PERIBAHASA DARI BUKU TEKS TINGKATAN 4 DAN TINGKATAN 5
1. SENARAI
PERIBAHASA YANG TERDAPAT DI DALAM BUKU TEKS TINGKATAN 4
BIL
|
PERIBAHASA
|
MAKSUD
|
1
|
Bulat air
kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat
|
Kata sepakat
yang dicapai dalam mesyuarat.
|
2
|
Darah
daging
|
Anak dan
saudara-mara daripada keturunan sendiri.
|
3
|
Berat sama
dipikul, ringan sama dijinjing
|
Mengalami
susah senang bersama-sama.
|
4
|
Meninggi diri
|
Sombong
|
5
|
Bermuka dua
|
Tidak jujur.
|
6
|
Baik hati
|
Bersikap baik
dan penyayang (suka menolong).
|
7
|
Tulang
belakang
|
Punca kekuatan
/ orang harapan
|
8
|
Bara yang
digenggam biar sampai jadi arang
|
Mengerjakan
sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan.
|
9
|
Bagai kaca
terhempas ke batu
|
Sangat sedih
atau kecewa.
|
10
|
Melentur
buluh biarlah dari rebungnya
|
Mendidik anak
biarlah sejak mereka kecil lagi.
|
11
|
Duduk sama
rendah, berdiri sama tinggi
|
Dua orang atau
dua pihak yang sama darjat dalam adat.
|
12
|
Seperti
lembu dicucuk hidung
|
Orang yang
selalu menurut kemahuan orang.
|
13
|
Yang berat
sama dipikul, yang ringan sama dijinjing
|
Bersama-sama
menghadapi atau mengerjakan sesuatu.
|
14
|
Dayung
sudah di tangan, perahu sudah di air
|
Segala-gala
yang dikehendaki sudah diperoleh.
|
15
|
Terang hati
|
Lekas pandai.
|
16
|
Rendah hati
|
Tidak sombong
|
17
|
Murah hati
|
Pemurah
|
18
|
Tak lapuk
dek hujan, tak lekang dek panas
|
Adat yang
tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh.
|
19
|
Tangan kosong
|
Hampa.
|
20
|
Mencari
jalan
|
Berikhtiar
menyelesaikan sesuatu perkara.
|
2. SENARAI
PERIBAHASA YANG TERDAPAT DI DALAM BUKU TEKS TINGKATAN 5
BIL
|
PERIBAHASA
|
MAKSUD
|
1
|
Lintah
darat
|
Peniaga yang
mengambil keuntungan yang terlalu tinggi.
|
2
|
Bagai aur
dengan tebing
|
Hubungan yang
rapat antara satu sama lain dan saling
membantu.
|
3
|
Anak dagang
|
Orang luar
yang datang menetap di sesuatu tempat
|
4
|
Hujan emas
di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri
|
Walau
bagaimanapun kelebihan di negara orang, tetap negeri sendiri lebih baik lagi.
|
5
|
Kalau takut
dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai
|
Kalau takut
berhadapan dengan penderitaan, lebih baik jangan melakukan sesuatu yang susah
|
6
|
Indah
khabar daripada rupa
|
Perkhabaran
tentang sesuatu perkara yang dilebih-lebihkan.
|
7
|
Hati gajah
sama dilapah, hati kuman sama dicecah
|
Pengagihan
yang sama banyak.
|
8
|
Bukit sama
didaki, lurah sama dituruni
|
Perhubungan
yang sangat akrab, senang susah bersama.
|
9
|
Kacang
lupakan kulit
|
Orang yang
melupakan asalnya atau orang yang pernah menolongnya setelah mendapat
kesenangan.
|
10
|
Di mana
bumi dipijak, di situ langit dijunjung
|
Menurut adat
atau peraturan di tempat yang kita diami atau tinggal.
|
11
|
Masuk
kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak
|
Menyesuaikan
diri dengan tempat dan keadaan
|
12
|
Ibarat
telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua
|
Kesilapan yang
dilakukan oleh seseorang menyebabkan orang lain yang menerima akibatnya.
|
13
|
Memerah
otak
|
Berfikir
dengan bersungguh-sungguh.
|
14
|
Kalau tidak
dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
|
Tidak akan
tercapai maksudnya kalau tidak mahu berusaha dan bersusah payah.
|
15
|
Berakit-rakit
ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang
kemudian
|
Bersusah payah
terlebih dahulu untuk mendapatkan kesenangan pada kemudian hari.
|
16
|
Yang bulat
tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang
|
Sesuatu benda
tidak akan datang tanpa usaha
|
17
|
Sedikit-sedikit,
lama-lama jadi bukit
|
Sabar
mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga.
|
18
|
Bak
cendawan tumbuh selepas hujan
|
Terlalu banyak
pada sesuatu masa.
|
19
|
Yang kita
kejar tak dapat, yang kita kendong pula berciciran
|
Bernasib
malang kerana mengejar sesuatu, yang sudah di tangan hilang pula.
|
20
|
Biar mati
anak, jangan mati adat
|
Orang yang
kuat perpegang pada adat.
|
21
|
Sediakan
payung sebelum hujan
|
Berjaga-jaga
dulu sebelum mendapat sesuatu bencana
|
22
|
Berbesar
hati
|
Gembira.
|
23
|
Anak buah
|
a. Anak
saudara. b. Pekerja di bawah jagaan kita
|
24
|
Tuan rumah
|
Tempat
berlangsungnya sesuatu acara
|
25
|
Yang lama
dikelek, yang baharu didukung
|
Adat yang lama
tetap diamalkan di samping budaya hidup yang baharu.
|
26
|
Batu
penghalang
|
Halangan yang
dihadapi.
|
27
|
Untung anak
lelaki cari-carikan, untung anak perempuan nanti-nantikan
|
Orang lelaki yang
merisik bakal isterinya.
|
28
|
Bagai ikan
pulang ke lubuk
|
Perantau yang
pulang ke tempat asal.
|
LATIHAN
1 :
Lengkapkan tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.
jauh
perjalanan, luas pengalaman
|
kalau
hendak melentur buluh, biarlah dari
rebungnya
|
biar putih
tulang jangan putih mata
|
1.
|
Ibu bapa
hendaklah mendidik anak sejak kecil bak kata pepatah,
___________________________________________________________________
|
2.
|
“Bekerjalah di
negeri orang dulu, kerana orang tua-tua mengatakan, ____________
___________________,”
nasihat ibu kepada abang.
|
3.
|
Sebagai rakyat
Malaysia kita mestilah mempertahankan negara kita daripada dijajah olehmusuh bak kata
pepatah biar _______________________________________
|
LATIHAN
2 :
Tulis
satu peribahasa yang sesuai untuk menerangkan setiap situasi di bawah.
Anda hanya perlu menulis
peribahasa yang berkenaan sahaja.
1.
|
Setiap perkara yang hendak kita
lakukan itu biarlah sesuai dengan kemampuan diri.
|
2.
|
Perihal orang yang berada dalam
keadaan yang sangat mencemaskan.
|
3.
|
Usaha menasihati seseorang yang
sia-sia sahaja.
|
1_______________________________________________________________________
|
|
2. ______________________________________________________________________ |
|
3._______________________________________________________________________ |
LATIHAN
3 : Baca peribahasa di bawah ini dengan teliti,
kemudian nyatakan maksudnya.
1.
|
Meninggi diri
|
2.
|
Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
|
3.
|
Seperti lembu dicucuk hidung
|
1.
|
_______________________________________________________________________
|
2.
|
_______________________________________________________________________
|
3.
|
_______________________________________________________________________
|
LATIHAN 4 :
Tulis
satu peribahasa bagi setiap situasi berikut.
1
|
Jamal menjual
barang-barang di kedainya dengan harga yang tinggi demi mengaut keuntungan yang berlipat
ganda.
|
2
|
Masyarakat
dahulu sering menasihatkan anak-anak mereka supaya merantau ke negeri orang
untuk mencari rezeki dan menuntut
ilmu.
|
3
|
Kehadiran
Encik Rashid sebagai pengetua baru di sekolah itu disenangi kerana sikap
beliau yang dapat menyesuaikan diri dengan budaya sekolah.
|
1
|
______________________________________________________________________
|
2.
|
______________________________________________________________________
|
3
|
______________________________________________________________________
|
LATIHAN 5 :
Baca
dialog di bawah ini dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai
bagi mengisi tempat kosong dalam dialog tersebut. Anda hanya perlu menulis
peribahasanya sahaja tanpa perlu menyalin petikan itu semula.
Karim
|
:
|
Tak
senang betul aku hendak menjawab soalan peperiksaan tadi.
|
Lim
|
:
|
Mengapa
pula?
|
Karim
|
:
|
Murid-murid
di kelas sebelah tu, bising sangat ________(1) ____________.
|
Lim
|
:
|
Betullah,
aku pun perasan. Walaupun guru tiada di dalam kelas, mereka wajar
memanfaatkan masa yang terluang dengan mengulang kaji pelajaran kerana
________(2)___________.
|
Karim
|
:
|
Jangankan
hendak memanfaatkan masa, nasihat guru pun tidak didengari oleh mereka umpama
__________(3)____________.
|
Lim
|
:
|
Tak
baiklah sikap mereka itu, asyik mementingkan diri sahaja.
|
Karim
|
:
|
Aku
bersetuju dengan pendapat engkau itu.
|
1
|
__________________________________________________________________________
|
2
|
__________________________________________________________________________
|
3
|
___________________________________________________________________________
|
LATIHAN 6 : Berikan
peribahasa lain yang sama maksud dengan peribahasa yang diberi.
1
|
Seperti hujan
jatuh ke pasir
|
2
|
Alang-alang
menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan
|
3
|
Menepuk
air di dulang, terpercik ke muka sendiri
|
1
|
_______________________________________________________________________
|
2
|
______________________________________________________________________
|
3
|
______________________________________________________________________
|
LATIHAN 7 : Berikan peribahasa lain yang sama maksud dengan
peribahasa yang diberi.
1
|
Bagaimana acuan
begitulah kuihnya
|
|
2
|
Bagai
aur dengan tebing
|
|
3
|
Carik-carik
bulu ayam, lama-lama bercantum juga
|
|
1
|
________________________________________________________________________
|
|
2
|
________________________________________________________________________
|
|
3
|
________________________________________________________________________
|
|
LATIHAN 8 :
Dalam setiap ayat
di bawah terdapat peribahasa yang tidak lengkap. Salin semula ayat itu dengan
melengkapkan peribahasa tersebut.
1 Sia-sia
sahaja pertengkaran itu kerana yang
kalah jadi abu
_______________________ __________________________.
2 Tabiat
suka menonjol-nonjolkan diri itu tidak ubah seperti hidung tak mancung _________________________________________________________________
3 Kalau
kail panjang sejengkal ______________________________________________ kerana orang yang kurang berilmu tidak akan
mampu mencabar kewibawaan orang yang
lebih bijaksana.
JAWAPAN
LATIHAN 1
1.Melentur buluh biarlah dari rebungnya
2.Jauh perjalanan luas pandangan
3.Biar putih tulang jangan putih mata
LATIHAN 2
1.Ukur baju di badan sendiri
2.Bagai telur di hujung tanduk.
3. Bagai mencurah air ke daun keladi
LATIHAN 3
1. Sombong
2.Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh
3.Orang yang selalu menurut kemahuan orang
LATIHAN 4
1. Lintah darat
2. Jauh perjalanan luas pandangan
3. Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak.
LATIHAN 5
1. Macam kapal karam
2.Masa itu emas
3.mencurah air ke daun keladi
LATIHAN 6
1.Seperti menabur garam ke laut/ umpama mencurah air ke daun keladi
2.Alang-alang mandi biar basah.
3.bagai meludah ke langit
LATIHAN 7
1. Bapak borek anak rintik/ Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi
2.Bagai isi dengan kuku
3.Air dicencang tak akan putus.
LATIHAN 8
1. Menang jadi arang
2.Pipi tersorong-sorong
3.Lautan dalam jangan diduga
terima kasih <3
ReplyDeleteTerima kasih
ReplyDeleteterima kasih ye
ReplyDeleteInsyaallah cikgu akan dipermudahkan rezeki. Amiin
ReplyDelete