|
Memori bersama cikgu Nik |
Saya bukan lagi warga pendidik di SMK Bukit Jalil mulai Januari 2014. Saya kini berkhidmat di SMK Tinggi Klang . Bererti saya tidak boleh lagi mengaitkan penulisan saya di dalam blog ini atas tiket ketua Panitia Bahasa Melayu SMK Bukit Jalil. Selama ini pun saya memang tidak menganggap blog ini sebagai blog rasmi panitia. Bahasa Melayu SMK Bukit Jalil , sebaliknya hanya sebagai blog peribadi saya sebagai guru Bahasa Melayu . Apapun saya menghargai usaha Pn Nik Kartini Sifu ICT saya yang meletakkan blog saya di laman utama VLE Frog sekolah. saya sebenarnya tidak begitu kreatif dan mahir dalam pembikinan blog, justeru ramai pelajar saya di SMK Bukit Jalil menganggap blog saya ini kurang menarik dan agak membosankan. Namun , ada juga pelajar saya yang saban hari membuka blog saya untuk mencari sumber-sumber pembelajaran .
Kepada semua warga SMK bukit Jalil, saya mohon maaf seikhlas hati dari hujung rambut sampai hujung kaki. Kepada rakan-rakan guru dan anak didik yang sering mengikuti perkembangan dan berkomunikasi dengan saya sama ada melalui media sosial iaitu facebook, instgram, wechat dan whatsapp atau media ilmiah iaitu blog saya , kita teruskan komunikasi dan silaturahim ini.
Sejujurnya saya sangat menghargai keberadaan kalian dalam hidup saya selama ini. Walaupun pertemuan di bumi Bukit Jalil yang sinonim dengan Stadium Nasional dan Majlis Sukan Negara dalam tempoh lapan tahun ini merupakan pertemuan yang berakhir dengan perpisahan, namun kenangan indah bersama kalian tidak akan sirna selamanya dalam kamar ingatan. Saya letakkan memori itu dalam sudut hati yang paling dalam .
Biarpun meninggalkan kalian menyebabkan luka yang bukan sedikit dalam hati ini , namun saya akur dengan keinginan diri untuk mencari sesuatu kehidupan yang baru, yang djangkakan lebih berkualiti dan lebih memberi manfaat melalui hijrah saya ini. Sahabat, teman dan anak didik, doakan saya bahagia dan aman di sini dalam rahmat-Nya sentiasa.
|
Kerusi saya yang tidak empuk dan sudah tidak boleh didjust, tapi entah kenapa saya cukup selesa di sini melalui hari-hari kerja yang mencabar. |
|
modul-modul |
|
Fail meja, fail rujukan SPSK dan Pelan Taktikal/operasi 2014. |
|
Majalah Dewan Siswa : Bahan rujukan utama pelajar, |
|
Saya dan Ustazah Hazalina |
12 Disember 2013, saya sudah siap mengemas meja kerja saya. Saya tinggalkan fail-fail dan kertas kerja, majalah dan lambakan bahan penagajaran dan pembelajaran buat sahabat yang akan meneruskan kesinambungan menerajui Panitia Bahasa Melayu. SMK Bukit Jalil secara peribadi saya anggap rumah kedua yang selesa buat saya. Menghuni sekolah dari pukul 7.10 pagi hingga lazimnya pukul 4 petang , saya terasa masa berlalu terlalu singkat di sini, Bilik guru sangat selesa dengan pendingin hawa dan tempat bekerja bersegmen. Walaupun kebanyakan kerusi meja, kabinet, dan almari sudah mula dimamah usia dan mengalami kerosakan, namun masih jauh lebih selesa daripada kamar guru tiga buah sekolah yang pernah saya huni sebelum itu. Selama duduk di kerusi yang tidak empuk tetapi enak rasanya, saya ditemani sahabat saya ketua panitia Agama Islam, Mengenang dia.bergenang juga air mata saya.Entah kenapa... mungkin rasa kasih dan terhutang budi kepadanya, dan selebihnya terlalu banyak rasa yang tak mampu saya ungkapkan di sini.
26 Disember 2013. saya sudah siap membuat penyerahan tugas kepada pengetua dan rakan pengganti bersaksikan Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum . Sayu rasa hati ini , namun apa boleh buat saya sudah tekad meninggalkan sekolah yang penuh memori syahdu bersama-sama teman seperjuangan.
|
Cikgu Rosemawati akan mengambil alih tugas saya, menggalas tanggungjawab sebagai Ketua panitia Bahasa Melayu mulai 1 Januari 2014
|
|
wajah teman-teman panitia Bahasa Melayu semasa makan suka-suka guru-guru BM di Bukit Jalil Golf resort(setingi-tinggi penghargaan buat Cikgu Izam dan Zakiah yang bersungguh-sungguh mengusahakan jamuan ini.)
SELAMAT TINGGAL SMK BUKIT JALIL
Taman Kenangan indah tetap segar dan lestari dalam kamar ingatan abadi. |
Comments
Post a Comment