Penggunaan ungkapan' bombastik' yang membawa padah
Sedarsawasa ini , sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia dari segenap penjuru alam tentang isu pencemaran sungai di Malaysia....
Cikgu menemui rangkai kata dan ungkapan sebegini dalam lebih kurang 15 karangan pelajar yang cikgu semak. Sebelum ini beberapa orang rakan cikgu yang memeriksa kertas peperiksaan Bahasa Melayu Kertas 1 SPM juga pernah menceritakan pengalaman menyemak karangan beberapa pusat peperiksaan yang hampir 70 peratus pelajarnya menggunakan ungkapan ini dalam pendahuluan mereka.

Oleh sebab Cikgu tidak pernah mengajarkan ungkapan sebegini kepada pelajar, maka, cikgu bertanya kepada pelajar daripada manakah mereka memperoleh ungkapan tersebut? Sebahagian daripada mereka menyatakan ungkapan itu diajarkan oleh guru di pusat tuisyen. Persoalannya, mengapakah skrip karangan pelajar dari negeri di utara dan selatan tanahair juga mengandungi ungkapan demikian ? Sudah terang lagi bersuluh, pelajar-pelajar ini menyedut terus daripada internet tanpa mendapatkan pandangan kedua daripada guru bahasa Melayu masing-masing.
Masalahnya ,walaupun ungkapan ini agak menarik dan tidak salah ,namun ungkapan ini kurang sesuai digunakan sebagai penanda wacana yang menjadi sebahagian ayat rangsangan dalam pendahuluan karangan anda. Ungkapan ini mungkin agak sesuai jika tema karangan anda berkisar isu-isu antarabangsa yang menjadi topik diskusi hangat masyarakat seantero dunia seperti kisah tsunami yang melanda beberapa buah negara beberapa tahun yang lepas. Namun, kebanyakan guru menganggap penggunaan ungkapan sedemikian agak keterlaluan dan tidak membawa makna yang tepat.
Cikgu tidak menafikan pelajar perlu menghasilkan karangan mantap dengan penggunaan bahasa berkesan, Sudah pasti karangan yang cukup 'rempah ratus' dengan pengunaan ungkapan menarik seperti peribahasa dan kosa kata luas akan menarik hati guru pemeriksa , seterusnya 'mengundang' markah tinggi buat anda, namun aspek konteks dan kesesuaian penggunaannya dengan tema karangan juga mesti diambil kira.
Tuntasnya, dalam zaman ledakan teknologi maklumat ini, ruang untuk anda meneroka sumber ilmu menjadi lebih luas. Mencari bahan pembelajaran di internet memberikan seribu satu macam manfaat kepada pelajar. Walaupun demikian ,pelajar harus lebih bijak memilih bahan dan bertanyakan pendapat guru untuk kepastian kesesuaian bahan-bahan yang diperoleh daripada internet dengan keperluan pembelajaran.

internet kata nama khas :) terima kasih untuk penerangan, cg. artikel cg sangat cantik :)
ReplyDelete