MODUL PENULISAN CEMERLANG SPM(sisipan SKOR Berita Harian)
SOALAN 2
Huraikan
pendapat anda tentang faedah yang
diperoleh apabila kita melibatkan
diri dalam kerja amal.
ANALISIS
KEHENDAK SOALAN
Tema :
Kehendak soalan (Tugasan) :
Format :
RANGKA
KARANGAN
Perenggan Pertama (PENDAHULUAN)
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Perenggan Kedua (Isi Pertama)
__________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
Perenggan Ketiga (Isi Kedua)
____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
Perenggan keempat (Isi Ketiga)
__________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
Perenggan kelima (Isi Keempat)
__________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
Perenggan keenam (PENUTUP)
__________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
KARANGAN MODEL 2
Pada era langit terbuka ini, Malaysia kian gah di persada dunia. Saban
hari kita diperdengarkan dengan pembangunan mapan baik dari segi fisikal mahupun dari segi struktur
pentadbirannya seperti transformasi dalam bidang pentadbiran kerajaan. Wawasan
2020 juga semakin hampir juga semakin hampir dan hal ini menampakkan suatu hari nanti kita mampu seiring dengan negara-negara maju
yang lain seperti Amerika Syarikat, Jepun , korea dan lain-lain selaras dengan peribahasa berdiri
sama tinggi, duduk sama rendah .
Dalam hal ini, pembangunan insan
juga tidak dikesampingkan, malah negara kita terkenal dengan rakyatnya yang prihatin
, suka membantu, penyayang dan ramah mesra.
Sikap ini menunjukkan kita berpegang kepada prinsip Budi Bahasa Budaya Kita. Berlandaskan
slogan ini, mereka rela menghulurkan bantuan dengan kudrat yang ada untuk
menghulurkan bantuan kepada insan malang
yang ditimpa musibah. Slogan seperti hulurkan tangan , ringankan
beban itulah antara yang menyebabkan
timbul rasa insaf untuk melibatkan diri dalam kerja amal. Oleh hal yang demikian, lahirlah
persatuan-persatan seperti MERCY Malaysia, Rakyat Prihatin, Aqsa Sarif dan lain-lain lagi untuk menyahut
seruan menyumbangkan bantuan kepada golongan yang memerlukan pertolongan. Apakah
sebenarnya maslahat yang kita peroleh
di sebalik kerja amal yang dilaksanakan dengan hati yang penuh ikhlas ini ?
Tak kenal maka tak cinta, inilah yang
tercetus di atma setiap yang
terlibat dalam kerja amal kerana hubungan kita dengan golongan yang dibantu
pasti akan terjalin erat melalui kerja amal yang dilakukan. Situasi harmoni dan ceria pasti akan
terjelma lantaran berlaku interaksi antara
satu sama lain yang seterusnya mencetuskan hubungan sama ada secara glokal atau global. Situasi dua hala
ini pasti akan memecahkan tembok
penghalang yang selama ini menjadi
penghalang untuk kita
mengenali mereka yang dibantu sama ada
kerana kekangan tugas atau sikap tidak prihatin dan tidak ambil berat antara
satu sama lain. Saat kita berkomunikasi
dengan banyak orang daripada pelbagai strata
sosial dalam masyarakat sambil melaksanakan aktiviti kerja amal , kita
dapat menyelami perasaan mereka dan paling penting mengenali masyarakat
sekeliling dengan lebih akrab. Kita akan masuk ke dunia kehidupan orang lain
dan menyelami perkara yang tersirat
dalam kehidupan mereka . Pada akhirnya, kita tidak
lagi hidup dalam dunia ‘katak bawah
tempurung’, sabaliknya meneroka dan mengenali kehidupan orang lain. Tamsilnya,
bantuan yang kita hulurkan melalui kerja
amal seperti di rumah anak yatim atau
orang-orang tua membolehkan kita mengenali golongan yang tidak bernasib baik
ini . Situasi ini secara tidak langsung
telah memupuk nilai murni dalam diri yang menjadi elemen utama ke arah melahirkan insan berhati nurani mulia,bersifat pemurah , empati , prihatin dengan
kesesangsaraan insan kurang bernasib baik. Justeru , pembentukan masyarakat penyayang
yang saling mengambil berat dan membantu
antara satu sama lain tanpa mengira warna
kulit dan taraf sosial dalam masyarakat dapat dijana. Mudah-mudahan kelangsungan yang terbentuk daripada
aktiviti kerja amal yang dijadikan budaya dalam masyarakat akan melahirkan
sebuah negara bangsa yang rakyatnya mempunyai akal budi
dan jati diri yang teguh sekeras
besi thursani.
Rentetan daripada itu, aktiviti kerja
amal juga mampu menjadikan kita insan yang lebih matang , sentiasa bersyukur dan
berfikiran rasional. Mungkin kita akan lebih mengenali diri dan latar belakang
hidup mereka, seterusnya mengambil iktibar
daripada kisah hidup mereka. Selanjutnya, kita akan berusaha menginsafi kekhilafan dan berusaha membaiki diri agar menjadi insan yang
kamil. Dalam konteks yang lebih
luas, Malaysia telah menghantar
sekumpulan sukarelawan untuk membantu penduduk Gaza di Bumi Palestine dengan
memberikan bantuan kewangan , perubatan, makanan dan bantuan moral serta
spiritual kepada golongan mustadaafin ini yang menderita akibat cengkaman
rejim zionis . Semangat yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia dalam
menyokong perjuangan mereka dan bantuan yang diberikan diharap dapat menaikkan
semangat penduduk Islam di Gaza untuk terus berjihad memperjuangkan hak mereka. Secara tidak langsung, sekiranya
kita terlibat dengan aktiviti kerja amal sebegini, pergaulan kita dengan mereka
akan memberikan kita sudut pandang
yang sangat berbeza tentang konsep
keamanan dan kemakmuran. Jika di Malaysia, bumi kita yang tercinta, tumpah
darah yang berpanjangan jarang-jarang benar berlaku selepas negara bersih
daripada ancaman pengganas kominis sekitar tahun 70-an , namun kita dapat
melihat kesan pertumpahan darah akibat
sengketa berpanjangan di bumi ambiya’tersebut. Rasa syukur ke hadrat Illahi dan rasa cinta akan
negara akan lebih bersemarak dalam hati sanubari kita impak sama ada menyaksikan sendiri atau mendekati kehidupan mereka
melalui media natijah kerja
amal yang kita sertai. Tuntasnya, kerja
amal mampu membentuk kita menjadi insan yang lebih bersyukur dan menghargai segala
yang kita miliki hari ini seperti kata mutiara pujangga ’hargailah apa yang kamu miliki hari ini sebelum kamu terpaksa melepaskan
atau kehilangannya’
Dasawarsa ini , sering terpampang berita tentang kebejatan
akhlak masyarakat di dada akhbar dan
media lain. Saban hari gejala negatif kian menular dan situasi ini mencemaskan pemimpin dan
masyarakat kita . Situasi yang mencetuskan kebimbangan ini akan sirna sekiranya semua anggota
masyarakat tanpa mengira kedudukan dan usia mencurahkan bakti dalam kerja amal
yang dianjurkan. Hal ini demikian
kerana apabila diri kita sentiasa
terikat dengan amal kebajikan dan mencurahkan
jasa terhadap masyarakat yang kurang berkemampuan , pasti diri tidak
mudah terdorong untuk melakukan onar yang
mendorong kepada amalan mazmumah.
Individu tersebut mampu mengawal diri daripada terikut-ikut untuk memenuhi nafsu serakah. Bukan setakat itu sahaja, seseorang yang
terlibat dalam kerja amal akan sentiasa rela untuk melaksanakan obligasi sosial iaitu ke arah menolong insan yang memerlukan tenaga
tanpa mengharapkan balasan dan ganjaran.
Apabila individu tersebut dengan rela hati mencurahkan bakti, mereka
sudah tentu akan memastikan nilai positif ataupun amalan mahmudah sentiasa menjadi amalan mereka. Amalan lepak, menghisap dadah, peras ugut, lumba
haram dan lagi-lagi sudah pasti akan dapat dielakkan kerana masa senggang mereka sentiasa diisi dengan
kerja-kerja amal. Tambahan pula dengan menyaksikan sendiri kedaifan
dan kesengsaraan orang lain mendorong mereka yang terlibat dengan kerja amal
ini untuk sentiasa berada dalam keadaan insaf dan berhati-hati dalam setiap perjalanan hidup
agar tidak tersasar daripada landasan yang benar iaitu menjadi insan kamil yang sentiasa memegang
amanah sebagai khalifah di muka bumi
ini . Izharnya, lorong kehidupan
yang menyumbang kepada kebobrokan masyarakat dan kehancuran kemakmuran negara tidak akan
menjadi laluan pilihan golongan yang terlibat dengan kerja-kerja amal ini.
Bertitik tolak daripada penglibatan kita dalam kerja-kerja amal ini,
kita telah menyumbang kepada pelestarian
warisan budaya masyarakat Melayu . Hakikatnya , amalan ini merupakan budaya yang
dipraktikkan oleh generasi terdahulu iaitu para leluhur kita. Seyogianya amalan ini diteruskan dalam
kehidupan hari ini biarpun kehidupan hari ini menuntut terlalu banyak keperluan material. Ibarat peribahasa tak lekang dek panas tak lapuk dek hujan , kelangsungan melibatkan diri
dalam kerja-kerja amal ini mesti diteruskan agar sentiasa relevan dan seterusnya sebati dengan
generasi alaf baharu ini. Tepuk dada,
tanyalah selera, berapa ramaikah remaja yang sanggup meninggalkan
keseronokan dan keselesaan menikmati
hidup alam remaja untuk terlibat dalam
kerja-kerja amal yang bukan sahaja menjadi
warisan budaya bangsa , malah dituntut oleh agama. Nabi Muhammad S.A.W bersabda
‘tidak sempurna iman seseorang antara
kamu jika kamu tidak mengasihi saudaramu seperti dirimu sendiri’ yang memberikan penekanan tentang peri
pentingnya kita mengasihi dan membantu saudara semuslim khususnya saat mereka
memerlukan bantuan. Begitu juga dengan hadis nabi ’ tangan yang menghulur di atas itu
lebih baik daripada tangan yang menerima
di bawah’ menunjukkan martabat insan yang sering membantu
orang lain dianggap mulia di sisi agama. Tuntasnya
,denganmelibatkan diri dengan kerja-kerja amal kita bukan sahaja dapat
membantu melestarikan warisan budaya
masyarakat Melayu malah turut menyumbang dalam melaksanakan syariat agama bagi
yang beragama Islam.
Akhirulkalam____________,_____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
Arahan kepada pelajar.
1. Baca soalan dan buat analisis kehendak soalan
2. 2 . Baca wacana dan
senaraikan isi-isi penting secara ringkas
Masukkan perkataan dan ungkapan merarik berikut dalam perenggan kesimpulan Anda.
1,
Menggembleng
2. turun padang
3.Siap siaga
4.cakna
5.
Kemaslahatan
6.’setiap
kebaikan yang kita lakukan akan pasti ada imbuhannya di di sisi Tuhan’
7. Bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk
masing-masing.
Comments
Post a Comment