PRAKARSA MENJADI GURU TERBILANG
'
Tema Hari Guru tahun ini jelas memberikan gambaran sebenar guru yang diamanahkan untuk menyebarluaskan ilmu pengetahuan kepada anak - anak didiknya sehingga matlamat untuk melahirkan generasi berilmu pengetahuan tercapai. Selain peranan membina ilmu sebagai tanggungjawab perdana, seorang guru juga seyogianya melaksanakan kewajipan menyempurnakan akhlak murid-muridnya kerana ilmu tanpa amal ibarat pohon tidak berbuah. Kehidupan menjadi tidak berarti kerana pohon megah berdiri namun tak mampu berbakti, demikianlan analogi kiranya kita hanya berilmu namun tidak beramal.
Saat berpergian dan duduk santai dalam kereta menemani suami dalam perjalanan ke pasar borong hari ini saya tertarik dengan pandangan signifikan Dato'Dr Fadzilah Kamsah dalam Radio Sinar yang mengupas tema hari guru iaitu tentang peri pentingnya guru-guru mempunyai akhlak terpuji agar bisa diteladani oleh anak-anak didiknya.
Memegang telefon pintar saya yang sudah agak tidak pintar lagi kerana kecangihan teknologi yang tak terkejar, saya memanfaatkannya untuk mencatat pandangan murni bervisi qudsi daripada pakar motivasi terbilang itu. Berikut merupakan antara prakarsa menjadi guru berkesan dan terbilang dari sudut pandang beliau;

Prakarsa menjadi guru terbilang
1. Sentiasa berazam untuk menjadi guru terbaik, guru berkesan dan guru terbilang .
2. Sentiasa mencuci hati dengan berbicara daripada kalbu dan bermuhasabah diri serta basahkan lidah dengan zikir, selawat dan solat taubat.
3 Sentiasa memaafkan rakan-rakan dan anak murid
3 Sentiasa memaafkan rakan-rakan dan anak murid
3. Sentiasa berfikiran positif dan berbicara tentang perkara-perkara positif
4. Sentiasa menaga penampilan diri, bersih, kemas, wangi dan segak
5. Sentiasa berguru dan mencari mentor untuk membimbing diri menjadi lebih b aik dan
berketrampilan.
Ayuh, para guru, perbaiki dan didik diri kerana insan terdidik sahaja mampu mendidik.
berketrampilan.
Ayuh, para guru, perbaiki dan didik diri kerana insan terdidik sahaja mampu mendidik.
Comments
Post a Comment