Penyalahgunaan Penggunaan Kata Tunjuk' ini 'dalam Penulisan Karangan

     Semasa menyemak  soalan bahagian A , karangan Bahan Rangsangan tingkatan 4, pelajar-pelajar saya di SMK Tinggi Klang, saya dapatI terlalu banyak kesilapan penggunaan kata ganti nama tunjuk 'ini'.  

     Lebih daripada 50 peratus pelajar menggunakan kata tunjuk yang tersebut pada awal ayat. 'Ini' digunakan sebagai kesinambungan untuk menunjukkan perkaitan idea semasa dengan idea sebelumnya. Pendek kata perkataan  'ini' sangat  popular digunakan dalam ayat huraian untuk memperjelas idea utama dalam ayat topik atau ayat judul sebelumnya.
 
     Contoh kesalahan penggunaan kata tunjuk 'ini' terdapat dalam perenggan karangan yang berikut;

     Dalam perenggan di atas pelajar menulis tentang faktor kesesakan jalan raya iaitu pengangkutan awam yang kurang   efisien telah  menyebabkan kesesakan lalu lintas. Penggunaan frasa 'ini juga' pada awal ayat kedua yang merupakan ayat huraian sepatutnya di tukar kepada rangkai kata 'situasi ini juga' atau 'fenomena ini juga' atau 'keadaan ini juga'
    
 Contoh penyalahgunaan kata tunjuk 'ini' juga terdapat dalam perenggan karangan  seterusnya pelajar  tersebut;

  
   Dalam hal ini, penggunaan rangkai kata 'ini juga dapat' sepatutnya turut menggunakan rangkai kata 'situasi ini menyebabkan'atau 'keadaan ini menyebabkan' atau 'fenomena ini menyebabkan'

  Dalam pada itu pelajar turut menggunakan kata tunjuk  'ini' yang digabungkan dengan kata hubung 'kerana' untuk menunjukkan kesinambungan idea mereka dalam memberikan justifikasi atau rasionalisasi terhadap idea utama yang telah diketengahkan oleh mereka dalam  ayat topik sebelumnya. 

    Contoh  penggunaan rangkai kata 'ini kerana' dalam penulisan karangan pelajar.




     Penggunaan rangkai kata 'ini kerana' dalam ayat-ayat huraian di atas  merupakan suatu kesalahan tatabahasa. Kebanyakan pelajar sebenarnya menggunakan kelaziman menterjemah daripada rangkai kata bahasa Inggeris '-it is because' . Bagaimanapun, dalam Rumus Tatabahasa Bahasa Melayu 'it is because' perlu diterjemahkan kepada rangkai kata 'hal ini demikian kerana'.
 

 Sememangnya ramai pelajar yang menunjukkan reaksi negatif apabila diberikan teguran tentang kesalahan tatabahasa sebegini  yang selama ini diyakini oleh mereka sebagai lebih tepat, lebih mudah diingat dan lebih sesuai dengan mereka. Sikap degil sebegini hanya akan membawa padah kepada  pelajar kerana mereka  harus ingat  bahawa mereka harus membiasakan yang betul bukan membetulkan yang biasa.  Sekiranya ingin mencapai keputusan cemerlang sekurang-kurangnya  A- dalam kertas Bahasa Melayu SPM, pelajar harus rajin menimba ilmu dan mendengar dengan teliti pengajaran tatabahasa guru semasa pdp Bahasa Melayu berlangsung.

Comments

Popular posts from this blog

Peribahasa Bertemakan alam sekitar

TEKS FORUM REMAJA 2016

PERIBAHASA DARI BUKU TEKS TINGKATAN 4 DAN TINGKATAN 5