AKHBAR DAN SISTEM BAHASA
Mari kita berdamai dengan realiti. Kalau saya sebagai guru pun bosan dengan corak pembelajaran yang sama apatah lagi murid.
Kerap memberikan latihan tatabahasa dalam bentuk bahan bercetak dan membincangkan jawapan selepas memberi ruang murid menjawab memang suatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sangat baik untuk meningkatkan penguasaan tatabahasa murid.
Penggunaan peralatan digital juga memberikan banyak kebaikan dalam memudahkan penyampaian maklumat selaras dengan pembelajaran Abad ke 21.
Hari ini saya ingin kembali kepada pembelajaran corak lama yang saya praktikkan 20 tahun lalu di dalam kelas iaitu penggunaan akhbar dalam kelas (ADK).
Secara berkumpulan saya minta murid memotong tajuk-tajuk artikel akhbar dan menuliskan semula dalam ayat yang lengkap. Kita tidak tahu semua tajuk artikel dalam akhbar tidak ada yang gramatis dan lengkap ayatnya.
wajah-wajah ceria murid.
Saya berpendapat, sebagai guru bahasa, kita harus sentiasa melakukan inovasi dalam pengajaran. Sedikit usaha merubah situasi biasa akan menjadikan murid lebih ceria dan bersemangat menimba ilmu.
Comments
Post a Comment