Penggunaan Ungkapan Menarik dalam Penulisan Karangan



     Hari ini sisipan Skor Berita Harian sekali lagi mengutarakan peri pentingnya penggunaan ungkapan menarik dalam penulisan karangan SPM.
     Lazimnya,cikgu hanya menarik perhatian pelajar terhadap penggunaan peribahasa. peribahasa yang sering didedahkan kepada pelajar merangkumi simpulan bahasa, pepatah, bidalan, perumpamaan  dan kata- kata hikmat.
     
     Walau bagaimanapun , pelajar sebenarnya boleh menulis  pelbagai ungkapan menarik. BH Skor  menyarankan beberapa jenis ungkapan menarik yang  boleh disisipkan dalam penulisan karangan iaitu :

1. PERIBAHASA :
Contoh : Simpulan Bahasa, pepatah, bidalan dan perumpamaan

2. SEDUTAN UCAPAN / BICARA
Daripada pepimpin, cendekiawan, ahli falsafah, kata-kata hikmat.

3. MAKSUD HADIS  dan AYAT SUCI AL QURAN

4. PUISI
pantun, syair,gurindam , seloka dan sajak.

CONTOH PENGGUNAAN UNGKAPAN MENARIK DALAM AYAT

Soalan


Amalan berbudi bahasa kian terhakis dalam kalangan masyarakat.
Bincangkan langkah-langkah yang boleh diambil untuk memastikan amalan ini terus  menjadi budaya masyarakat kita

Contoh 1
Pendahuluan ( Masukkan pantun )

Luas pandangan lautan mega
Berombak rindu pandang beralun
Elok budi dengan bahasa
Manis budi bersopan santun

Lama sudah menanam ubi
Nanas juga dipandang orang
Lama sudah menabur budi
Emas juga dipandang orang


     Dua rangkap pantun di atas memberikan gambaran betapa tingginya nilai budi bahasa. Budi bahasa menjadi penyeri dalam kehidupan dan pengikat kasih sayang sesama angota masyarakat . Walaupun begitu, amalan budi bahasa semakin terpinggir dan terhakis serta tidak dipandang tinggi oleh masyarakat terutama generasi muda yang sering dikaitkan sebagai 'tiang seri negara', 'pelapis kepimpinan negara', 'penggerak wawasan' dan ' pemuda harapan negara, pemudi tiang negara'.

     Namun demikian, kata-kata ini tidak menimbulkan rasa gah dalam kalangan sesetengah remaja dek kealpaan mereka dengan dunia mereka sendiri.Ada golongan remaja hari ini banyak terpengaruh dengan budaya Barat sehingga tergelincir ke lembah zulmat.Oleh hal yang demikian, sebagai warga dan bangsa yan bertamadun, amat wajar bagi kita mengembalikan tradisi berbudi bahasa agar hidup  masyarakat menjadi lebih harmoni dan sejahtera melalui beberapa pendekatan yang efektif.



Comments

Popular posts from this blog

Peribahasa Bertemakan alam sekitar

TEKS FORUM REMAJA 2016

PERIBAHASA DARI BUKU TEKS TINGKATAN 4 DAN TINGKATAN 5