Modul Penulisan Cemerlang (sisipan skor )

MODUL PENULISAN CEMERLANG SPM
(Adaptasi daripada Sisipan SKOR Berita Harian 20 Mac 2013)
SOALAN 1
Negara kita dikenali sebagai negara yang sungguh istimewa dalam kalangan pelancong asing
Huraikan pendapat anda tentang keistimewaan yang terdapat di Malaysia






ANALISIS  KEHENDAK   SOALAN
Tema
Kehendak soalan (Tugasan) :
Format
RANGKA  KARANGAN
Perenggan Pertama (PENDAHULUAN)
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Perenggan Kedua (Isi  Pertama)
__________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
Perenggan Ketiga (Isi Kedua)
____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
Perenggan keempat (Isi Ketiga)
___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
Perenggan  kelima (Isi Keempat)
__________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Perenggan keenam (PENUTUP)
__________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
                                                        

KARANGAN MODEL  1

                Saban hari media masa memaparkan isu berkaitan keistimewaan  negara  kita berbanding negara lain . Kemunculan negara kita sebagai negara yang semakin maju menjadi buah mulut  pelbagai pihak sama ada di dalam mahupun di luar negara.  Sebagai warga negara yang memiliki minda kelas pertama kita seyogianya bersyukur kerana dilahirkan di bumi bertuah ini.  Kedamaian hidup , keindahan alam semula jadi , budaya yang unik dan lain-lain lagi menggambarkan keunggulan negara tercinta di persada dunia. Daripada sebab musabab ataupun faktor-faktor inilah  seyogianya kita melaksanakan beberapa prakarsa  ataupun tindakan demi mengurangkan masalah yang boleh menjejaskan  kesejahteraan dan pembangunan negara kita.  Kecaknaan kita dalam menjaga imej negara yang meliputi pelbagai aspek membolehkan negara kita maju setanding dengan  negara-negara maju yang lain, bak kata peribahasa ‘berdiri sama tinggi, duduk sama rendah’.  ‘Pemuda harapan bangsa , Pemuda tiang negara, yang muda disayangi, yang tua dihormati merupakan slogan yang   sering kita dengari.  Slogan-slogan ini membayangkan  bahawa rakyat kita cakna  akan tanggungjawab masing-masing ke arah memartabatkan negara. Oleh itu, demi kelangsungan  Malaysia sebagai sebuah negara yang berdaulat dan  mempunyai variasi keistimewaan , ayuh kita seia sekata ke arah usaha murni memperkaya keistimewaan negara kita.
    
     Keunggulan negara kita  Malaysia di pentas dunia terserlah dek rakyatnya yang terdirii daripada pelbagai kaum  tetapi hidup dalam suasana yang penuh harmoni.   Etnik majoriti  ialah Melayu, Cina , India, Iban, Bidayuh, Kadazan-Dusun, Orang Asli dan lain-lain lagi. Masyarakat majmuk ini saling bersatu padu dan menghormati setiap perbezaan dalam kalangan mereka,  Mereka juga sentiasa bekerjasama, bak kata pepatah, bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.  Permuafakatan yang tercetus ini membayang sikap bertolak ansur mereka dalam usaha menjayakan sesuatu agenda atas nama memajukan organisasi , komuniti dan seterusnya negara. Sikap toleransi antara kaum yang dijelmakan itu berupaya mengelakkan  berlakunya konflik  antara kaum seperti yng  berlaku di negara lain seperti  antara etnik Bosnia dan Serbia  suatu ketika dulu . Selain itu, peristiwa  hitam yang tercatat dalam lipatan sejarah  tanah air aitu 13  Mei 1969 turut menjadi iktibar kepada etnik di negara  kita supaya sentiasa memelihara hubungan  antara satu sama lain.  Dalam hal ini gagasan i Malaysia  ‘Rakyat didahulukan, pencapaiaan diutamakan  yang diwara-warakan  oleh Yang amat berhormat Perdana Menteri Malaysia kita iaitu  Dato.’ Sri Najib bin Tun Abdul Razak  menjadi pemangkin ke arah jalinan mesra antara kaum yang berbeza. Situasi ini dipandang oleh masyarakat antarabangsa  dan banyak negara di dunia sehingga menjadikan negara kita sebagai qudwah hasanah ataupun model untuk membina dan mengukuhkan perpaduan di negara mereka.  Tuntasnya, amalan berbudi bahasa ini amat signifikan  ke arah memperkenalkan imej negara di mata dunia kerana masyarakat kita walaupun berbeza dari segi etnik, masih mampu berdiri teguh dan terus maju.  Hal ini demikian kerana masing-masing berpegang kuat   pada prinsip hidup bersatu teguh, bercerai roboh.

     Di samping itu,  Malaysia juga mempunyai pelbagai perayaan yang disambut setiap tahun melibatkan semua kaum.   Mereka  bukan sahaja meraikan hari istimewa  tersebut mengikut ajaran  agama masing-masing ,malah turut disertai oleh kaum lain melalui amalan rumah terbuka . Contoh hari perayaan yang popular  ialah Hari  Raya Aidil Fitri, Tahun Baru cina, Deepavali , Hari Krismas dan lain-lain.  Bagi umat Islam di Malaysia, pada setiap tahun mengikut Kalendar Islam  iaitu pada bulan Syawal dan Zulhijah , penganutnya akan meraikan sambutan Hari Raya Aidil Fitri dan Hari Raya Aidil Adha.  Selain itu, mereka juga turut menyambut hari-hari bersejarah  yang lain seperti Nuzul Quran, sambutan Maulidul Rasul, Maal Hijrah dan lain-lain lagi.  Tambah istimewa,  perayaan –perayaan ini diisytiharkan sebagai hari cuti umum  kepada rakyat.  Peluang ini diambil oleh semua golongan untuk mengunjungi rumah terbuka yang dianjurkan oleh saudara mara dan sahabat handai. Rakyat Malaysia berbangsa Cina pula akan menyambut Tahun Baru Cina dan Perayaan Chap Goh Mei pada bulan  Februari setiap tahun.  Tidak ketinggalan juga dengan masyarakat India , perayaan Deepavali , Thaipusam dan Hari Wesak  turut mewarnai hari-hari  yang menggambarkan variasi perayaan di negara  kita yang tercinta.  Kepelbagaian hari perayaan inilah yang menjadi tarikan kepada pelancong untuk melancong di negara kita.  Mereka ingin merasai suasana meriah dan berwarna-warni  pada hari tersebut  yang sememangnya menggambarkan betapa eratnya hubungan antara masyarakat di negara kita yang tidak dapat dirasai oleh mereka di negara mereka.  Situasi yang penuh meriah ini merupakan satu daripada memori indah  yang terpahat di hati sanubari pelancong  yang bertandang di negara kita.  Kitalah negara yang ulung di dunia dalam soal kemeriahan sambutan variasi perayaan kerana melibatkan semua kaum walaupun terdapat perbezaan dari segi kepercayaan  dan agama dan kaum.  Oleh itu menjadi tanggungjawab kita bersama ke arah mengekalkan suasana yang penuh muhibah ini pada setiap kali menjelangnya perayaan agar nama Malaysia terus gah    di seantero dunia
     
     Keistimewaan negara kita Malaysia juga terletak pada kepelbagaian warisan tradisional yang kita miliki. Sebagai sebuah negara yang  berbllang  bangsa ,Malaysia  jelas kaya dengan variasi warisan tradisional seperti busana tradisional, makanan tradisional dan permainan tradisional.  Etnik Melayu terkenal dengan pakaian tradisional baju kurung dan baju kebaya , manakala masyarakat Cina  pula walaupun  paling dominan dipengaruhi modenisasi dalam cara berpakaian masih lagi memakai ceongsam dan samfu pada hari-hari perayaan.  Sebahagian besar komuniti India pula masih selesa berpakaian sari dan baju Punjabi  bukan sahaja semasa musim perayaan , malah ke tempat kerja atau sebagai pakaian basahan harian.  Dari segi makanan tradisional  pula,  pelancong asing yang datang ke negara kita akan dapat menjamu selera dengan pelbagai juadah yang disajikan  sama ada di hotel, restoran atau ketika mengunjungi  rakan taulan di negara ini.  Makanan tradisional Malaysia seperti nasi impit   lemang, rendang dan sate sering menjadi hidangan harian   dan boleh didapati di mana-mana restoran di negara kita. Selain  kepelbagaiannya, Makanan tradisional Malaysia juga mempunyai kelebihan lain yang boleh menarik pelancong terutama dari negara-negara Islam lain khususnya dari Timur tengah.  Dengan komposisi penduduk Islam melebihi 50 peratus, Pelancong beragama Islam tidak akan mengalami kesukaran mencari dan mencicipi makanan yang dijamin sebagai makanan  halal.   dengan  Dalam pada itu, Malaysia juga  mempunyai keistimewaan dari segi variasi permainan tradisionalnya, Masyarakat  Melayu memiliki  permainan gasing, wau, congkak, batu seremban dan lain-lain. Pesta Wau di negeri Trengganu  tamsilnya, turut menarik ribuan pelancong untuk menjejakkan kaki ke bumi  Pantai timur yang turut terkenal dengan hidangan keropok lekornya.  Keunikan dan keistimewaan yang dimiliki oleh Malaysia  dari segi warisan tradisionalnya sudah pasti  mengkagumkan pelancong asing yang ingin  mengenali dan mendekati  Malaysia  , seperti kata peribahasa ‘tak kenal maka tak cinta’

     Tarikan perdana  yang menggamit pelancong asing  mengunjungi  negara kita  Malaysia ialah keistimewaan dari segi  Keindahan alam semula jadinya.._________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

    
  Tuntasnya, obligasi mengangkat martabat negara menjadi negara yang penuh dengan keistimewaan ialah tanggungjawab semua pihak dan sekiranya ada masalah yang melanda, kita perlu menanganinya secara komprehensif tanpa mengira pangkat dan latar belakang sosio-ekonomi. Komitmen daripada semua pihak amat diperlukan kerana kita tidak mahu nasib malang menimpa anak cucu kita hasil daripada kealpaan mereka mengharungi hidup di dalam dunia yang penuh pancaroba ini. Lampu Aladdin tidak akan menyala sekiranya Aladdin tidak menggosoknya terlebih dahulu. Oleh itu, marilah kita bersama-sama berganding bahu mengatur langkah seiringan ke arah memartbatkan negara bangsa sehingga dikenali sebagai negara yang unik selaras dengan aspirasi negara iaitu melahirkan masyarakat minda kelas pertama. Apabila lahirnya masyarakat begini, sudah tentu masalah gejala soial yang melanda masyarakat kita akan dapat ditangani dan seterusnya dibanteras kerana setiap anggota masyarakat kita menyedari bahawa obligasi menonjolkan negara di pentas dunia terletak di tangan mereka. Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, kita perlulah berusaha ke arah merealisasikan visi negara melalui Wawasan 2020. Akhirulkalam, kita mestilah menyokong semua usaha murni untuk mengekalkan keistimewaan dan mempertahankan kedaulatan negara demi kelangsungan kemajuan negara kita, Malaysia.

Arahan  kepada  Pelajar

1. Pastikan anda memahami maksud kosa kata luas dan  ungkapan menarik yang telah dihitamkan  dalam wacana di atas.

2, Tentukan  Analisis Kehendak Soalan da rangka karangan  disi  . Baca soalan dan kandungan sebahagian perenggan yang sudah lengkap untuk membuat analisis dan menulis rangka karangan.

3. Lengkapkan perenggan isi keempat.


Comments

Popular posts from this blog

Peribahasa Bertemakan alam sekitar

TEKS FORUM REMAJA 2016

PERIBAHASA DARI BUKU TEKS TINGKATAN 4 DAN TINGKATAN 5