Bijak Komsas : teknik mudah belajar komsas
Mengimbau kenangan silam saat komsas diperkenalkan pada tahun 2001
teks lama komsas |
Seingat saya, ketika komsas diperkenalkan pada tahun 2001, cikgu-cikgu Bahasa Melayu pada awalnya dilanda kebimbangan. Pengajaran Bahasa Melayu tidak lagi tertumpu kepada bidang-bidang kemahiran tertentu dalam bahasa iaitu membaca, mendengar dan bertutur (lisan) dan tulisan, sebaliknya guru perlu mengajarkan kemahiran menguasai bahan Kesusasteraan Melayu melalui Komponen Kesusasteraan Melayu (KOMSAS). Kaedah Struktural dalam menganalisis bahan komsas merupakan kaedah yang popular diaplikasikan dalam kajian komsas di dalam bilik darjah . Pelajar didedahkan kepada aspek kajian sastera yang lazimnya diguna pakai dalam pengajaran dan pembelajaran sastera tulen peringkat SPM dan STPM . Masalah timbul apabila teks komsas yang diperkenalkan kepada pelajar dengan kuantiti teks yang agak banyak. Sebagai contoh , dalam teks komsas tingkatan 4 Antologi ' Anak Laut' dan kini telah ditukar 'Harga Remaja', pelajar perlu menguasai enam buah cerpen , tiga buah drama, empat buah buah prosa klasik, lima buah sajak dan empat buah puisi tradisional.
Pembelajaran komsas marcapada
Lazimnya selepas peperiksaan berlangsung, guru akan membuat "post mortem" untuk mengenal pasti punca kelemahan dan masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Analisis Item soalan untuk mengukur tahap kesukaran soalan dan kesannya terhadap skrip jawapan pelajar merupakan antara instrumen yang boleh dijalankan untuk mengenal pasti punca kelemahan pelajar ketika menjawab soalan. Berdasarkan pengalaman hampir 20 tahun menjadi guru Bahasa Melayu, kebanyakan pelajar kumpulan sederhana dan HARLUS memang gagal menjawab soalan pemahaman komsas dengan tepat. Kebanyakan pelajar menyenaraikan punca sitauasi tersebut berlaku ialah :
1. Tidak membaca teks asal komsas. Alasannya tidak mempunyai banyak masa, tidak
berminat dan bahan komsas tidak menarik.
2. Tidak memahami teks komsas terutama prosa klasik dan puisi
3. Tidak mampu menghafal semua aspek kajian komsas kerana tidak mempunyai waktu ulang
kaji yang mencukupi.
Faktor pertama merupakan masalah sikap pelajar sendiri. Para guru sudah pasti telah membawa sesi perbincangan kajian genre dalam kelas dan telah mengingatkan pelajar supaya membaca teks terlebih dahulu. Malangnya , pelajar hari ini sering bersikap bena tak bena dan sambalewa menerima arahan dan saranan guru. Bagaimanapun tidak dinafikan guru perlu lebih berkreativiti agar pelajar lebih tertarik untuk mengikuti pelajaran.
Hal ini juga signifikan dengan faktor kedua kelemahan pelajar menjawab soalan komsas. Sehubungan dengan itu, guru boleh mengaplikasikan variasi teknik pengajaran yang berkesan agar pembelajaran komsas lebih menarik minat pelajar sekaligus lebih mudah dicerna dan difahami intipati kandungannya. Baik guru mahupun pelajar harus bersedia.membuat perubahan. Pelajar perlu melakukan anjakan paradigma dan membuang halangan minda yang mengekang diri daripada melakukan usaha terbaik demi memperoleh markah cemerlang dalam kertas Bahasa Melayu SPM.
Setelah lebih sedekad , Komsas diperkenalkan, sejauh manakah kaedah pengajaran komsas menggunakan pendekatan struktural , mampu melahirkan pelajar yang cinta akan bahasa budaya dan sastera Melayu ? Jika stigma bahawa pengajaran komsas membebankan kerana pelajar tidak mampu menghabiskan ulang kaji semua aspek kajian, apakah alternatif para guru untuk memudahkan intipati komsas mampu dihadamkan dan diluahkan semula di dewan peperiksaan ?
Izharnya, kemelut yang dialami oleh pelajar ini perlu dicarikan solusi. Pelajar perlu alternartif kaedah belajar yang ringkas, mudah, jimat masa dan berkesan. Teknik hafalan walaupun banyak menyumbang namun menuntut banyak masa pelajar. Proses mental kurang berlaku kerana pelajar hanya banyak mengingat dan kurang berfikir. Teknik belajar begini pada pendapat saya menyebabkan minda kritis dan kreatif pelajar gagal bercambah walhal kemahiran berfikir kreatif dan kritis merupakan antara kemahiran bernilai tambah yang diharapkan dapat dicapai dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan .
Cadangan kaedah penyelesaian
Wacana ini saya hasilkan bertujuan berkongsi pengalaman dan setitis ilmu yang saya ada dengan warga pendidik lain bertujuan mencari penyelesaian terhadap masalah dalam proses pengajaran dan.pembelajaran komsas yang dihadapi oleh guru .Oleh itu ,saya ingin berkongsi impak yang diperoleh terhadap tahap penghayatan komsas pelajar melalui penggunaan bahan rujukan dan buku kerja yang sesuai.
Lambakan buku kerja di pasaran sememangnya memudahkan para guru yang kesuntukan masa untuk membina modul latih tubi sendiri. Berdasarkan pemerhatian saya kebanyakan buku kerja bersifat latjh tubi berorientasikan peperiksaan dan tidak bersifat bimbingan atau mengajak pelajar menghayati intipati karya sastera. Pada akhirnya, pelajar terpaksa juga menggunakan teknik hafalan sepenuhnya untuk menjawab soalan tak terkecuali soalan pemahaman KBKK. Walau.bagaimanapun saya tertarik dengan sebuah buku rujukan keluaran Syarikat Penerbit Longman yang memperkenalkan.buku rujukan dalam bentuk komik berwarna. Komik bergambar ini membantu penghayatan pelajar mendalami komsas terutama pelajar kumpulan HARLUS (harapan lulus) yang sukar menghayati teks sukar komsas seperti prosa klasik. Apa yang lebih menarik ialah teknik penyampaian kajian yang mendorong pelajar ke arah pemikiran.kritis dan kreatif. Kaedah kajian komsas bahagjan prosa dicetuskan daripada.peristiwa yang boleh dicernakan kepada aspek lain iaitu persoalan, perwatakan,nilai dan pengajaran.
Selanjutnya, hasil daripada pembacaan buku rujukan tersebut, pelajar bolehlah memindahkannya ke dalam bentuk nota mudah untuk tujuan ulang kaji seperti yang.berikut:
.
CERPEN : PAHLAWAN BUNTUNG(DIRGAHAYU BAHASAKU)
Izharnya, kemelut yang dialami oleh pelajar ini perlu dicarikan solusi. Pelajar perlu alternartif kaedah belajar yang ringkas, mudah, jimat masa dan berkesan. Teknik hafalan walaupun banyak menyumbang namun menuntut banyak masa pelajar. Proses mental kurang berlaku kerana pelajar hanya banyak mengingat dan kurang berfikir. Teknik belajar begini pada pendapat saya menyebabkan minda kritis dan kreatif pelajar gagal bercambah walhal kemahiran berfikir kreatif dan kritis merupakan antara kemahiran bernilai tambah yang diharapkan dapat dicapai dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan .
Cadangan kaedah penyelesaian
Wacana ini saya hasilkan bertujuan berkongsi pengalaman dan setitis ilmu yang saya ada dengan warga pendidik lain bertujuan mencari penyelesaian terhadap masalah dalam proses pengajaran dan.pembelajaran komsas yang dihadapi oleh guru .Oleh itu ,saya ingin berkongsi impak yang diperoleh terhadap tahap penghayatan komsas pelajar melalui penggunaan bahan rujukan dan buku kerja yang sesuai.
Muka depan Komik komsas Tingkatan 4 |
Selanjutnya, hasil daripada pembacaan buku rujukan tersebut, pelajar bolehlah memindahkannya ke dalam bentuk nota mudah untuk tujuan ulang kaji seperti yang.berikut:
.
CERPEN : PAHLAWAN BUNTUNG(DIRGAHAYU BAHASAKU)
Peristiwa
|
Nilai
|
Persoalan
|
Pengajaran
|
Perwatakan
|
Peristiwa ayah Khalid (Hassan) menunjukkan betapa dia sangat menyayangi keluarganya apabila dia melindungi isteri dan anak-anaknya
semasa tentera Jepun menyerang Kampung Pulau Pak Amat.
|
Kasih sayang
|
Kasih sayang seorang suami kepada isteri dan anak-anak.
|
Seorang suami hendaklah menyayangi isteri dan anak-anak agar
kehidupan menjadi selamat dan bahagia.
|
Hassan seorang yang penyayang iaitu menyayangi isteri dan
anak-anaknya.
|
Peristiwa Pak Husain menunjukkan keberaniaannya dengan nenyatakan kepada tentera Jepun bahawa penduduk
Kampung Pulau Pak Amat telah lama berpindah ke tempat lain.
|
Keberanian
|
Keberanian semasa berhadapan dengan musuh.
|
Kita mestilah berani melakukan perkara yang boleh memberi kebaikan
kepada diri dan orang lain.
|
Pak Husain seorang yang berani ketika berhadapan dengan tentera
Jepun.
|
Peristiwa Pak Husain yang menunjukkan semangat bermasyarakat dengan membantu menyelamatkan Jarah iaitu anak Pak Ngah
yang terkena tembakan tentera Jepun.
|
Semangat bermasyarakat
|
Semangat bermasyarakat dalam sesebuah kampung.
|
Kita hendaklah mengamalkan nilai semangat bermasyarakat dalam
kehidupan seharian supaya kehidupan masyarakat lebih baik.
|
Pak Husain mengamalkan sikap semangat bermasyarakat seperti membantu
penduduk kampung yang cedera semasa tentera Jepun menyerang.
|
Peristiwa Pak Husain yang tabah menghadapi kemalangan letupan bom yang
menyebabkan kakinya terputus.
|
Tabah
|
Ketabahan dalam menghadapi dugaan hidup seperti kehilangan kaki kiri
kerana terpijak bom.
|
Kita hendaklah tabah menghadapi kehidupan yang penuh dengan dugaan
dan masalah.
|
Pak Husain tabah menghadapi kemalangan letupan bom yang menyebabkan
kaki kirinya terputus.
|
Peristiwa Pak Husain dengan penuh semangat patriotik telah mempertahankan Kampung Pulau Pak Amat
semasa tentera Jepun menyerang pada bulan Dismber 1941.
|
Patriotisme
|
Semangat patriotisme dalam mempertahankan negara daripada ancaman
pihak penjajah.
|
Kita hendaklah mengamalkan nilai patriotisme agar negara tidak
dijajah oleh pihak lain.
|
Pak Husain telah mengamalkan semangat patriotisme iaitu
mempertahankan Kampung Pulau Pak Amat semasa tentera Jepun menyerang pada
bulan Disember 1941.
|
Comments
Post a Comment