ANTARA CAP DAN COP

   Guru-guru Bahasa Melayu dan pencinta Bahasa Melayu  memang tidak  dapat lari daripada istilah "Membiasakan Yang Betul dan Membetulkan Yang Biasa" bagi merujuk kepada fenomena pengunaan Bahasa Melayu Baku di negara kita.

       Memang sukar membiasakan yang betul dan membetulkan yang biasa apabila menyentuh isu berbahasa. Dalam soal berbahasa sebagai alat komunikasi , perkara yang penting buat penutur bahasa ialah penyampaian mesej terlaksana. Soal sama ada bahasa yang kita gunakan tepat dari segi nahu lazimnya akan kita ambil mudah, asalkan mesej kita difahami oleh orang yang menjadi teman bual bicara kita .

    Baru-baru  ini.  teman guru yang bukan  guru bahasa bertanyakan saya tentang penggunaan  perkataan cop dan cap, yang manakah yang betul.

Berikut, ialah huraian maksud cop yang terdapat dalam entri Pusat Rujukan Persuratan Melayu DBP

cop IIKd meniup (lilin, pelita minyak tanah) dgn menggunakan mulut, menghembus.Kamus Dewan Edisi Keempat
cop IKd 1. sj alat utk menggali tanah; 2. sj alat yg digunakan utk mengupas kelapa.Kamus Dewan Edisi Keempat
1
Manakala, maksud  'cap' adalah seperti berikut  :


tera I1. tanda atau cap yg dicapkan (dgn lak, timah, dll) pd surat-surat penting dll; 2. rakam­an yg dibuat dgn cap; 3. = cap ~ cap kerajaan, cap kempa, cap mohor, meterai; 4. tanda yg menentukan ukuran atau sukatan pd sesuatu alat (dacing dll), tanda uji; 5. alat utk mengecap (mencetak dll); menera 1. membubuh tera, mengecap; 2. membubuh tanda uji (pd alat takaran, tim­bangan, dll); 3. mengecap (buku), mencetak: buku ini ditera utk pertama kali pd tahun 1610; menerakan 1. mengecapkan, mencetak­kan; 2. meneladani gambar dll (dgn meniru gambar yg asal dll), menekap: benda itu hendaklah diterakan sebesar saiznya yg sebenar; tertera 1. sudah ditera (dicap), tercap, tercatat, tercetak: spt yg ~ dlm rajah 22; 2. tersebut: asal ~ dlm hadis yg sahih, mereka terimalah; teraan 1. sesuatu yg ditera, cap-capan, cetakan; 2. cap; perteraan percetakan.Kamus Dewan Edisi Keempat
cap teracap kerajaan, cap kempa, cap mohor, meterai;Kamus Dewan Edisi Keempat
mohorcap atau meterai utk memperkenalkan sesuatu; tera: cap ~ cap tanda kebesaran raja; cincin ~ cincin utk memeterai surat.Kamus Pelajar Edisi Kedua
mohorcap atau meterai utk memperkenalkan sesuatu; tera: cap ~ cap tanda kebesaran raja; cincin ~ cincin utk memeterai surat.Kamus Pelajar
mohorcap (yg memperkenalkan sesuatu), tera, materai; ~ syarikat materai syarikat; cap ~ cap raja; cincin ~ cincin utk mematerai surat dll.Kamus Dewan Edisi Keempat
cap teracap kerajaan atau cap raja; cap mohor.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tera2 = cap ~ cap kerajaan atau cap raja; cap mohor.Kamus Pelajar
jemparingJw, sl anak panah.jempol Id 1. ibu jari; 2. = jempolan yg terbaik, johan; cap ~ cap ibu jari (sbg ganti tandatangan); isapan ~ rekaan sendiri (bkn khabar dll), omong kosong;kejempolan bp kehandalan, keunggulan.Kamus Dewan Edisi Keempat
cap mohora. cap rasmi kerajaan atau raja-raja. b. cap pd mata wang. bercap 1 mempunyai cap. 2 sudah dicap.

                                 Contoh cap syarikat perniagaan dan  badan berkanun

Oleh yang demikian, dalam konteks ayat yang berikut, ujaran yang lazim kita lafazkan ini jelas tidak tepat;

1. "Tuan, sila cop jawatan tuan pada ruangan yang disediakan dalam borang        permohonan ini, " kata kerani kepada pegawai itu.
2.  Saya mengecop jawatan saksi selepas ruangan tanda tangan pada surat          perjanjian itu.

Ayat yang betul ialah;
1. "Tuan, sila cap jawatan tuan dalam borang permohonan ini,"kata kerani             kepada pegawai itu.
2.   Saya mengecap jawatan saksi selepas  ruangan tanda tangan pada surat         perjanjian itu. 

     Penggunaan perkataan ini agak janggal buat kita, namun, marilah kita memanifestasikan rasa cinta akan bahasa kebangsaan kita dengan membiasakan yang betul.

     Ironinya, kita sudah biasa menggunakan perkataan yang betul untuk dialog urusan jual beli di Pasar Jawa, Pekan  Rabu, atau Pasar payang yang menjual aneka kain pelikat atau kain sarung.

Contoh :

"kak, saya hendak membeli kain pelikat Cap Gajah, " kata Lily kepada penjual wanita di sebuah kedai di Pekan Rabu."

   Tuntasnya, moga penerangan ini membantu pelajar-pelajar , guru dan semua pengguna bahasa Melayu   menggunakan  istilah dan perkataan  bahasa Melayu yang betul dalam komunikasi seharian sama ada komunikasi formal waima komunikasi secara tidak formal.

Comments

  1. Seluruh warga melayu menggunakan cop tetapi DBP menggunakan cap.. Cop di fahami sebagai alat dan perbuatan. Manakala cap pula difahami sebagai gambaran yang terhasil daripada perbuatan mengecop.

    Penulis mengatakan ada kejanggalan terhadap penggunaan cap.. ini memberi maksud, masyarakat Melayu sememangnya tidak menggunakan cap untuk alat atau perbuatan..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Peribahasa Bertemakan alam sekitar

TEKS FORUM REMAJA 2016

PERIBAHASA DARI BUKU TEKS TINGKATAN 4 DAN TINGKATAN 5