SELAMAT TAHUN BARU CINA - AYAM DALAM PERIBAHASA MELAYU

Cuti seminggu  sempena Tahun Baru Cina Tahun 2017 ini memberi ruang cikgu merehatkan minda seketika daripada tugasan pengajaran dan pentadbiran. Tugas baharu sebagai Penolong Kanan Petang menggamit komitmen tinggi hingga kadang-kadang waktu istirahat terjejas dan waktu untuk 'update'  blog juga hampir tidak  ada.
Cover art

Tahun ini merupakan Tahun Ayam  dalam kalendar masyarakat Cina, Kebetulan juga , cikgu lahir pada tahun ayam.  Pastinya ada sebab orang cina memilih ayam untuk dimasukkan dalam kalendar mereka.
Bagaimanakah  pula pandangan masyarakat Melayu tentang 'ayam'???

Ayam menjadi antara haiwan  yang paling digemari oleh masyarakat Melayu dahulu kala untuk disebut dalam bahasa kiasan yang kini  kita pelajari sebagai peribahasa Melayu


Ketika menjadi guru pelatih saya membawa radio dan memperdengarkan lagu Jalil Hamid bertajuk "Ayam " untuk menjadi bahan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, Video  lagu Jalil Hamid yang berunsur humor ini menarik  perhatian anak-anak murid cikgu yang ketika itu belajar di Tingkatan 4 SMK Batu Lintang Kucing Sarawak.

Antara peribahasa yang tedapat dalam lirik lagu ini ialah

1. Hangat-hangat tahi ayam
2.Ibu ayam
3. Jangan jadi ibu ayam, bertelur sebiji riuh sekampung
4  kaki ayam
5. Ajak-ajak ayam
6. Tidur-tidur ayam
7. cakar ayam

Kalau kita menelusuri maksud peribahasa  yang tercatat di atas, ternyata maksud ayam membawa konotasi yang agak negatif.

 Hangat-hangat tahi ayam merupakan sikap negatif  iaitu ketidaksungguhan dalam melunaskan kerja.

Ibu ayam merupakan kiasan untuk wanita yang mengusahakan kegiatan pelacuran,

 Kaki ayam boleh menyebabkan  parasit  cacing tanah masuk ke dalam badan melalui tapak kaki yang bertelanjang.

Selanjutnya, ajak-ajak ayam menggambarkan sifat hipokrit dan kepura-puraan serta ketidakikhlasan dalam pergaulan dengan masyarakat.

 Tidur-tidur ayam juga implikasi daripada kersahan dalam jiwa sehingga tidak mampu tidur lena.

Akhirnya cakar ayam juga merupakan ciri-ciri negatif iaitu  orang yang mempunyai tulisan tangan yang buruk. Kalau di sekolah, lazimnya akan dinasihati guru supaya dapat menulis dengan lebih kemas dan tertib agar guru dapat membaca jawapan murid khususnya dalam peperiksaan, 

Kesimpulannya,  masyarakat  melayu sering menggunakan unsur alam sama ada flora mahupun fauna dalam bahasa kiasan. 



Comments

Popular posts from this blog

Peribahasa Bertemakan alam sekitar

TEKS FORUM REMAJA 2016

PERIBAHASA DARI BUKU TEKS TINGKATAN 4 DAN TINGKATAN 5