JENIS-JENIS PERIBAHASA MELAYU
Peribahasa Melayu mencerminkan ketajaman , ketelitian dan ketinggian masyarakat silam. Justeru, kita perlu berbangga dengan koleksi peribahasa Melayu. Dr Awang Sariyan , Ketua pengarah DBP melalui buku Tikaman Bahasa menyeru kita agar berbangga dengan peribahasa kita sendiri. Menurut beliau, jika tamadun bangsa China berbangga dengan koleksi kata-kata hikmah Kung Fu Tze, Tamadun Yunani memiliki ungkapan Falsafah Socrates, Plato dan Aristotles, bangsa Melayu tidak kurang hebatnya dengan ungkapan falsafah dan kata hikmah yang terdapat dalam peribahasa. Menurut beliau lagi peribahasa sangat istimewa kerana bukan sekadar memperkaya khazanah bahasa bahkan memancarkan pandangan hidup, nilai, sikap, cara berfikir dan kepekaan akal budi masyarakat pengguna bahasa itu.
Memandangkan peri pentingnya peribahasa sebagai salah satu bayangan falsafah dan pemikiran bangsa, peribahasa turut diajarkan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu kepada murid-murid semenjak di sekolah rendah lagi. Di peringkat sekolah menengah , tiga soalan peribahasa diuji kepada pelajar peringkat PMR dan tiga soalan di peringkat SPM melalui soalan Kemahiran dan Pengetahuan Tatabahasa kertas 2. pelajar juga digalakkan menggunakan peribahasa yang dianggap ungkapan menarik dalam penulisan karangan.
Pelajar perlu mengenali jenis-jenis peribahasa supaya mendapat gambaran jelas penggunaan peribahasa yang tepat.
JENIS-JENIS PERIBAHASA
(Menurut Pendeta Zaaba dalam Pelita Bahasa Melayu Penggal ke 111
1. BIDALAN
-cakap-cakap bijaksana yang ringkas yang telah melekat di mulut orang ramai dari beberapa zaman. -Walaupun dituturkan secara lurus sahaja, namun mempunyai kiasan yang diumpamakan kepada perkara lain.
Contoh
-Alah bisa tegal biasa
(Perkara yang sukar akan menjadi mudah apabila biasa dilakukan )
-Ada padi semua kerja jadi
Ada beras semua kerja deras ( orang yang mampu iaitu yang kaya dan berilmu segala maksudnya mudah tercapai)

2.PERUMPAMAAN
-Bidalan yang menyebutkan maksudnya dengan diumpamakan atau dikiaskan kepada perkara lain sahaja.
-Mengandungi kata-kata kiasan yang mengumpamakan situasi dengan kejadian alam semula jadi
Contoh
1.Laksana bulan di pagar bintang
(Kejelitaan wanita yang memukau pandangan
2.Bak manik putus tali
(air mata yang bercucuran)
3. PERBILANGAN
-Cakap-cakap bidalan yang telah menjadi seperti undang-undang
-Menyebutnya satu persatu seperti orang membilang
-menjadi rujukan orang zaman dahulu dalam hal adat istiadat
Contoh
1.Hidup dikandung adat ,
mati dikandung tanah
(kehidupan yang berpegang teguh kepada adat resam dalam masyarakat)
2.Bulat air oleh pembuluh
Bulat kata oleh muafakat
(untuk melakukan sesuatu pekerjaan secara selamat maka hendaklah berunding terlebih dahulu)
4. PEPATAH
-Tidak banyak bezanya dengan bidalan
-Mementingkan pengajaran dan pendidikan
-Digunakan untuk mematahkan bicara pihak lawan
-Dicipta berdasarkan peristiwa yang berlaku dalam kehidupan seharian
Contoh
1. Ada padang adalah belalang
Ada air adalah ikan
Ada batang adalah cendawan tumbuh
(Setiap kawasan atau tempat ada adat resamnya tersendiri.
5.SIMPULAN BAHASA
-Rangkaian perkataan yang indah
-Tetat terbeku dalam susunan khas dan digunakan untuk erti yang khas
Contoh
1. Buah tangan
(bingkisan /hadiah yang dibawa ketika berkunjung sebagai tetamu
2. Kaki bangku
(tidak pandai bermain bola)
3. Tangkai jering
(Kedekut)
Rujukan
1. Pelita Bahasa Melayu, April 2013, halaman 24-26
2.SKOR Berita Harian, 24 April 2013, halaman 8

Terima kasih banyak-banyak !!
ReplyDeleteSUMBANGAN TERBAIK. TERIMA KASIH.
ReplyDelete