Buah tangan sempena Tahun Baru 2016 buat semua guru SMK Tinggi Klang


Pelajar Cemerlang PT3 2015, Yogendran bersama -sama Pengetua dan ibunya
Usaha tidak menjanjikan KEJAYAAN,  namun tanpa usaha KEGAGALAN sudah dijanjikan. 

    Kejayaan cemerlang Murid-murid SMK Tinggi Klang dalam PT3 2015 amat membanggakan dan pastinya menjadi buah tangan buat guru-guru sempena  kedatangan tahun baru 2016 .

   Dua orang murid memperoleh pencapaian semua mata pelajaran A , 18 orang memperoleh 6A ke atas dan tidak ada seorang  murid pun yang mencatatkan keputusan semua gagal.

    Berlaku peningkatan prestasi berbanding tahun 2014 yang hanya mencatatkan pencapaian seorang pelajar meraih Gred A, 16 orang meraih pencapaian 6A dan ke atas  dan yang lebih mendukacitakan 5  orang murid mencatatkan kegagalan dalam semua mata pelajaran.

    Memandangkan pencapaian yang amat membanggakan pada Tahun 2015, pihak sekolah menyasarkan 3 orang murid mencapai gred A untuk semua mata pelajaran,  20 orang memperoleh 6A ke atas dan tidak ada murid mencatatkan gagal dalam semua mata pelajaran bagi PT3 Tahun 2016.

Moga impian menjadi  kenyataan
Moga ilusi  berjaya direalisasi
Moga  visi qudsi menjadi realiti
Moga lahir insan berjati diri
berhati mulia berperibadi

yang jaya dan cemerlangnya
bukan luaran namun hakiki
yang yakin diri, terampil rapi
mindanya bestari, bicaranya hikmat
dalam bernas ada santunnya
dalam tegas  ada lembutnya
dalam teguh ada tatanya...  

Murid-murid cemerlang PT3 2015 bersma-sama barisan pentadbir dan ibu bapa masing-masing.
.

Yogendran bersama YM Hjh Raja Rozita Raja Hanafi

Comments

Popular posts from this blog

Peribahasa Bertemakan alam sekitar

TEKS FORUM REMAJA 2016

PERIBAHASA DARI BUKU TEKS TINGKATAN 4 DAN TINGKATAN 5