izinkan saya
mengajukan soalan pertama kepada ahli panel pertama.
Saudara................................., mohon saudara memberikan penjelasan
tentang maksud atau konsep teknologi
hijau .Silakan saudara.
|
Ahli panel 1
|
Terima kasih saudara
Pengerusi .
Bismillahirahmanirrahin
Terima kasih saudara
pengerusi
Assalamualaikun dan salam sejahtera kepada siding
hadirin yang dihormati
Takrif
teknologi hijau yang saya petik daripada portal Profil Malaysia iaitu
pmr. penerangan.gov. my/indek php/alam sekitar /485 teknologi hijau ialah pembangunan dan aplikasi produk, peralatan
serta sistem untuk memelihara alam
semula jadi dan meminimumkan atau
mengurangkan kesan negatif daripada
aktiviti manusia..
Teknologi ini dijangka dapat membantu
meminimumkan degrasi kualiti persekitaran iaitu mempunyai pembebasan gas
rumah hijau GHG yang rendah atau sifar.
Apa yang menariknya ya saudara pengerusi dan sidang hadirin, teknologi
hijau ini juga selamat digunakan untuk menyediakan
persekitaran yang lebih sihat dan lebih baik untuk semua hidupan. Hal
ini demikian kerana teknologi
ini merupakan teknologi rendah
karbon dan lebih mesra alam
berbanding teknologi sedia ada
Sehubungan dengan itu, teknologi
tersebut juga mestilah membantu usaha
menjimatkan tenaga dan sumber asli
serta menggalakkan sumber yang dapat diperbaharui.
Teknologi hijau ini selaras dengan
pembangunan mapan iaitu pembangunan
yang dilaksanakan perlu memenuhi keperluan semasa tanpa perlu menjejaskan
keperluan generasi masa depan.
Dalam erti kata lain, kita turut
bertanggungjawab memastikan generasi akan datang dapat menikmati kualiti
kehidupan sebagaimana yang kita
nlkmati atau yang lebih baik daripada yang kita peroleh pada hari ini dengan
aplikasi teknologi hijau.
Menurut laman
web Wikipedia Bahasa Melayu, antara contoh bidang tumpuanTeknologi hijau ialah, yang pertama tenaga sumber alam semula jadi. Isu penting dalam teknologi ini ialah
pembangunan bahan bakar alternatif atau sumber tenaga yang boleh
diperoleh. Contohnya ialah penggantian arang batu sebagai bahan bakar
yang tidak mesra alam dan penggunaan
kereta hybrid
Tumpuan yang kedua ialah bangunan hijau yang merangkumi semua tahap
pembangunan iaitu daripada pemilihan
bahan bangunan kepada pemilihan
lokasi bangunan. Tamsilnya ialah penggunaan sistem solar dan sistem ventilator untuk mengurangkan haba di dalam bangunan
seterusnya mengurangkan penggunaan tenaga
Tumpuan yang ketiga pula ialah bidang
nanoteknologi hijau melibatikan
manipulasi bahan pada skala nano meter atau pe milymeter. Bidang ini mungkin melibatkan penambahbaikkan
dalam aktiviti kitar semula.
Bidang tumpuan yang keempat ialah
alamtologi iaitu satu teknologi yang jelas mengikut fitrah alam dan kita
hanya mengembangkannya mengikut susunan yang lebih teratur. Pada pendapat saya bidang tumpuan inilah
yang paling mudah dikaitkan dengan penglbatan atau peranan remaja.
Setakat ini sahaja saudara
pengerusi tentang takrif teknologi hijau. Saya serahkan semula
kepada saudara pengerusi. Terima kasih.
|
Pengerusi
|
Sidang hadirin, demikian tadi penjelasan tentang takrif
teknologi hijau yang pada pandangan
saya merupakan penjelasan terperinci
dan menarik daripada saudara ahli panel pertama. Seterusnya, saya mohon penjelasan daripada ahli panel kedua,saudara..........................................
tentang persoalan sejauh
manakah remaja mendapat pendedahan dan mempunyai pengetahuan sedia ada
tentang teknologi hijau ?
|
Ahli panel 2
|
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Terima kasih Saudara pengerusi
.
Sidang hadirin yang dihormati.
Saya berani menegaskan di sini bahawa
golongan remaja sememangnya mempunyai pengetahuan sedia ada tentang teknologi hijau yang
akan membantu remaja mengamalkan budaya hijau dalam kehidupan
seharian. Hal ini demikian kerana golongan remaja di negara kita rata-ratanya
merupakan remaja yang sekurang-kurangnya mendapat pendidikan sehingga di peringkat Sijil pelajaran
Malaysia. Remaja yang bersekolah sudah pasti akan secara langsung memperoleh pengetahuan tentang teknologi
hijau melalui sukatan pelajaran yang menerapkan pendidikan alam sekitar.
Menurut kertas kerja yang dibentangkan dalam
Seminar Kejuruteraan dan alam sekitar UKM pada tahun 2009 menyebutkan bahawa Dasar Alam Sekitar Negara ditubuhkan pada
tahun 2002. Pendidikan dan kesedaran alam sekitar terdapat dalam Strategi
hijau Malaysia. Salah satu komponen
yang digariskan ialah alam sekitar
dan pembangunan akan diintegrasikan
ke dalam aktiviti pendidikan dari peringkat rendah sehingga ke
peringkat institusi pengajian tinggi.
Pendidikan Alam sekitar merentas
kurikulum dan kokurilkulum dilaksanakan di sekolah. Proses pembelajaran dan pengajaran tentang
alam sekitar berlangsung dalam
beberapa mata pelajaran seperti Sains,
Pendidikan Moral, Sivik,Geografi dan Bahasa Melayu. Proses ini dijalankan melalui aktiviti luar
bilik darjah melallui kelab Pencinta Alam, kelab Kembara dan aktiviti badan
beruniform seperti pengakap .
Bukan itu sahaja, daripada informasi yang saya peroleh melalui laman web UKM.my/lestari/en/slas, Jabatan
Alam sekitar telah menyemarakkan
budaya hijau melalui pengaugerahan Sekolah Lestari. Melalui program ini pelajar diperkenalkan
dengan beberapa teknologi hijau
seperti program kitar semula. Antara
aktiviti yang dijalankan ialah pelajar digalakkan menghasilkan barangan
kreatif daripada bahan kitar semula.
Oleh itu, rasa-rasanya , kita, golongan remaja ini tidak menghadapi masalah untuk
mengaplikasikan atau mengguna pakai teknologi ini dalam kehidupan seharian
saudara pengerusi dan sidang hadirin yang dihormati .
|
Pengerusi
|
Terima kasih atas penjelasan yang panjang lebar berhubung pengetahuan sedia ada golongan remaja
tentang teknologi hijau .
Saya yakin dengan pendidikan alam sekitar yang dilaksanakan dari peringkat sekolah ke
peringkat Iinstitusi pengajian tinggi
akan melahirkan pelajar yang cakna
akan kepentingan melestarikan alam sekitar. Selanjutnya., fenomena ini
akan membantu dalam pengaplikasian teknologi hijau dalam kalangan
remaja.
Oleh itu, soalan saya yang seterusnya
kepada ahli panel ketiga,
saudara...............................................bagaimanakah remaja
dapat membantu dalam aplikasi teknologi hijau ini ?. Dipersilakan ahli panel ketiga untuk
menjawab persoalan ini
|
Ahli panel 3
|
Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Terima kasih Saudara
pengerusi.
Sahabat-sahabat ahli panel dan sidang hadirin
yang dihormati.
Persoalan , bagaimanakah remaja dapat
memainkan peranan dalam teknologi hijau ini merupakan persoalan yang menarik. Apabila membicarakan tentang teknologi hijau
, kedengarannya teknologi ini agak kompleks dan mencabar untuk
direalisaikan.
Peribahasa Melayu menyatakan hendak seribu daya tak hendak seribu dalih.. Remaja sebenarnya mampu
memainkan peranan berkesan asalkan mempunyai kesedaran alam sekitar yang
tinggi dan mempunya iltizam serta rasartanggungjawab untuk melestarikan alam sekitar
Remaja yang mempunyai kesedaran alam
sekitar menyedari bahawa manusia dicipta oleh Allah SWT
sebagai khalifah yang ditugaskan untuk mentadbir dan
memakmurkan alam . Surah Hud ayat 61
bermaksud “Dialah yang menjadikan kamu daripada bahan-bahan bumi serta
menghendaki kamu memakmurkannya “
Selanjutnya,isebagai pemimpin masa
depan dan bakal mewarisi bumi ini, remaja perlu memahami dan mendukung konsep teknologi hijau ini.
Remaja boleh mempraktikkannya dari rumah, bermula dalam lingkungan keluarga
dan rakan. Tentu ada antara kita yang pernah
melihat atau didedahkan kepada kempen
pembuangan sampah dan kitar semula
melalui penyediaan empat tong
sampah berasingan di hampir setiap
kawasan kejiranan
Persoalannya, adakah kita faham sebab plastik,
kaca, kertas dan sisa makanan perlu diletakkan ke dalam tong yang berbeza? Sejauh manakah pula kita mempraktikkannya ?.
Saudara
pengerusi dan sidang hadirin.
Sebenarnya , inilah antara usaha dan contoh
mudah ke arah penggunaan teknologi hijau . Botol, kaca dan kertas boleh
dikitar semula. Konsep pengasingan sampah ini juga boleh mendatangkan hasil
jika remaja bijak menggunakan kesempatan i ni. Botol, kaca, tin minuman dan
kertas surat khabar serta majalah di rumah boleh dijual kepada pengusaha kitar semula daripada dibuang begitu sahaja untuk
mendapatkan duit poket.
Dengan cara ini remaja bukan sahaja
membantu ke arah teknologi hijau , malah remaja tidak terlalu bergantung
kepada keluarga selain mengajar remaja berdikari dan menghargai setiap sen
yang diperoleh.
Setakat ini sahaja saudara
pengerusi. Terima kasih.
|
Pengerusi
|
Terima kasih
saudara..........................................................ahli panel
kita yang ketiga.
Ya
sidang hadirin yang dihormati dan
dirahmati Allah. Kita masih lagi berada dalam majlis
Forum remaja tahun 2014 di dewan SMK
Klang utama yang ceria dan indah ini.
Pada ketika dan saat ini, kita masih
lagi mengupas tajuk peranan remaja
dalam teknologi hijau.
Selamat datang kepada saudara dan saudari yang baharu mengambil
tempat di dewan ini. Kita teruskan
bual bicara kita pada hari yang berbahagia ini. Saya
tertarik dengan pendapat semua ahli panel kita yang
membayangkan ahli-ahli
panel terdiri daripada para remaja
yang berinformasi tentang teknologi hijau ini . Yang pasti saudara sekalian tentu telah mula
memainkan peranan masing-masing ke arah pemantapan teknologi
hijau. Bukan begitu ahli-ahli panel kita ?
|
Ahli panel 1 2. 3
|
(Masing-masing mengangguk
dan tersenyum apabila pengerusi
memandang ke a rah ahli panel seorang demi seorang
|
Ahli panel 1
|
Ya sudah pasti saudara
pengerusi.
Kita perlu melibatkan diri dalam pelbagai program yang berkaitan
dengan teknologi hijau . Kita harus
cakna bahawa penggunaan teknologi hijau ini telah lama diteroka oleh negara
maju untuk memelihara alam semula jadi atau melestarikan alam.
Faedahnya begitu banyak seperti
meningkatkan produktiviti sumber
semula jadi dan populasi serta mengurangkan perbelanjaan kerajaan untk
merawat setiap pencemaran yang berlaku.
Di negara kita beberapa usaha telahpun
digerakkan oleh pihak kerajaan dalam menangani isu global seperti
pencemaran alam sekitar, penipisan
lapisan ozon, pemanasan global dan isu yang berkaitan dengannya.
Antara langkah yang diambil oleh kerajaan termasuklah menstrukturkan semula dan menambah fungsi beberapa
kementerian dengan mewujudkan
Kementerian Tenaga Teknologi Hijau dan
Air yang sebelum ini dikenali sebagai
Kementerian Tenaga, Komunikasi dan Multimedia .
Usaha - usaha tersebut jelas
menunjukkan keseriusan Malaysia dalam
melindungi alam sekitar. Yang paling penting adalah untuk mengajak rakyat termasuk golongan remaja bersama-sama melakukan sesuatu bagi
melindungi alam sekitar daripada terus
dicemarkan semula. .
|
Ahli panel 2
|
Saudara
pengerusi, izikan saya menyuarakan buah fikiran tambahan berdasarkan ulasan saudara ahli panel yang
pertama tadi.
|
Pengerusi
|
Silakan
saudara..........................................Kita masih lagi membicarakan
tentang peranan yang boleh dimainkan oleh remaja dalam aplikasi tenaga hijau.
|
Ahli Panel 2
|
Terima kasih saudara
pengerusi.
Sebagai
mana yang diperkatakan oleh ahli panel
pertama tadi, kerajaan begitu serius dalam memantapkan teknologi hijau di
negara kita kerana kesan minimum teknologi hijau terhadap alam sekitar
berbanding teknologi sedia ada. Oleh itu, peranan remaja seyogianya sangat
dituntut kerana remaja merupakan tonggak kepimpinan negara dan pewaris bumi
pada masa akan datang.
Usaha kerajaan tidak membawa sebarang makna, ibarat menyiram air
di daun keladi atau mencurah garam ke dalam laut jika kita semua tidak
menukar minda dan tidak mahu membuat sebarang perubahan untuk memelihara dan
memulihara alam kita.
Antara usaha yang pernah saya dan rakan-rakan ahli panel lakukan
dalam membantu kerajaan melaksanakan dasar teknologi hijau ialah
memanfaatkan masa terluang kami
menyertai aktiviti kelab
Pencinta Alam sama ada di sekolah, mahupun yang melibatkan badan bukan
kerajaan (NGO).
Selaku Pengerusi kelab Pencinta Alam di
sekolah, saya bersama ahli-ahli persatuan telah membantu pihak sekolah dalam projek 1 Pelajar 1 pokok. Setiap
pelajar perlu mendermakan sepohon pokok kepada pihak sekolah dengan objektif serampang 3 mata iaitu
memperindah kawasan sekolah, menyamankan kawasan sekolah dan menyemai semangat cinta akan alam
sekitar dalam kalangan pelajar.
Alhamdulillah , sekarang ini sekolah
kami telah bertukar
menjadi sekolah dalam taman dan sedang berusaha untuk
meraih kedudukan sebagai sekolah
lestari, program yang dilaksanakan oleh Unit Sekolah, Seksyen Promosi
Pendidikan dan kesedaran Alam Sekitar, Bahagian Komunikasi Strategik, Jabatan Alam
Sekitar.
Terima
kasih, kembali kepada saudara
pengerusi forum.
|
Penerusi
|
Terima kasih kepada ahli panel kedua,
saudara.....................................kerana sudi berkongsi pengalaman
beliau berhubung peranan beliau dalam
projek 1 pelajar 1 pokok yang saya kira merupakan antara prakarsa perdana ke arah
teknologi hijau.
Penghijauan bumi akan membantu mengurangkan kesan rumah hijau kerana suhu di kawasan persekitaran menjadi
lebih dingin, seterusnya mengurangkan pergantungan terhadap penggunaan tenaga yang selama ini membantu proses pendinginan hawa seperti kipas elektrik dan
penyaman udara.
Nampaknya dua orang ahli panel kita telah berkongsi pengalaman
mereka dalam projek hijau, saya
percaya, Bukan sahaja diri saya , malah sidang hadirin juga turut ingin mendengar pengalaman ahli panel kita yang ketiga
iaitu saudara.......................................,........silakan saudara.
|
Ahli panel 3
|
Terima kasih saudara pengerusi majlis
Ahli
panel dan sidang hadirin yang
dihormati
Sebagai remaja yang masih berada dalam
jagaan ibu bapa, saya sangat terkesan dengan sikap kedua ibu
bapa saya yang sangat menitikberatkan peri pentingnya
kita melestarikan alam sekitar.
Ibu bapa saya merupakan suri teladan yang
menyemarakkan semangat cinta akan alam sekitar sejak saya kecil. Saya diasuh untuk melaksanakan projek kitar semula di rumah.
Ayah mengecat 4 buah tong sampah dengan
warna berasingan agar saya dan tiga adik beradik saya yang lain. Ayah
kemudiannya menjual barang kitar semula ke pusat kitar semula dan wangnya di
bahagikan kepada kami empat beradik.
Kami juga digalakkan menyertai aktiviti
NGO yang berkaitan dengan aktiviti
pencinta alam. Pada bulan November tahun lepas saya menyertai projek
kolaboratif antara Pensatuan Pencinta
Alam Malaysia(MNS) dengan Petronas di Pulau Tioman.
Di sana kami menyertai projek
menyelamatkan batu karang dan
menyertai bengkel mengelakkan pencemaran laut.
Menyertai aktiviti sedemikian memberikan pengetahuan dan pengalaman
serta menimbulkan kesedaran tentang kepentingan menjaga alam sekitar.
Selain itu kami juga diberikan
pendedahan tentang teknologi hjau dan beberapa bidang kerjaya yang boleh kami
ceburi dalam teknologi hijau pada masa akan datang.
Satu lagi peranan yang kita sebagai
remaja boleh melaksanakannya sebagai menyokong
teknologi hijau ialah menyokong
‘earh hour’ yang mula dilancarkan oleh Tabung Alam Sedunia(WWF) pada tahun
. Baru-baru ini iaitu lebih kurang
29 hari yang lepas pada tanggal 29 Mac 2014. ‘Earth hour’ telah
berlangsung.
Pada malam tersebut , seluruh
dunia diseru mematikan lampu dan peralatan elektrik yang tidak digunakan
selama 1 Jam. Program ini
dilaksanakan untuk membangkitkan kesedaran tentang perubahan iklim dunia.
Sekian sahaja , kembali
kepada saudara pengerusi forum
|
Pengerusi
|
Terima
kasih saudara......................................................ahli
panel kita yang ketiga . kita masih
lagi membicarakan tentang
peranan remaja dalam teknologi
hijau
Saya memang tertarik dengan pandangan saudara tentang peranan ibu bapa
dalam mendidik anak-anak agar anak-anak akan sentiasa menghargai alam dengan
mendorong mereka menyertai program
hijau .
Sehubungan
dengan itu, ibu bapa juga perlu
menjadi suri teladan kepada anak-anak. ‘Bagaimana acuan, begitulah kuihnya’, ‘ bapa borek anak rintik’,
‘ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke
nasi’ demikian antara peribahasa tentang
ampuhnya pengaruh ibu bapa terhadap anak-anak. Jelaslah di sini bahawa Ibu bapa perlu menunjukkan teladan kepada anak-anak
dalam melahirkan rasa cakna dan peka
terhadap alam sekitar.
Jika ibu bapa sebagai orang dewasa
melakukan sebaliknya, contohnya
melakukan pembakaran terbuka
atau membuang sampah di merata-rata tempat
di depan anak-anak, maka usah
diharapkan anak-anak akan membesar menjadi insan yang akan melibatkan diri
dalam teknologi hijau. Sikap ibu bapa yang sebegini bertepatan dengan
peribahasa ‘bagaikan ketam mengajar anaknya berjalan betul’.
Ahli panel dan sidang hadirin yang dihormati
Demikian
tadi, perbincangan menarik berhubung
peranan kita, peranan remaja dalam teknolgi hijau , teknologi yang menyumbang
terhadap pembangunan mapan dan kelestarian alam sekitar.
Selanjutnya, sebelum mengakhiri perbincangan,saya ingin
memperpersilakan ahli-ahli panel kita merumuskan topik perbincangan kita pada
hari ini. Silakan mana-mana ahli panel kita membuat rumusan
|
Ahli
panel 1
|
Saudara pengerusi , izinkan
saya memulakan rumusan perbincangan kita
|
Pengerusi
|
Silakan saudara.
|
Ahli
panel 1
|
Saya mohon kepada ahli panel dan sidang hadirin merenungkembali data yang saya peroleh daripada WWF
ini. Menjelang tahun 2030
penggunaan tenaga utama dunia akan menngkat 1.6 % setahun atau 45% dalam tempoh 21 tahun. Di Malaysia pula, keperluan tenaga elektrik
mencecah 18, 947 megawatt. pada tahun
2020, dan mencapai penggunaan 23 092
megawatt pada tahun tahun 2030.
Angka-angka ini menakutkan kita dan
teknologi hijau merupakan penyelesaiannya. Sudahkah kita golongan remaja
bersedia menyahut cabaran ini ? Bukan
setakat mempunyai kesedaran alam sekitar semata-mata, malah menjadi sumber
modal insan berkualiti menggerakkan teknologi hijau. Terlalu banyak sumber
semula jadi mesra alam yang perlu diperbaharui seperti solar, angin, mini hidro dan geotermal menggantikan minyak dan arang .
Justeru, marilah kita membantu
menyelamatkan bumi ini dengan menjadi salah seorang penggerak teknologi hijau
dan bukan setakat menjadi pengguna
sahaja. Sesungguhnya,negara dan dunia memerlukan kita untuk
menyelamatkan bumi. Renungkan dan
fikir-fikirkanlah wahai remaja sekalian.
Tuntasnya,
peranan remaja sememangnya sangat dituntut dalam merealisasikan penggunaan teknoiogi
hijau secara optimum dalam menangani pelbagai isu alam sekitar
Sekian,
wassalam. Kembali kepada saudara pengerusi
|
pengerusi
|
Terima
kasih kepada ahli panel pertama, kita dengar
pula rumusan daripada ahli panel kita yang kedua. Silakan saudara.
|
Ahli
Panel 2
|
Terima
kasih saudara pengerusi
Ahli-ahli
panel dan sidang hadirin yang dirahmati Alllah.
Pada pendapat saya, cukup jelas
kepada kita bahawa remaja
sememangnya dapat memainkan peranan
yang signifikan untuk membantu
ke arah teknologi hijau.
Seandainya,
kita dapat membentuk generasi muda
kita untuk mempunyai kesedaran yang tinggi dalam memastikan kualiti alam
sekitar tidak terjejas, saya rasa insya-Allah, generasi yang akan datang akan
dapat menikmati keindahan alam sekitar dan memperoleh pelbagai
kemaslahatan daripadanya.
Saya teringat kata-kata Sayidina Umar Al Khatab Radiaullahu anhu “Didiklah anakmu
mengikut zamannya dan bukan mengikut zamanmu” bermaksud ibu bapa seharusnya mendidik
anak-anak mengikut peredaran zaman. Justeru , dalam zaman yang menyaksikan manusia
rakus mengejar pembangunan fizikal dengan mengetepikan alam sekitar,
anak-anak perlu diddik untuk mempunyai kesedaran alam sekitar yang tinggi.
Saudara
pengerusi, saya turut bersetuju dengan
pendapat ahli panel pertama tadi agar remaja didik bukan sahaja untuk menjadi
pengguna teknologi hijau malah penggerak
dan pencipta teknologi hijau.
Kesimpulannya, remaja
merupakan aset manusia paling bernilai untuk menggerakkan aplikasi
hijau ke arah pembangunan mapan dan
pelestarian alam sekitar.
Sekian sahaja sidang
hadirin. Saya serahkan semula kepada saudara pengerusi. Wassalam.
|
Pengerusi
|
Terima
kasih kepada saudara ...................................................atas
rumusan yang menarik tadi. Saya persilakan pula ahli panel ketiga.
|
Ahli
panel 3
|
Terima
kasih saudara pengerusi kerana memberikan peluang kepada saya untuk menyampaikan
penutup bicara tentang teknologi hijau dan peranan remaja.
Saudara pengerusi, ahli panel dan sidang
hadirin yang dihormati
Saya tidak menyangkal pandangan kedua-dua rakan saya ahli panel pertama
dan kedua, justeru saya ingin membuat penambahan. Remaja hari
ini harus serius dan bersama-sama
mendukung usaha kerajaan dalam
melaksanakan teknologi hijau.
Tidak ada gunanya kerajaan memperuntukkan berbillion-billion ringgit
contohnya pada tahun 2014 sebanyak
1.84 billion untuk pelbagai program mempromosikan teknologi hijau jika remaja tidak mempunyai kesedaran alam
sekitar dan beriltizam memainkan peranan dalam pelbagai cara.
Saya berharap rakan-rakan remaja di sini ringan-ringankan tulang,
panjang-panjangkan langkah untuk menjadi sukarelawan alam sekitar pelbagai
pertubuhan pencinta alam di negara
ini. Khidmat saudara saudari diperlukan untuk menjaga kebersihan alam sekitar contohnya membantu membersihkan
sampah sarap di kawasan rekreasi seperti tepi pantai dan di kawasan air
terjun.
Akhir kata, saya ingin berkonsi ungkapan menarik yang pernah diujarkan oleh
Bapak presiden Pertama Indonesia,
Presiden Sukarno berkaitan generasi muda untuk renungan kita bersama.
Katanya” jika kita ingin melihat rupa wajah
sesuatu bangsa pada masa hadapan,
lihatlah rupa wajah anak mudanya hari ini. Jika tampak molek maka moleklah
pada masa hadapan . Namun , jika Nampak jelik, maka jeliklah bangsa itu pada
zaman mendatang
Tegasnya,
Jelaslah kepada kita bahawa
kelestarian alam sekitar melalui pembangunan teknologi hijau ini memerlukan kita golongan remaja untuk menjadikannya
kenyataan bukan sekadar impian atau harapan palsu.
Sekian
sahaja hadirin sekalian. Kembali kepada saudara pengerusi .
|
Pengerusi
|
Terima
kasih saudara................................................., ahlii panel
ketiga.
Demikian tadi rumusan perbincangan
daripada semua ahli panel kita tentang
peranan remaja dalam aplikasi teknologi
hijau.
Konklusinya, remaja memainkan peranan
yang penting untuk mempromosikan
teknologi hijau. Antara peranan yang boleh dimainkan oleh remaja adalah melalui aktiviti kitar semula yang boleh
dilakukan sama ada di rumah, di sekolah
atau di tempat awam.
Semudah memetik jari, remaja hanya perlu memasukkan sampah ke dalam tong
sampah pelbagai warna mengikut jenis
sampah.
Seterusnya, peranan remaja yang kedua melalui penyertaan dalam kegiatan alam sekitar yang dijalankan oleh
persatuan pencinta alam sama ada di
sekolah atau yang dianjurkan oleh NGO seperti MNS dan WWF,
Selain itu, remaja juga perlu menyokong segala program yang dilaksanakan
untuk mengurangan penggunaan tenaga
dan menghijaukan bumi seperti ‘Earth Hour’
yang dilancakan oleh WWF sejak
tahun 2008.
Dalam pada itu remaja disarankan menggali sedalam-dalamnya ilmu tentang
teknologi hijau agar remaja bukan setakat menjadi pengguna, malah pencipta teknologi hijau.
Terima kasih kepada semua ahli panel
yang sudi hadir untuk membicarakan peranan
remaja dalam teknologi hijau.
Semoga forum ini menjadi wadah melahirkan remaja yang cakna terhadap isu-isu
alam sekitar, selanjutnya membantu menyelamatkan bumi kita. Harapan saya
forum ini juga mampu memberikan informasi bermanfaat buat semua hadirin yang
dihormati.
Sidang hadirin yang dihormati..
Kalau
berjalan dah sampai ke batas
kalau
berkayuh dan sampai ke pulau
Kalau
mendaki dah sampai ke puncak
Kita
telah sampai kepada penghujung bicara
Entah
sireh salah sarung
Entah
kata salah tutur
Entah
maksud salah sampai
Terimalah salam, salam bersantun,
Salam yang
minta maaf, salam yang minta ampun
Saya mewakili semua ahli panel
mengucapkan setinggi-tinggi terima
kasih kepada semua hadirin yang sudi
hadir menyaksikan pertandingan Forum remaja ini.
Lantaran
keterbatasan waktu, saya mohon mengakhiri bicara ini selanjutnya mohon mengundur diri.
Sekian, wabillahitaufik wal hidayah,
wassalam mualaikum warah matullah , salam sejahtera, salam 1 Malaysia.
|
Bagaimapun teks forum ini agak panjang dan melewati masa 20 minit, jadi kami telah membuat perubahan beberapa kali.
Semoga teks ini dapat dimanfaatkan dan dijadikan panduan untuk para pelajar yang berminat menyertai Pertandingan Forum Remaja,
banyak sial.
ReplyDeletesampah tul
terima kasih
Deletetang mana yang sampah tu
JOIN NOW
ReplyDeletewww.36ASIA.com
THE BEST BETTING SITE
BOLA, CASINO, SLOT GAMES TERBESAR INDONESIA
PROMOTION :
----------------
* WELCOME BONUS NEW MEMBER 20%
* BONUS DEPOSIT DAYLY 5%
* REBATE CASINO 0.8%
* REBATE SPORTBOOK 0.75%
* REBATE SLOT GAMES 0.5%
* REBATE POKER GAMES 0.3%
* CASHBACK SPORTBOOK & COOKFIGHT 5%
* BONUS TURN OVER MONTHLY POKER
1 ID ALL GAMES :
----------------
* BOLA : Sbobet, Saba platform, Cmd368,
* CASINO : Sbobet, Gameplay, Evolution Gaming, Ebet, PlayTech, AllBet, AGasia, MicroGaming
* SLOT : Gameplay, Toptrend, PlayTech, Demacao, MicroGaming, Spadegaming, PraomaticPlay, Habanero, Joker
* POKER : IG Poker, IDN Poker
* LOTTERY : Saba platform, Seni4D
* COOKFIGHT : SV388
CONTACT :
----------------
Skype : +60109342789
Whatsapp : +60109342789
Instagram : 36Asia.com_
Line : 36Asia
ACCOUNT BANK :
----------------
BCA, MANDIRI, BNI, BRI, MAYBANK
* MINIMAL DEPOSIT : RP 30.000,-
* MINIMAL WITHDRAW : RP 50.000,-
Info lebih lanjut, Hubungin Cs kami yang Bertugas :
www.36ASIA.com
36asia
livecasino
bettingbola
bettingcasino
slotonline
slotgames
joker
playtech
tembakikan
casinoonline
sbobetbolaonline
togelonline
this creation is mine.im the original creator. 1 made it in 2015.
ReplyDelete